12 August 2015

Nilai RM merudum melepasi tahap CGPA Mat Maslan...


Ringgit jatuh cecah RM4 sedolar AS...

Ringgit jatuh mencecah RM4 bagi sedolar AS hari ini, merosot serendah 4.0035 pada jam 9.35 pagi, demikian menurut Bloomberg.

Bagaimanapun, ia meningkat sedikit sejurus kemudiannya, dan berlegar pada kira-kira RM3.99 sedolar AS pada jam 9.50 pagi.

Ini adalah kejatuhan paling rendah ringgit sejak krisis kewangan Asia pada 1997.

Dalam tempoh 12 bulan terakhir, ringgit turun kira-kira 20 peratus, menjadikannya prestasinya paling buruk di Asia.

Kemerosotan itu antaranya berpunca daripada kejatuhan harga minyak mentah Brent yang mengurangkan hasil negara, selain perubahan kadar faedah rizab persekutuan AS.

Daripada aspek politik pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini menjadi perhatian susulan kemasukan sumbangan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya selain kontroversi 1MDB yang melanda.- mk

 

Sebahagian besar daripada bahan impot kita adalah dikira dalam dolar Amerika(USD). Dengan naiknya nilai pertukaran RM ke USD, kini melepasi USD 4.00 bererti kos barangan impot kini dah meningkat lebih daripada 10%.
Buah2an spt. apple,orange,grapes, computer, I phone, I Pad, Coca Cola, sewa wayang Hollywood oleh Astro,dan sbgnya akan naik atau dah naik hampir 10%.  

Sama juga dengan kes 1MDB. Depa pinjam dalam dolar Amerika.  Dengan nilai RM yang kian susut,bererti hutang 1MDB akan bertambah dan kini depa tak ada duit nak bayar. Jadi dok tunggu masa depa nak gagau duit KWSP,KWAP,Petronas dan sbgnya...

Ringgit pula belum habis jatuh lagi. Jangan marah Mahathir atau parti pembangkang pasai depa faham apa depa cakap. Tu bangang2 UMNO yang dok jilat Najib habis dari atas ke bawah yang tak faham apa yang sedang berlaku...
t/s

Ringgit falls through RM4 to US$ barrier...

Malaysia’s ringgit weakened beyond 4 to the dollar for the first time since 1998 as investors flee the nation’s assets amid a slowing economy and controversy over finances linked to Prime Minister Najib Abdul Razak.

The currency tumbled more than 1% to 4.0025 a dollar as of 11:02 am in Kuala Lumpur, according to prices from local banks compiled by Bloomberg. It has lost about 20% in the past 12 months in Asia’s worst performance.

China’s surprise devaluation of the yuan has lumped more pressure on the ringgit on speculation policy makers will favor weaker exchange rates to prop up faltering exports. Malaysia is already reeling from slumping Brent crude prices that have cut government earnings for the net oil exporter, and a looming US interest-rate increase. Najib has come under the spotlight over a RM 2.6 billion ringgit donation deposited into his personal bank accounts and which was initially linked to state investment company 1Malaysia Development Bhd.


 

Global funds have pulled about US$3 billion (RM11 billion) from the nation’s equities in 2015, the most since 2008, and the FTSE Bursa Malaysia KLCI Index has lost more than 13% from this year’s high in April. Overseas ownership of Malaysian government and corporate debt fell to the lowest level in three years in July.

The Southeast Asian nation’s foreign-exchange reserves dropped below US$100 billion last month for the first time since 2010 to settle at US$96.7 billion. The central bank will continue to “smoothen out excessive volatility,” Julia Goh, an analyst at Singapore’s United Overseas Bank Ltd, wrote in a research note on Tuesday. Bank Negara Malaysia failed to stop the ringgit falling through its 1998 peg level of 3.8 a dollar in July.

The monetary authority has spent US$25 billion defending the currency since July 2014, after adjusting for valuation effects, Philip McNicholas, a Singapore-based economist at BNP Paribas SA, wrote in a July 24 report.- Bloomberg


Plunging like it’s 1998

Malaysia Consumers Send Najib Warning on Growth as Ringgit Drops

Stabilkan nilai Ringgit segera... 

Ringgit Malaysia (RM) dalam krisis. Hanya orang yang dijangkiti penyakit sindrom penafian menafikannya.

Akhbar perniagaan Bloomberg melaporkan bahawa dalam seminggu terkini bulan Julai 2015 (3 – 7 Ogos), nilai pertukaran RM jatuh ke RM3.9235 = USD1.00. Ini adalah penurunan terbesar dalam tempoh seminggu yang pernah direkodkan sepanjang 12 bulan sejak Julai 2014 dan nilai terendah RM sejak 1998 (tahun tercetusnya krisis kewangan Asia). Hari ini, Selasa, 11 Ogos 2015, nilai RM terus turun ke RM3.9822 = USD1.00 (Laporan Bloomberg pada pukul 4.30 petang).

Penurunan nilai RM yang berterusan ini mendorong ramai penganalisis mengunjurkan bahawa nilai pertukaran RM akan terus menyusut. PNB Baribas mengunjurkan RM akan susut kepada RM4.00 = USD1.00 pada penghujung tahun ini berbanding unjuran awal RM3.8. Societe Generale pula mengubah unjurannya dari RM3.7 kepada RM3.9 dan ANZ dari RM3.82 kepada RM3.95. Semakan menurun ini dibuat setelah mengambilkira pelbagai faktor termasuklah kelemahan harga komoditi, jangkaan Fedreserve  Amerika syarikat akan menaikkan kadar faedah September ini dan skandal 1MDB membabitkan Perdana Menteri. 

 
 

Ada penganalisis menjangka bahawa kebarangkaliannya kecil bagi BNM membenarkan rizab antarabangsanya susut ke bawah USD90 bilion. Itu tidak strategik.  Kini, jumlah rizab yang berbaki sudah pun menghampiri had ini. Ini bermakna, kapasiti BNM untuk secara berterusan menyerap (mop-up) RM dari pasaran matawang adalah terhad. Ini mendorong lebih banyak spekulasi. Langkah-langkah lain – selain dari membelanjakan rizab antarabangsa – perlu dilaksanakan untuk menghentikan aliran menurun RM ini.  


Pengalaman Malaysia berdepan dengan krisis kewangan tahun 1998 mengajar kita bahawa membelanjakan rizab antarabangsa tanpa had sehingga sedikit sangat yang berbaki boleh melumpuhkan BNM untuk mempertahankan diri dari sebarang serangan spekulasi ke atas RM apatah lagi untuk menyerang balas. Sebab itu, BNM akhirnya terpaksa mengekang RM pada RM3.8 = USD1.00 dan menguatkuasakan lain-lain langkah kawalan modal. Dasar ini kekal sehingga tahun 2005. Di bawah regim “managed float” yang diamalkan selepas itu, nilai pertukaran asing pulih  sehingga mencapai sekitar RM3.00 - 3.20 = USD1.00.

Namun, sejak awal tahun 2015, nilai RM mula mengalami tekanan menurun sehingga sekarang. Jika RM terus tertekan, kemungkinan adalah tinggi untuk BNM kembali melaksanakan langkah-langkah menstabilkan nilai pertukaran RM yang bukan berasaskan pasaran seperti pengekangan RM dan kawalan modal. Setakat ini, BNM masih meneruskan regim “managed float” dalam mengurus pasaran matawang. 


Laporan bahawa pelabur asing “melambakkan” pegangan pelaburan (asset holdings) mereka di Malaysia sewajarnya membimbangkan Menteri Kewangan dan Gabenor BNM yang bertanggungjawab menjaga kestabilan nilai pertukaran antarabangsa RM. Gelagat seperti ini memberi isyarat pelabur sudah berspekulasi bahawa nilai pertukaran antarabngsa RM akan terus susut dalam tempoh terdekat khasnya ke arah penghujung tahun 2015 ini. Oleh itu, seandainya mereka tidak mencairkan aset berdenominasi RM sekarang – terus bermain dengan “wait and see game” - mereka menjangka kerugian yang lebih besar bakal ditanggung. Oleh itu, mereka merasakan eloklah “mencampakkan” sahaja aset Malaysia yang mereka pegang dan beli matawang asing dan cabut lari. BNM sewajarnya bertindak menghentikan spekulasi ini.




Pada  8 Ogos 2015, akkhbar dalam talian, The Malaysian Insider, melaporkan bahawa pelabur asing yang memegang surat hutang kerajaan dan surat hutang korporat berdinominasi RM telah pun, secara beransur-ansur, menjual pegangan mereka. Dalam tujuh bulan pertama tahun 2015, mereka telah mencairkan pegangan saham di Bursa Malaysia bernilai RM11.77 bilion (USD3 bilion) dan hasil jualan dipindahkan ke luar negara.  Pencairan ini adalah yang terbesar sejak 2008.

Tampaknya, kebarangkalian untuk krisis kewangan tahun 1998 – mungkin skalanya berbeza – berulang adalah tinggi.  Kriris berkenaan menimpakan padah kembar ke atas ekonomi Malaysia – pasaran saham dan nilai pertukaran asing RM merudum dan akhirnya, ekonomi Malaysia meleset teruk. Kini, ulangan krisis ini nampaknya sudah bermula di pentas ekonomi Malaysia.

Amatlah menghairankan di sana tiada tanda-tanda jelas bahawa ada kebimbangan pada raut wajah Menteri Kewangan dan Gabenor BNM bahawa krisis kewangan mirip krisis kewangan tahun 1998  akan berulang.  Apakah Menteri Kewangan terlalu sebuk untuk menyelamatkan diri dari jerat skandal 1MDB sehingga tiada masa untuk memikirkan isu krisis matawang ini? Begitu juga halnya dengan Gabenor BNM. Apakah beliau sedang berdepan dengan kemungkinan disingkirkan dari jawatan sehingga isu matawang bukan prioriti beliau buat masa ini? - Baca seterusnya...


 

Jailed former opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim slams Barisan Nasional (BN) for being more interested in its own survival as he urged all political parties to set aside their differences in order to save Malaysia from economic and political crises. – The Malaysian Insider pic, August 11, 2015.
BN only interested in own survival...

The cabinet and BN will be both complicit and responsible for the current crisis plaguing the country if they do not speak up or take immediate action.

Incarcerated former opposition leader Anwar Ibrahim said this in his latest comment on the nation’s state of crisis, made through his lawyers yesterday.

“The nation is in a state of crisis, economic and political, yet the BN government seems incapable or unwilling to take strong, decisive and immediate action.

“Najib and his government appear to be more interested in their own political survival than in the interests of the nation,” he said.

Anwar added that the serious allegations against Prime Minister Najib Abdul Razak (photo) in the 1MDB scandal had been compounded by recent machinations including the sacking of the former attorney-general Abdul Gani Patail and the gross interference in the MACC's duties.

This has resulted in the ringgit worsening to historic lows and investor confidence evaporating which will lead to serious consequences for the well-being of every Malaysian, noted Anwar.

Pointing out how 'countless patriotic Malaysians' have sacrificed a great deal to protect and develop the country, Anwar questioned whether this was how Najib  repaid them.

“Is this how Najib and his associates repay them? By bringing the country to the brink of ruin?” he queried.

Growing criticism


In calling for all political parties, leaders as well as elected representatives to set aside their differences, Anwar urged them 'to put the interest of the nation and our people above all other considerations'.

“With courage and resolution, we can yet overcome this crisis and put in place urgent reform to restore democracy and save this nation.

“But time is of the essence, action must be immediate,” he stressed.

Najib continues to garner growing criticisms from friends and foe alike in wake of the ongoing 1MDB affair and the reported donation of RM2.6 billion by a Middle-Eastern donor into his personal bank account.

Apart from expected criticisms by the opposition, several Umno members have also made known their unhappiness with the premier.

Langkawi Wanita Umno chief Anina Saaduddin in her vitriolic speech the video of which has since gone viral, had said that Najib had 'lied' to all Umno members. - mk


Pasai tu dia kalut nak bawa masuk 1.5 Bangla..
.


video
Malaysia get famous because of Mr.Wan Em Dibi...



cheers.

No comments: