17 November 2011

Orang Asli pun meluat dengan UMNO...

jkkoans coordinator langkap kessu orang asli demo mb mohamad hassan squatters seremban 161111Kira-kira 100 Orang Asli daripada 68 perkampungan sekitar Negeri Sembilan berhimpun di bangunan setiausaha kerajaan negeri di Seremban bagi menuntut menteri besar memohon maaf kerana menyamakan kampung mereka dengan "setinggan".

Menamakan diri mereka Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKKOANS), kumpulan itu mendakwa kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan pada 21 September lalu sebagai "menghina" dan "tidak sensitif".

"Mohamad Hasan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana ia amat mengguris hati kami dan juga mendedahkan lagi kehidupan kami dan anak-anak kami kepada rasa tidak hormat masyarakat luar kepada kami," kata penyelaras JKKOANS Langkap Kessu.

Mohamad dilaporkan berkata, perkampungan Orang Asli sebelum ini dibina di atas tanah hutan simpan atas ihsan negeri dan secara tidak langsung bermakna "kampung setinggan" dan mereka tidak mempunyai hak ke atasnya.


Justeru, katanya, kerajaan negeri membuat kajian bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan mengenal pasti semua kampung Orang Asli untuk diberi hak milik tanah kepada pemilik rumah.

Langkap menyangkal kenyataan itu atas alasan nenek moyang mereka berkurun lama menduduki wilayah tanah adat itu, malah perkampungan mereka lebih awal daripada rizab hutan simpan.

Tambahnya, kenyataan Mohamad juga bercanggah dengan kebebasan asas yang termaktub dalam Perkara 5 (hak untuk hidup), Perkara 8 (kesamarataan di sisi undang-undang) dan Perkara 13 (hak kepada harta benda) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh yang demikian bukan Orang Asli yang menceroboh rizab hutan simpan tetapi pihak-pihak yang berkenaan yang mencerobohi wilayah tanah adat kami," kata Langkap.

"Kami mengakui bahawa kami miskin dari segi wang ringgit namun demikian bukan bererti kerajaan negeri atau kerajaan pusat harus membuat sesuatu atas nama untuk membangunkan kami tanpa menghormati apakah pandangan dan keputusan kami dalam perkara itu."

Sebelum itu, Orang Asli yang menunggu Mohd Hasan menghadiri mesyuarat Exco lebih tiga jam berteriak, bersorak dan membawa banyak kain rentang.


Orang Asli outraged by Negri MB's insult

About 100 Orang Asli from 68 villages in Negeri Sembilan yesterday demonstrated at the state secretariat building in Seremban demanding an apology for what they said was an insult levelled against them by Menteri Besar Mohamad Hasan.


Organisers of the gathering, identifying themselves as members of the Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (Network of Orang Asli Villages of Negeri Sembilan or JKKOANS), said they were protesting against Mohamad for describing them as “setinggan” (squatters).

The remark, said to have been made on Sept 21, was both “insulting” and “insensitive”, decried JKKOANS activists.

"Mohamad Hasan should not have made such a remark because it hurt us and show how those not from our community have no respect for our lifestyles and the lifestyles of our children,” JKKOANS coordinator Langkap Kessu told journalists.

Mohamad was reported as saying that Orang Asli villages were located in forest reserves, which means they are mere “squatters” and do not have any rights to the land.

Mohamad’s remarks also went against the rights enshrined in the federal constitution - the right to life (Article 5), equality (Article 8) and to property (Article 13), said Langkap.

“So it’s not the Orang Asli who encroached on the forest reserves, but certain people who encroached upon our ancestral land,” said Langkap.

source:malaysiakini

cheers.

No comments: