16 November 2007

Bila bangunan baru binaan penyamun runtuh di Tasik Banding....

Sebuah bangunan baru dua tingkat(gambar di atas) yang mempunyai 14 buah bilik,sebuah blok pejabat,bilik pameran dan sebuah tempat letak kereta yang telah siap dibina pada 2004 dengan kos hampir RM5 juta milik Perbadanan Taman Negeri Perak(PTNP) dekat Tasik Banding,
Gerik,runtuh dengan tiba-tiba. Bangunan ini masih tidak didiami.

Menteri Kerjaraya,Samy Vellu terkejut dengan kejadian ini berkata, "I am shocked and want answers.” Samy Vellu juga telah mengarahkan supaya tindakan diambil terhadap kontraktor jika punca keruntuhan itu disebabkan oleh kelemahan struktur bangunan tersebut. Samy Vellu juga menegaskan bahawa projek tersebut bukan dibawah kawalan JKR,namun demikian telah mengarahkan pihak JKR menjalankan siasatan.Baca disini.

Ini adalah project yang ditawarkan secara turnkey bernilai hampir RM5 juta dibiayai oleh Kementerian Pelancungan. Tawaran tender begini biasanya meletakkan perunding dan kotraktor di bawah satu bumbung.Sudah tentu perunding dan kontraktor mahu raih sekurang-kurangnya RM1.5 juta tiap-tiap seorang. Tinggallah baki RM2 juta yang digunakan untuk pembinaan bangunan tersebut secara sub-con. Akibatnya bagunan yang dibina dengan baki wang sedia ada,tentulah tidak mengikut spesifikasi, kandungan pasir lebih banyak dari simen,bahan yang digunakan berkualiti rendah,foundation yang tidak kukuh dan sebagainya, kerana kontraktor yang disub-con itu pun perlu meraih keuntungan juga. Akhirnya nilai sebenar bangunan tersebut mungkin adalah RM1.5 juta saja.

Gambar menunjukkan saki baki bekas bangunan dua tingkat setelah ianya runtuh dengan tiba-tiba. RM5 million of the rakyat's money gone down the drain....oops,forgot,but more than RM3 million went into the cronies pocket. Bukankah ini satu pembaziran wang rakyat?


Mengapakah satu projek yang sebesar ini tidak dipantau oleh JKR? Ini adalah satu lagi kes penyamun mata satu yang hanya mementingkan keuntungan daripada keselamatan,serta sanggup meminta pihak berkuasa menutup sebelah mata agar projek dapat dilaksanakan. Nasib baik tiada nyawa yang terkorban,jika tidak apakah Pat Lah sanggup tubuh satu Suruhanjaya penyiasat atau bentuk satu panel penyiasat……kedua-dua pun tidak mungkin ,kerana penyamun-penyamun tersebut berasal daripada spesis yang sama...UMNO.

cheers.

No comments: