09 November 2007

Takkan Lingam tak kenal siapa peniup wisel dari klip video ke-2....

Sequel ke-2 video Lingam telah pun kita tonton dan jelas dalam clip tersebut nama Hakim Ahmad Fairuz disebut dengan terang apabila Lingam ditanya oleh seorang yang misteri yang berada bersama-samanya dalam bilik tersebut. Aku rasa Lingam tentu kenal siapakah peniup wisel itu dari klip videonya yang pertama,tetapi kenapa Lingam tidak mahu nyatakannya kepada BPR atau panel penyiasat tanpa taring itu? Mungkin dia rasa tidak perlu menyebutnya,sebaliknya lebih baik menafikan saja,supaya orang ramai akan melupakan begitu saja.

Dalam sequel ke-2 clip videonya, aku rasa Lingam sudah lebih pasti siapakah orang sebenarnya, setelah mendengar suara orang misteri yang bertanya dia. Kalau dalam bilik itu hanya terdiri daripada 2 orang saja sudah pasti dia kenal siapa orangnya,tetapi kemungkinan dalam bilik itu ada lebih daripada 2 orang,maka sukarlah Lingam hendak tahu siapakah yang membocor dan merakamkan episod tersebut.

Pendek kata,Lingam kini sudah tersepit,begitu juga Ahmad Fairuz.

Sequel ke-3 akan memberi jawapan sepenuhnya nanti......

cheers.

2 comments:

Unknown said...

Perhimpunan pada 10 Nov dibatalkan kerana Agong tiada di Kuala Lumpur.
Ayuh kita gulingkan kerajaan pada 10 Nov ini, Kita akan bermandi darah pada hari itu.

ali allah ditta said...

Mai jangan tak mai che Mad ooi...