13 November 2007

Menyelami minda Zainuddin Maidin,Menteri Penerangan Malaysia.....

Nampaknya si Zainuddin Maidin begitu marah dengan AL Jazeera hingga dia nak suruh Kementeriaan jagaannya menghantar surat protes. Setelah mendengar dan membaca rungutan si Zainuddin Maidin itu,aku cuba menyelami mindanya dan memberi komen aku terhadap ketidakpuasan hati nuraninya.

Zam: Kementerian Penerangan akan menghantar surat teguran rasmi kepada stesen televisyen satelit antarabangsa, AL Jazeera kerana didakwa membuat laporan berat sebelah mengenai perhimpunan Bersih di ibunegara Sabtu lalu. Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata,"Mereka sepatutnya mendapat pandangan yang tepat tentang Malaysia bagi mengelakkan mereka mempunyai persepsi yang salah," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri hari ini.

Sebelum membuat aduan pasal laporan berat sebelah,suluh muka sendiri dulu Zainuddin ooi.... Awat,TV1,TV2,TV3,TV7,TV8,dan TV9 tu bagus sangat kah dalam menyebar berita dan pandangan secara adil dan tepat? Bukankah Pat Lah pun berkata,"tell the truth."

Zam : "Al Jazeera telahpun mempunyai 'preconceived mind' (tanggapan) dan tertipu dengan dakwaan kononnya 100,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut," katanya.

Bukankah RTM pun mempunyai 'preconceived mind' yang apa saja parti pembangkang buat semuanya tidak betul.Tak payah dok sibuk bagi notis kat orang,jagalah sendiri dulu. Angka 100,000 ribu itu adalah jangkaan yang akan hadir, tapi kerana gomen dah mula ketaq lalu dipasangnya roadblock bukan setakat jalan utama dan lorong-lorong di Kuala Lumpur,
malah sepanjang semua lebuhraya dari utara-selatan,timur-barat yang menuju ke Kuala Lumpur.
Gomen hantar polis dan FRU untuk ugut rakyat supaya jangan berhimpun,konon katanya haram. RTM asyik dok tunjuk mesej "demonstrasi selalu berakhir dengan keganasan” Dalam dok pasang roadblock dan ugut mengugut, 50,000 orang telah membolos masuk menyebabkan gomen terkejut beruk. Bukan setakat itu saja gomen juga begitu fobia dengan warna kuning hinggakan pemandu motosikal yang pakai raincoat warna kuning pun ditahan beramai
-ramai ....apalah punya haprak!!! Zainuddin.. ooi kalau tak ada sekatan jalanraya dan ugutan oleh polis dan FRU bukan 100,000 nanti 1,000,000 orang yang akan membanjiri Kuala Lumpur dan berhimpun di depan istana tu.Tak perlu huloq duit ringgit,nasi bungkus,putu mayam dan air mineral untuk upah orang hadir macam UMNO dan gomen dok buat selalu.

ZAM : Menurutnya, pertanyaan pengacara Al Jazeera kepada beliau berhubung perhimpunan itu menggambarkan kononnya pihak polis bertindak keras sedangkan polis hanya menggunakan tindakan yang minimum.

Sudah tentu pengacara Al Jazeera akan menyoal apa yang digambarkan dalam clip video yang dipaparkan itu,awat,nak kena hantar clip video kat RTM dulu kah untuk ditapis sebelum ianya ditayang? Inilah yang dikatakan kebebasan penyiaran bukan macam RTM.

Zam : Menurutnya lagi, agensi itu sewajarnya memainkan peranan untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan dunia bebas dengan memberi gambaran sebenar tentang Malaysia, bukannya menimbulkan perasaan buruk antara Malaysia dengan negara barat atau sebaliknya.

Helloooo...brader bukankah RTM itu juga patut memainkan peranan untuk merapatkan hubungan rakyat berbagai kaum tidak kira fahaman politik atau kepartian agar ianya memberi gambaran kepada dunia luar bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi dalam ertikata sebenarnya. Ini macam cakap tak serupa bikin.

Zam: Al Jazeera juga sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang memberi tempat kepadanya untuk beroperasi di sini.

Al Jazeera berfungsi di negara ini bukan secara free tetapi membayar perkhidmatanya di sini dengan harga yang tinggi. Operasinya adalah bebas dan tidak terikat dengan undang penyiaran negara ini. Jadi,kenapa sibuk sangat ni nak bagi warning. Awat hang pikiq siaran berita Al Jazeera ini nak dicensorkan dulu oleh BPR,you,Najib dan Pat Lah sebelum disiarkan? Poooorah..... dan Al Jazeera beropersi di sini kerana mereka fikir Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tulen,tetapi dengan tingkahlaku yang tak senonoh depa mula sedar bahawa demokrasi di sini adalah demokrasi ala-kazam rupanya.

When contacted this is what Al Jazeera's executive news producer Derl McCrudden said,"We have made every effort to get the views of the government official, police and Umno on the rally, and we are delighted to have the (information) minister to talk to us on the rally," he said. "We have our duty to our audience to be impartial. We simply do not take sides."

Betoi kata dia,tapi bagi Zainuddin 'duty'nya hanyalah kepada Presiden & UMNO....dulu,kini dan selama-lamanya.

How childish and stupid one can be...............

cheers.

11 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wr wb

Kita cakap aku hang la senang kot. Harap tak marah. Hari tu (10 Eleven) aku tanya Cik Gu (katataknak.blogspot.com) kot2 dia ada nombor fon hang.

Saja la, teringin nak jumpa hang. Pasai hang dah sebut2 awai2 hang nak mai.

Apa pun, tahniah kerana mai dari jauh. Hope to see u one day. Salam~

bakaq - sangkutu@gmail.com

ali allah ditta said...

Assalamualaikum,

Sorrylah,bakaq,bukan aku tak mau bagi nombor tapi,hang tau saja kadang si SB & penyanggak UMNO ni depa suka menyamaq.

Aku dalam perjalanan balik Tanjong,
nanti aku contact hang kemundian.

Salam aku kat Cikgu(katataknak)

wasalam.

Anonymous said...

kaki bodek wal baruah

Anonymous said...

Kalau takde news langsung kat luar negeri baru padan muka...

Anonymous said...

nak cari duit lebih la tu kot... dia tengok TG Hadi dapat ganti rugi... dia pun nak la tu... barua punya zam mamak p***mak...

The Eugenist said...

Salam..

Mamu marah jugak noo..

Apa2 pun, kita harus paham...Pak Lah seorang pemimpin yang paling ulung, paling bagus dan terbaik dalam sejarah2 Perdana Menteri Malaysia sebelumnya.

Dia buat semua ini untuk kebaikan kita..Dia kena pertahankan sistem perundangan negara yang dah dok ada sekarang. Mana buleh nak cari dah pemimpin yang macam Pak Lah..

Tun Dr. Mahathir buat wawasan 2020 saja, tapi Pak Lah menjangkau sampai 2057. Wawasan 2020 belum lagi terbukti tapi Pak Lah warwarkan Wawasan 2057, maknanya Paklah lebih berwawasan.

Kesian kat Pak Lah.. Dia baguih..Dia lebih banyak membangunkan negara. Dia banyak membawa masuk pelaburan buat negara...

Kalau mereka yang bijak, mereka akan faham apa yang cuba akan saya sampaikan di atas.. - (read between the lines..)

Hesmel Faznee Faisal

ali allah ditta said...

Salam eugenist,

Jangan biar mata menggelabui minda kita.Dont judge a book be its cover.

(so read between the lines)

Thanks for your comment.

cheers.

Anonymous said...

Yang Bodoh Minister of Mis-information,

Apa standard u baca?
Tingkatan 3, ada pass ka?

u betul tak tahu malu.

Anonymous said...

Mamak Zam ni aku kenal,bukan orang lain , mengaji tak tara mana . Bodek TDM dapatlah jadi menteri. Cakap orang puteh lintang pukang ,buat malu kami mamak mamak ni.

Anonymous said...

Persatuan Mamak Malaysia berasa sedih dgn jawapan padukang yg amat memalukan semua mamak semalaysia..

Nasib baik ada Malik Imtiaz Sarwar..cover up again..

Anonymous said...

salam.saya ada bbrp kemusykhilan pasal perhimpunan bersih pd sabtu lepas.de rakan saya beritahu yg rakyat yg berhimpun dpt duit.de juga yg beritahu de yg berhimpun tu dlm keadaan separuh berbogel.betul ke?harap pertanyaan ni dpt balasan.terima kasih.