15 November 2007

Demonstrasi jalanan sememangnya budaya kita.....

Demonstrasi jalanan bukan budaya kita, kata Datuk Noraini Ahmad adalah Ketua Puteri Umno Malaysia. Katanya lagi, kita tidak boleh membiarkan demonstrasi jalanan menular di dalam masyarakat kita, terutama di kalangan anak muda. Jika mahu menyuarakan rasa tidak puas hati dan hantar memorandum bantahan sekalipun, ia boleh dilakukan mengikut saluran betul mengikut tata cara dan budaya kita, bukan mencetuskan suasana kecoh dan tegang. Baca di sini.

Macam si Zam juga,ketua puteri UMNO ini juga tiba-tiba melalak pasal demonstrasi Bersih tempoh hari. Bagaimana hendak menyalahkannya kerana mungkin dia tidak tahu bagaimana rakyat termasuk UMNO menentang penubuhan Malayan Union dan menuntut kemerdekaan dulu. Semua ini dilakukan melalui demontrasi jalanan. Gambar-gambar di bawah ini bukti bahawa demonstrasi jalanan sememang budaya kita,termasuk UMNO.(ehsan dari Fahmi Reza)


Memorandum dah hantar berpuluh-puluh kali Cik Noraini ooi..tapi gomen buat pekak badak saja.

Cik Noraini, bila segala tuntutan tidak dilayan oleh gomen,apa pilihan yang ada pada kita ,selain daripada membuat demonstrasi bagi meluahkan perasaan tidak puas hati kita. Berdemonstrasi secara aman tidak bererti kita menentang atau menggugat gomen secara terbuka. UMNO pun pernah mengadakan beberapa demonstrasi kerana menentang beberapa amalan yang tidak adil dan tidak bersifat berperikemanusiaan,seperti masalah rakyat Palestine,Sudah dan sebagainya.

Demonstrasi UMNO dilayan oleh polis dan FRU macam orang dok arak pengantin,tetapi bila rakyat dan pembangkang membuat demonstrasi aman,mereka dilayan macam binatang yang perlu digodam,dipukul,dipancut air kimia dan gas pemedih mata. Walhal,rakyat yang turun padang itu bukan nak bergaduh dengan gomen dan tidak bersenjata. Zaman dulu polis mengawal agar demonstrasi ini tidak menggangu ketenteraman awam,tetapi sekarang polis bersama-sama FRU balun saja tidak kira siapa.


Malaysiakini melaporkan bagaimana seorang pemerhati yang sedang menyaksikan demonstrasi Bersih sabtu lalu telah dipukul polis sehingga kakinya patah.Katanya,"I just wanted to see - to observe - this rally that people had been talking about. I wasn't wearing yellow that day, I was wearing black, and it never even crossed my mind to participate in the rally," said Aleyasak, 31, who lives in Kajang, Selangor."I also never imagined I would end up with a knee smashed by those who are supposed to be protecting the people against violence."

Apakah jadah kerja polis kita? Nak godam orang atau jaga keselamatam awam.

Mungkin Cik Noraini mahu demonstrasi ini diiringi dengan nyanyian oleh artis-artis serta diselang seli dengan joget,ronggeng dan boria kot......?

cheers.


1 comment:

Anonymous said...

Zam kah, Noraini Kah,Dollah kah,Najib kah tak ada beza all from the same breed....UMNO tong taik!!