01 November 2011

Bangang punya Menteri sampai Imigresen tak tahu di bawah bidang kuasa siapa...

ahmad shabery cheek 041108 02Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk Kejohanan "The Challenger Muay Thai" yang disertai peninju Israel, Ilya Grad.

Sementara kementerian itu hanya meluluskan penganjuran sebagai satu aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain, katanya dipetik Bernama semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam. Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) mengenai penglibatan peninju Israel dalam pertandingan itu.

Ahmad Shabery berkata beliau membaca di portal berita Malaysiakini yang mengkritik beliau dengan hebat mengenai pertandingan tersebut anjuran persatuan Muay Thai itu.

Pada 28 Oktober lalu, Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung kehadiran Grad yang dikatakan telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.

Tidak dicop

Malah dakwa Mahfuz, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.

"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.

"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz .

Bekas juara Muay Thai Israel itu dilaporkan telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing champion

Sementara itu, Kerajaan Selangor menafikan terlibat dalam penganjuran program realiti The Challenger Muay Thai membabitkan peninju Israel Ilya Grad yang diadakan di negara ini.

Exco pelancongan Elizabeth Wong berkata, walaupun berjaya menarik siri televisyen itu difilemkan di Selangor, kerajaan negeri langsung tidak terlibat dalam penganjurannya.

"Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warganegara Israel memasuki Malaysia," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Katanya, sekiranya kemasukan Grad dimaklumkan lebih awal, kerajaan negeri pasti memohon Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukan warganegara Israel itu. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam dilaporkan berkata Selangor memberi peruntukanRM5 juta untuk kejohanan itu; sementara kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.

Dalam kenyataannya hari ini, Wong berkata, insiden ini sudah dua kali berlaku dan menteri berkenaan hendaklah menghentikan pas masuk khas kepada warganegara Israel.

"Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas. Demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia tidak patut mewujudkan sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel, katanya"

Katanya, hubungan dengan Israel hanya boleh dipertimbangkan sekiranya negara itu mengiktiraf hak rakyat Palestin dan menghentikan keganasan terhadap negara jirannya.

Mengulas kenyataan Shabery, Wong mendakwa menteri itu membuat kenyataan palsu dan berunsur fitnah dengan menunding jari pada pihak lain.

"Sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa kerajaan persekutuan," katanya lagi.

NONE'Selangor not involved in bringing in Israeli'

The Selangor government today shot down claims by Youth and Sports Minister Shabery Cheek that it was involved in bringing in an Israeli citizen into Malaysia for the filming of an international reality television series.

In a statement today, its Tourism, Consumer Affairs and Environment Committee chairperson Elizabeth Wong (
right) said the government had won the bid for The Challenger Muay Thai to be filmed in the state but was not involved in organising it nor had a hand in its fighter selection.

“We did not invite any of the fighters nor sign any support documents for an Israeli national to enter Malaysia. If we had prior information, we would have firmly told the Youth and Sports Ministry and the Immigration Department not to grant entry.”


However, Wong fingered the federal government for allowing an Israeli to slip into the country as immigration falls within its jurisdiction.


In a blog post on the Muay Thai Authority website on Oct 15, Grad said he was assured that “some influential people” in Malaysia would ensure that there would be no hurdles for him to enter the country.


“After a long wait of 25 hours, the Malaysian Muaythai Federation, with the support of the Malaysian sports minister, finally made it happen and got the necessary papers to let me into the country.


“Just like that I crossed the border with a special pass, a very special pass indeed for my Israeli passport wasn’t even stamped!” Grad wrote.


source:malaysiakini

cheers.

1 comment:

batu pelangi/BZ said...

Pemimpin UMNOYAHUDI dari atas sampai
kebawah semuanya tidak karisma sebagai seorang pemimpin.Dan eloklah
itu menteri bangang memperbodohkan
ahlix partinya dulu kini dan selamanya.