28 August 2015

Sultan Johor kasi warning kat Menteri Nazri Aziz dan...




Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran keras kepada dua ahli politik Umno.

Baginda “menasihatkan” ahli politik, khususnya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat supaya tidak campur urusan istana atau membuat kenyataan mengaitkan istana.

Sultan Ibrahim juga memberi amaran keras kepada menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang sebelum ini memberi amaran untuk “membelasah” Tengku Mahkota Johor (TMJ) jika baginda campur tangan dalam politik.

“Ada juga pemimpin kerajaan yang langsung tidak beradab apabila bercakap, dengan melabelkan orang lain sebagai orang gila; dan lebih teruk lagi dengan angkuh dan sombong hendak “whack” anakanda saya (TMJ).

“Adakah pemimpin seperti ini patut dihormati? Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”.

Sultan Ibrahim bertitah demikian sempena majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di ibu pejabat polis kontinjen Johor.

Petikan ucapan itu dimuat naik ke Facebook rasmi pasukan bola sepak negeri Johor Southern Tigers.


Sementara itu, dalam ucapan sama, baginda juga bertitah tidak akan mencampuri urusan mana-mana parti politik.

Titah baginda, walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa, baginda hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti atau individu.

“Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan muafakat bangsa Johor,” titah baginda.

Timbalan Muhyiddin Yassin sebelum ini mengadap baginda selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, yang dispekulasikan beliau mendapat dukungan istana.- mk


 
Sultan targets Umno rep, Nazri in 'warning' to politicians...

Johor ruler Sultan Ibrahim Iskandar issued a warning to all politicians, zeroing in on Umno Kempas assemblyperson Tengku Putra Haron Aminulrashid and minister Nazri Abdul Aziz.

The monarch reminded politicians not to intervene in palace affairs or make statements linked to the palace.
The sultan said this in response to certain politicians who made remarks that sounded arrogant.

"My advice to politicians - among them is the Kempas state assemblyperson - is not to meddle in the affairs of the Johor palace or try to make statements that implicate the palace.

"There are also leaders in the government who are totally rude when speaking up, by labelling others as 'crazy' and even worse, being so arrogant as to wanting to 'whack' my son," he said.

Sultan Ibrahim appeared to be referring to Nazri (photo), who was embroiled in a verbal tussle with the crown prince Tunku Ismail.

"Are these the kind of leaders that are to be respected? 

Remember that one's words can lead to one's downfall," he added in his speech after Friday prayers.

Sultan Ibrahim also stressed that he did not interfere in political matters.

Caution against vested interests

Tengku Putra, on the other hand, courted flak from the sultan when he commented that Tunku Ismail's warning to politicians attempting to get close to his father and counsel him for personal interests should also apply to business tycoons in the state.

The prince's remark came in the wake of Deputy Prime Minister Abdul Zahid Hamidi's audience with the sultan and his claim that the ruler believes Umno is the only party which can unite the Malays.

Though Zahid said the sultan did not express this in words, he believes the monarch is counting on Umno.

However, Tunku Ismail (photo) responded by saying he does not support any political party, except true and honest leaders.

Following this, the Kempas assemblyperson, in a blog post, stated: 

"We highly respect the stand taken by his royal highness the crown prince of Johor and the caution to those who seek to become friends or be close with his royal highness the sultan for personal gains or political capital.

"As we are in no position whatsoever to speak on his royal highness' behalf, we hope that his royal highness (Tunku Ismail) caution applies not only to the politicians but also to the unscrupulous businessmen with the intent of 'printing money' in fast track motion in this robust and fast developing economy of the great state of Johor, who do not observe the sensitivities and the well-being of the rakyat, namely the Malays." - mk

Dunia tahu siapa Najib yang sebenar...

Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott berkata, masyarakat dunia kini sudahpun dapat wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malott berkata, imej Najib di persada antarabangsa – yang digilap oleh agensi perhubungan raya dengan kos sehingga jutaan ringgit – amat berbeza dengan wajah “korup” perdana menteri itu di ceruk rantau ini.

“Hari ini, (hasil laporan) akhbar dan majalah berprestij dunia, seluruh dunia tahu siapa Najib yang sebenar,” katanya dalam tulisan rencana disiarkan Malaysiakini hari ini.

Malott seterusnya membangkitkan mengenai kekangan kebebasan di bawah pentadbiran Najib, termasuk kekasaran polis ke atas peserta demonstrasi BERSIH dan penahanan ahli politik serta aktivis bawah Akta Hasutan.

“Dialah Najib yang korup, orang yang mengatur pembelian kapal selam Scorpene yang terlalu mahal, walau tidak berfungsi.

“Dan terbaru (dialah) orang di belakang 1MDB dan jutaan ringgit yang hilang. Dialah Najib yang menerima AS$700 juta dalam akaun bank peribadinya.

“Dialah Najib, yang mana beg tangan Birkin dan rantai leher zamrud jutaan dollar isterinya menjadi bahan pendedahan tiga halaman dalam The New York Times,” kata Mallot.

Malott memerhatikan bahawa Najib sering bercakap mengenai Global Movement of Moderates, reformasi ekonomi Malaysia dan usaha untuk mengubah Malaysia untuk menjadi model dunia.

“(Itu adalah) Najib yang palsu, Najib internasional, Najib yang bercakap muluk-muluk di luar negara.

“Najib itu disokong oleh jutaan dolar dalam bentuk yuran perhubungan raya. (Najib) malah berjaya mengecek presiden Amerika Syarikat untuk bermain golf, Krismas lalu,” tulis Malott.

Tambahnya, Najib pasti akan menggunakan kaedah sama pada hujung minggu ini melalui kekerasan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 4.

“Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan belantan polis untuk mengekalkan kekuasaannya.

“Seluruh dunia akan melihat dan akhirnya sedar siapakan (Najib) yang sebenar.
“Dan Najib akan berakhir.”- mk

Internationally, it's game over for Najib...

Ever since he became prime minister in 2009, Najib Razak cut a very impressive swath overseas.

Armed with his impeccable English, a product of his British education, and dressed immaculately in his elegant bespoke British suits, Najib talked a good game. He traveled the world and spoke of how he wanted to reform Malaysia's political and economic systems and transform his nation into a model for the world.

He spoke at the United Nations time and again of a Global Movement of Moderates, of which Malaysia would be the leader. He spoke of Malaysia as a tolerant nation that respected all religions and races.

In contrast to former PM Dr Mahathir Mohamad, whose trips were primarily to Third World nations, Najib actively courted the United States and European nations - the lands of Mahathir's dreaded "orang putih."

Backing all of Najib's efforts was a multi-million dollar international PR operation, paid for by the taxpayers. It was aimed at swaying international opinion. 

It spent untold millions on PR firms Apco and FBC Media. 

Their job was to puff up Najib and tear down the political opposition, along with anyone who dared to tell the truth about what was really going on in Malaysia.

And most of the outside world believed what Najib and his PR machine had to say.

But for the past few years, there were a number of people outside Malaysia, myself included, who tried to tell the world what the truth was - what really was going on in Malaysia. That Malaysia was no longer the country they thought it was, and that they should not believe Najib's paid propaganda agents.

We wanted people to know that there were two Najibs. There was the fake Najib, the international Najib, the Najib who talked a good game overseas. That Najib was backed up by millions of dollars in PR fees. That man even fooled the President of the United States into a game of golf just last Christmas.

The real Najib

And then there is the other Najib, the real Najib.

He is the "domestic" Najib, the man who stifles freedom. The man whose police force tear-gassed people in the streets for demanding free and fair elections. The man who has arrested scores of opposition politicians and dissidents under the Sedition Act.

He is the corrupt Najib, the man who arranged the over-priced purchase of non-functioning Scorpene submarines, and most recently, the man behind 1MDB and its missing billions.

He is the Najib who received US$700 million into his personal bank account.

He is the Najib whose wife's many Birkin bags and multi-million dollar emerald necklaces were the subject of a three-page expose in The New York Times.

Today, thanks to the most prestigious newspapers and magazines in the world, the whole world knows who the real Najib is. Now the world understands that there is only one Najib.

And it is not the dapper, suave, reformist Najib that they believed in.

So, it is game over for Najib Razak internationally.

On Saturday, tens of thousands of Malaysians will march in Bersih 4 to protest Najib's authoritarian rule.

