04 November 2007

Tuan Guru Nik Aziz pula diugut Badan Pelindung Rasuah(BPR)...

Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat will be interviewed by the Anti-Corruption Agency following claims that he had been offered millions of ringgit in bribes during his 17-year tenure.ACA director-general Datuk Ahmad Said Hamdan said he has directed the Kelantan ACA director to investigate the claims, including whether Nik Aziz had reported it to the agency.Datuk Ahmad Said said"He should have lodged a report with the ACA if he had indeed been offered millions of ringgit in bribes from certain parties because it is an offence not to do so under Section 17 of the Anti-Corruption Act 1997."- NST 3 Nov.2007

Inilah kerja Badan Pelindung Rasuah(BPR) asyik dok ugut orang itu dan ini. Baru-baru ini BPR ugut dua tokoh utama PKR,bersama-sama Anwar Ibrahim supaya mereka itu memaklumkan siapakah peniup wisel yang merakamkan klip video Lingam dan jika tidak, mereka akan didakwa kerana melanggar Seksyen 29 (c) Akta Mencegah Rasuah 1997,di mana hukumannya adalah penjara 2 tahun dan denda RM10,000.

Kelmarin,BPR ugut Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Nik Aziz agar lapor kepada BPR orang yang menawarkan beliau jutaan ringgit,jika tidak beliau akan dikenakan tindakan undang- undang mengikut Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Orang sebelah kanan ini pun telah melanggar semua peraturan dan undang yang sedia ada bila dia membina "istananya" itu tanpa permit dan sebagainya. Malah selama 12 tahun satu sen cukai tanah pun tidak pernah dijelaskan. Dari mana dia dapat wang dengan begitu banyak untuk membina "istananya" itu,orang tahu,tetapi pemimpin UMNO,gomen dan BPR tidak mahu ambil tahu,walaupun laporan rasuah dan salahguna kuasa pernah dibuat terhadapnya,kerana dia adalah orang UMNO.

Sejak diangkat naik jadi Pengarah dan dapat gelaran datuk, aku rasa si Ahmad Said asyik dok beri arahan saja,mungkin nak mencari populariti kot? Kalau nak popular order siasat dan tangkaplah jerung dan kawaq besar yang berkeliaran,yang sedang merompak khazanah negara. Janganlah duduk ugut dan tangkap ikan-ikan bilis saja.

Kalau Nik Aziz mengadu dan orang yang dinamakan dalam aduan itu,katakanlah, seorang tokoh besar UMNO Kelantan,atau seorang Menteri UMNO, apakah BPR akan terus menjalankan siasatan dan tangkap mereka yang terlibat itu atau menanti arahan dari gomen untuk tindakan selanjutnya. Biasanya dalam keadaan ini,kes-kes begini akan ditutup saja, sebaliknya Nik Aziz pula akan kena dakwa kerana membuat tuduhan palsu.

Itulah bahayanya bila kita membuat aduan kepada BPR,kerana badan ini lebih gemar melindungi perasuah daripada mengambil tindakan terhadap mereka,sesuailah jika badan ini digelar Badan Pelindung Rasuah(BPR) saja. Orang yang mengadu akan itu diugut dan diheret ke mahkamah. Bukankah, "the onus is on you to secure the evidences and not to go after the person whom you ordered to produce."

Dakwalah Nik Aziz di bawah Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah yang kononnya beliau telah melanggar peraturan itu, dan sama-sama kita lihat siapa yang akan menjadi lebih popular,Ahmad Said atau Nik Aziz?

BPR cukuplah dengan permainan wayang kulit ini......

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

BPR dibentuk dengan tujuan melindung perasuah dan memastikan gomen yang ada terus berkuasa.

Apakah tidaknya kalau dah semua pembangkang ditangkap di bawah Akta Pencegah Rasuah tinggal penyamun dan penyanggak UMNO seperti abang Zak atau MP Jasin atau Rahim Thamby Chik,atau Rafidah Aziz dll yang masih bergentayangan dan depa ni boleh balun habis semua.

BPR boleh relax,tak payah kerja apa,dapat gaji buta dan si Ahmad Said pula boleh dapat gelaran Tun nanti sebelum dia pencen.