17 April 2009

Apakah Najib sudah salah tafsir laungan "Satu Malaysia"........

"Di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita." kata PM Najib Razak.

Tapi yang sebaliknya pula berlaku dalam pentadbiran harian kerajaan Malaysia di bawah PM kita sekarang.

Tengok tajuk berita Utusan Malaysia(atas) yang mengapi-apikan isu Melayu. Walau kemana kita pergi, kita masih lagi kedengaran slogan "Melayu, bangsa Melayu, bangkit lah Melayu lawan bangsa lain, Melayu, Melayu, Melayu, hanya Melayu yang dilaungkan oleh wakil wakil pentadbir negara, di mana ada konsep Satu Malaysia?

Apakah Najib sudah salah tafsir laungan Satu Malaysia?.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, parti pemerintah ketika ini tidak boleh merasa bimbang untuk membuat apa sahaja keputusan yang dilihat perlu untuk membantu orang Melayu.

Mohamad Khir Toyo berkata, hak orang Melayu tidak harus dilepaskan dalam usaha kerajaan memenuhi kehendak masyarakat pelbagai kaum.

Kita tak nafi bahawa hak istemewa orang-orang Melayu sedia termaktub dalam perlembagaan. Jadi tindakan golongan yang mengapi-apikan isu Melayu adalah berbau politik semata-mata. Anwar pernah berkata,"They gave one mountain (Genting Highlands) to Lim Goh Tong, one hill (Bukit Tinggi) to Vincent Tan and one island (Pangkor Laut) to YTL (Francis Yeoh). Is there a single Umno leader who protested?" . Jaguh-jaguh dan panglima-panglima ketuanan Melayu ini buat?

Pokoknya yang takut sangat ketuanan orang Melayu tergugat adalah orang Melayu UMNO. Apa ke tidak,kalaulah UMNO hilang kuasa, maka habislah habuan untuk kaum keluarga,sanak saudara dan kroni-kroni mereka.

Kalau Najib Razak nak 'Satu Malaysia', beranikah Najib hapuskan segera semua idealisme yang melaungkan politik Melayu dan gantikan dengan politik Malaysia, tarik balik semua kelebihan berat sebelah yang hanya menguntungkan satu kaum dan realisasikan perjuangan Satu Malaysia?

Kalau Najib Razak tak berani, just keep quiet........

Cuba fikir tengok jika akhbar-akhbar Cina dan India pula menyiarkan rencana-rencana dan melaung-laungkan"Bangkitlah Cina" atau "Bangkilah India" sebagai tajuk berita utama akhbar-akhbar mereka, apa akan jadi?

Berikut adalah reaksi Najib Razak..........

PM mengelak mengulas laporan Utusan Malaysia kelmarin yang menyeru orang Melayu "bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan". Najib Razak berkata, sama ada berita utama itu bertentangan dengan konsep "Satu Malaysia" yang dipromosi olehnya, ia terserah kepada penilaian seseorang.

"Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing. Tetapi bagi saya... Saya bukan bercakap daripada segi (laporan) Utusan, ya?

"Secara umumnya, saya tidak mahu sikap yang keterlaluan dalam negara kita.

"Tidak kiralah (sikap) keterlaluan itu daripada mana-mana pihak (pun). Kita mesti bersikap sederhana. Islam merupakan agama yang menggalakkan pemikiran dan amalan sederhana.

"Kita tidak boleh bersifat perkauman. Kita tidak boleh berfikir secara keterlaluan,"

cheers.

No comments: