08 April 2009

"Rakyat sudah bosan............."

Kerajaan BN pimpinan PM Najib Tun Razak mengalami tamparan hebat apabila kalah dalam dua pilihan raya kecil - kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah, semalam.

BN bagaimanapun mengekalkan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak, dengan majoriti 1,854 undi. Malcolm Mussen Lamoh, mendapat 3,907 undi, menewaskan calon PKR, Jawah Gerang, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, yang meraih 2,053 undi.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, calon PAS, Mohammad Nizar Jamaluddin, mengalahkan calon BN,Ismail Saffian, dan calon Bebas,Kamarul Ramizu Idris, dengan undi majoriti 2,789 undi.

Bagi kerusi DUN Bukit Selambau, calon PKR,S. Manikumar, mengalahkan calon BN, S. Ganesan, daripada MIC, dengan kelebihan 2,403 undi. Encik Manikumar mendapat 12,632 undi manakala S.Ganesan mendapat 10,229 undi.

Para pengamal politik dan pakatan pembangkang melihat pilihan raya kecil di Bukit Gantang sebagai satu 'pungutan suara' terhadap PM baru Malaysia,Najib Tun Razak.

Ini menyusuli isu peralihan kerajaan negeri Perak daripada PR kepada BN yang dipimpin beliau hingga mencetuskan krisis perlembagaan di negeri itu.

Semasa ditanya,mengenai mesej yang ditonjolkan menerusi kemenangan PR di kerusi Parlimen Bukit Gantang, pemimpin pembangkang dan penasihat PKR, Sdr.Anwar Ibrahim, berkata:

"Rakyat Malaysia mahukan perubahan. Tidak kira sama ada mereka mempunyai PM baru, mereka masih mahukan perubahan. Mereka lebih kuat sokongannya terhadap Pakatan Rakyat."

Mengulas kemenangan PKR di Bukit Selambau pula, Sdr.Anwar berkata: "Ia satu kemenangan besar. Saya amat gembira dengan kemenangan di Bukit Selambau."

Menurut beliau, PR memang tidak menjangka sebarang kemenangan di kerusi DUN Batang Ai.

"Walaupun terdapat laporan media berniat jahat dan wang yang di taburkan kerajaan, Pakatan Rakyat telah berjaya mengatasi semua hambatan," kata beliau.

source: cyberita online

Penganalisa Politik Sivamurugan Pandian berpendapat kekalahan UMNO/BN tidak wajar jadi kayu pengukur kepada Najib dan gomennya.

Tapi kalaulah takdir PR tewas di B.Gantang dan B.Selambau, mereka akan kata, bahawa kekalahan itu adalah kayu pengukur bahawa rakyat sudah menolak politik pembangkang.

TV3 pula komen PKR kalah di Batang Ai, bukti rakyat tolak cara berpolitik PKR. Tapi bila Umno/BN kalah di dua Bukit mengapa tiada komen?

Lebih membosankan bila professor kangkong dalam ulasannya di TV1 menyoal pula kenapa Nizar Jamaluddin tak boleh dapat majoriti yang lebih besar kalau dia betul-betul popular?

Mereka patut bincang di mana silap UMNO yang menyebabkan UMNO terkankang di Bukit Gantang. Kenapa mereka nak cari kesalahan pembangkang? Sejak Mac 8,2008, media gomen ini never learn any thing.

Mahathir helped a lot in making PKR and PAS win this by election. Thanks, Mahathir, keep on campaigning so that Pakatan Rakyat can continue to win.

Maybe, PKR would have won in Batang Ai if UMNO had sent Mahathir over there for campaigning.............

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Professor kangkong yang depa jemput tu kadang2 tak pernah dengar nama pun.

Kenapa tak panggil Prof.Khoo Kay Kim. adalah uump sikit.

Anonymous said...

Prof.Khoo Kay Kim pun meluat berdepan dengan TV1,2 & 3. Faham2 saja le!