It is certain that Najib, the man who brazenly stood before international fora and proclaimed himself to be a reformer and a liberal, will send his police force in to break up the rally.

Najib will deploy tear gas, chemical-laced water, and police batons to ensure his rule.
The whole world will be watching - and finally will realise what kind of man he is.

It truly will be game over for Najib.- mk

Sekat laman sesawang Bersih 4...

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang “mempromosi dan menyebarkan maklumat” tentang Bersih 4.

Pengumuman itu dilakukan melalui akaun Facebook SKMM, menyifatkan yang keputusan berbuat demikian disebabkan rapat umum itu akan “mengancam kestabilan negara”.

Tetapi bukankah “sekatan” ini sudah agak terlewat? Bersih 4 hanya dua hari lagi dan kini, rakyat sudah mempunyai maklumat yang mencukupi. Mereka yang mahu menghadirinya sudahpun memutuskan untuk berbuat demikian.

Sekarang, pastinya semua orang sudah menyedari kuasa internet dan media sosial dan tindakan menyekat laman sesawang yang menyebarkan perkembangan terkini mengenai rapat umum ini pastinya tidak akan membantu mengurangkan jumlah penyertaan, jika benarlah itu adalah niat SKMM?

Ada ketikanya, rakyat Malaysia tertanya-tanya samada pihak berkuasa sudah kehabisan idea untuk mengawal berita mengenai Bersih 4 pada 29-30 Ogos?

Sehingga kini, mereka telah mencuba pelbagai helah yang terdapat dalam peraturan bagi menghalang rakyat daripada menyertai rapat umum ini. Ia bermula dengan amaran bahawa rapat umum ini melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat akan dihukum. Ia kemudiannya menjadi ancaman yang lebih halus, seperti dakwaan yang kini sudah dinafikan tentang penggunaan pistol taser kepada peserta.

Kemudian, wakil-wakil rakyat Umno mahu meraih simpati dengan berkata yang rapat umum itu akan menyebabkan ekonomi semakin menjunam.

Itupun tidak berkesan.



Jadi, mengapa SKMM tidak menamakan laman sesawang khusus yang akan mereka sekat? Adakah ini termasuk laman berita seperti Malaysiakini yang berada di baris depan pelaporan rapat umum itu?

Hakikatnya, tindakan menyekat mana-mana laman sesawang sekarang, atau lebih awal lagi, tidak akan membantu sesiapa dalam apa juga cara.

Tiada sesiapa yang berkata “mari log in laman web ini untuk mendapatkan maklumat tentang Bersih 4” untuk memastikan mereka mengetahui perkembangan terkini.

Mereka mempunyai Twitter, Facebook, WhatsApp dan pelbagai cara lagi yang boleh mereka harapkan untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini rapat umum tersebut.

Adakah SKMM juga akan menyekat capaian kepada Twitter dan Facebook?

Jelas sekali, SKMM tidak tahu di manakah keutamaan mereka.

Ketika laman-laman sesawang yang mempromosikan ideologi Islamic State (IS) tumbuh bak cendawan selepas hujan pada tahap yang sangat membimbangkan, badan pengawalselia itu sibuk melakukan perkara yang tidak penting.

Benarkah rapat umum Bersih lebih mengancam keselamatan negara berbanding ancaman IS, wahai SKMM?

Itu ialah persoalan yang lebih penting dan memerlukan jawapan segera dari SKMM. - V Shuman.theantdaily


Kini menurut Aliran @aliranmalaysia...
Laman Bersih...http://bersih.org/  blocked by Malaysian authorities.  To access http://Bersih.org  website via proxy. go to http://vpnbook.com .


Blocking Bersih 4 sites a little too late, isn’t it?

Yang ini kot pak Arab yang menderma RM 2.6b tiba di KLIA malam tadi menurut sumber yang tidak mahu dinamakan. Beliau dijangka akan membuat sidang akhbar untuk confirm yang dia kasi wang RM2.6b kat Najib cara ikhlas...

Adakah BERSIH satu perhimpunan haram?
Jawapan SINI dan SINI    


 

Apa akan berlaku jika kamu dibawa ke balai?
Jawapan di SINI dan SINI 

Embedded image permalink

No comments: