06 April 2009

Mahathir berkempen nak bagi tahu dia masih ahli UMNO 0001........

Mahathir mula berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hari ini. Kempen Mahathir disiarkan secara lansung dalam TV1 jam 11 pagi tadi. Kali terakhir Mahathir membantu calon BN ialah semasa pilihan raya umum 2004 yang diadakan enam bulan selepas beliau bersara. Kehadiran Mahathir disifatkan oleh BN khususnya UMNO sebagai satu suntikan semangat dan sokongan menghadapi hari penentuan pada 7 April ini.

Kecamannya kepada Anwar dan Menteri Besar Perak DS Nizar berterusan, Anwar ditempelak berhubung usahanya menumbangkan kerajaan persekutuan pada 16 September lalu dan Mohd. Nizar dikatakan derhaka. Mahathir menyeru kepada ahli dan penyokong Umno yang telah meninggalkan parti itu agar kembali bersama parti itu.

Bila gomen Pakatan Rakyat Perak tumbang dulu,ingat apa Mahathir kata........

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain,"

"Umno-BN terlalu cuai dan dan tidak menunggu persidangan dewan tetapi sebaliknya meminta Sultan melucutkan jawatan menteri besar," tambahnya, merujuk kepada keputusan Sultan Azlan Shah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatannya.

"Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada peruntukan sedemikian di Perak atau Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Hari ini Mahathir balik ke Perak untuk menjilat air ludahnya........

Mahathir, presiden UMNO lebih 22 tahun, mengisytiharkan diri keluar daripada parti itu, selepas pelbagai nasihat, teguran dan kritikannya sejak tahun 2005 tidak dipedulikan oleh Pat Lah. Sebenarnya Mahathir begitu marah kerana Pat Lah banyak membatalkan atau mengagalkan projek-projek yang diusahakannya, termasuk Jambatan Kedua, Landasan Berkembar, Proton dan banyak lagi. Mahathir juga secara terang-terang mengecam hebat Khairy Jamaluddin dan kroni-kroninya yang menguasai Tingkat 4 JPM yang disifatkannya sebagai anasir yang merosakkan UMNO dan negara.Mahathir, dalam blognya sering menyerang Pat Lah dan UMNO.

Apakah tindakan Mahathir untuk berkempen boleh mengambalikan keyakinan orang-orang Melayu kepada UMNO? Nampak sangat sikap talam dua muka Mahathir. Apabila kepentingan-kepentingannya diabaikan, Mahathir lari keluar UMNO. Tetapi, bila Mahathir nampak kepentingan-kepentingannya itu akan dilaksanakan dia merangkak balik kepada UMNO. Harap rakyat dan orang-orang UMNO sendiri jangan tertipu dengan tindakan licik Mahathir ini. Kalau Mahathir betul-betul hendak mempertahankan orang Melayu, Mahathir harus lawan Pat Lah habis-habisan,tetapi bukan dengan cara keluar daripada parti. Sekarang,di bawa Najib, Mahathir akan berasa selesa agar projek-projeknya boleh dilaksanakan.

Rakyat,khususnya orang-orang Melayu bukan lagi buta perut. Rata-rata tahu bahawa selama lebih daripada 30 tahun merdeka taraf hidup mereka masih pada tahap yang sama. Masuk saja ke kampung-kampung di Trong ,Changkat Jering, Bukit Selambau dan lihat saja apakah pembaharuan yang rakyat kampung-kampung ini menikmati berbanding dengan pembangunan di Kepala Batas atau di Pekan?

Cakap pasal penderhakaan, siapakah yang memulakan ini semua? Bukankah Mahathir dan UMNO,pada awal tahun 80'an dan 90'an yang secara terang-terang menghapuskan imuniti raja-raja Melayu? Inilah sikap hipokrit Mahathir. Cubalah renung peristewa ini sebulum menghukum Mohd. Nizar sebagai penderhaka. Sebenarnya Mahathirlah bapa penderhaka raja-raja Melayu.

UMNO,terus menerus memainkan isu derhaka sebagai satu taktik murahan untuk memalukan Mohd.Nizar. Sebaliknya dari awal lagi Mohd. Nizar dan Pakatan Rakyat tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan.

Tindakan Yang Arif Hakim Dato Abdul Aziz Abdul Rahim menolak bantahan Peguam Negara dan memutuskan permohonan Mohd.Nizar bukan permohonan yang remeh ( not frivolous ) sebaliknya permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah menolak hujah Peguam Negara bahawa Mohd.Nizar mencabar keputusan Sultan kerana berdasarkan saman yang Mohd.Nizar failkan di Mahkamah. Adalah jelas Mohd. Nizar tidak menyaman Sultan atau mempertikaikan keputusan Sultan.Keputusan ini sekaligus menyangkal dakwaan tidak berasas UMNO bahawa Mohd.Nizar adalah pernderhaka.

BN/UMNO sedar bahawa keupayaan mereka untuk menang di ketiga-tiga PRK itu adalah tipis. Oleh itu dari awal-awal lagi BN/UMNO pasang dua strategi,iaitu melewat-lewatkan PRK dan mengadakan hari mengundi pada hari Selasa, iaitu hari kerja. Kenapa pilih hari mengundi hari kerja? Kerana BN/UMNO berharap "turnout" untuk mengundi itu rendah dan peluang BN/UMNO untuk menang adalah lebih cerah.

Kini, mereka menggunakan Mahathir sebagai 'trump card' untuk meraih undi simpati orang Melayu agak balik kepada UMNO. Namun sejauh manakah impak pengaruh Mahathir terhadap pengundi-pengundi Melayu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah terlalu awal untuk diduga.

Apa yang jelas rakyat kenal siapa Mahathir dan selama 22 tahun dibawah pemerintahan secara kuku besinya,rakyat boleh menilai antara yang baik dan buruk.

Bagi pengundi Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai, biarlah Mahathir dan UMNO terjun dengan labu-labunya. Apa yang pelik, ialah kenapa Najib,selaku PM yang baru dilantik enggan turun ke Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai?

Jadikan PRK di ketiga-tiga tempat ini sebagai satu "referendum" terhadap Najib.

Undi-undilah calon-calon PAS dan PKR.........

Baca di sini, sini dan sini.












cheers.

5 comments:

Anonymous said...

Orang UMNO tempatan sebenar tak mengalu-alukan kehadiran Mahathir. Yang ramai tu adalah ketua-ketua cawangan dan bahagian,pemuda,
puteri,wanita UMNO seluruh Perak,Kedah dan Penang.

Anonymous said...

Biarlah apa pun tun mahathir nak cakap. Kita mohon pada ALLAH agar PKR menang.

PRO UMNO said...

Hidup UMNO.. Hidup MALAYSIA

Anonymous said...

Kelaka betul orand tua ni..kekeke

Siapa yang mudah lupa ?? Ialah, cakap siapa pun boleh cakap, tak kena bayar cukai, lantak sajalah.

Siapa yang mudah lupa..??
Siapa yang derhaka??

Tu orang tua yang tak bayar cukai..kekeke.

Mongolian.

Anonymous said...

Amnesia adalah penyakit mudah lupa dan orang itu ialah TUN DR MAHATHIR. Amnesia hampir kepada 'nyayok'. Syndrom ini juga hampir ada kepada Tun M.

Kita harap pengundi-pengundi ke tiga-tiga PRK nanti tidak mendapat penyakit AMNESIA. Kalau tidak, ianya akan berjangkit kepada semua rakyat Malaysia. Dijauhi Allah..