21 November 2007

Kalau adik Lingam gila,macam mana dia boleh ingat macam-macam....

VK lingam, kata adiknya,VT Karasu seorang yang gila. Oleh itu menurut VK Lingam lagi,segala tuduhan rasuah adiknya terhadap dirinya adalah tidak berasas samasekali.

Sebaliknya,VT Karasu,menuduh abangnya,VK Lingam telah menggunakan 3 peguam untuk memaksanya menandatangani ’surat pengakuan’ setebal 81 muka surat dengan tujuan untuk memasukkan dia ke Hospital Bahagia,tetapi dia menolaknya. Mereka juga menyuruh VT Karasu pura-pura berlakon sebagai orang yang 'depressed' dan kurang siuman agar dia boleh dimasukkan ke Hospital Universiti. Kalau betullah VT Karasu ini depressed,tidak siuman atau gila masakan dia boleh ingat semua peristiwa-peristiwa lama itu?

VK Lingam menuduh adiknya itu diperalatkan oleh orang-orang yang mempunyai motif-motif tertentu. Tetapi,mungkin VK Lingam sendiri tidak sedar dia pun peralatkan orang-orang besar dan ternama,dari PM hingga ke hakim-hakim untuk kepentingan dirinya,termasuklah menentukan siapakah sepatut dilantik menjadi hakim mahkamah tinggi,mahkamah rayuan,
dan Ketua Hakim Negara.

Agak menghairankan kenapa setelah membisu sekian lama,tiba-tiba V.K Lingam muncul untuk mempertahankan dirinya terhadap tuduhan adiknya. Apa yang pelik lagi ialah,setelah Pat Lah umum hendak tubuh satu Suruhanjaya diRaja bagi menyiasat klip video Lingam,tiba muncul kedua adik beradik ini untuk membuat pengakuannya masing-masing.

Lantaran,pengakuan V.T. Karasu itu, orang ramai akan menganggap bahawa mungkin peniup wisel itu adalah adiknya sendiri. Tuduhan VK Lingam yang adiknya itu gila, mungkin hendak meyakinkan orang ramai bahawa keterangan orang gila tidak akan diterima dalam mahkamah.

Adakah kedua-dua adik beradik ini sedang berlakon untuk mengelirukan kes klip video itu? Jika benar siapakah dalang di sebaliknya? Apakah Pat Lah akan teruskan dengan penubuhan Suruhanjaya diRaja itu. Sama-sama kita tunggu.

Pernah tengok drama Tamil tapi tidak sekusut macam ini........

cheers.

No comments: