14 August 2014

PR dapat sokongan majoriti...


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya hari ini.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya. 



Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.
 
"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
 
"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa. 

"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah. - mk


Two PAS reps on board, Azizah claims majority...

PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail has majority in the Selangor state assembly to become the next menteri besar after two PAS state assemblypersons expressed their backing for her.

PAS' Morib rep Hasnul Baharuddin (left) and Hulu Kelang rep Saari Sungib were both present at the Empire Hotel in Subang where Wan Azizah held a press conference this afternoon.

Support from the two PAS reps would mean that Wan Azizah now has 30 state assemblypersons backing her in the 56-member assembly, following all PKR and DAP assemblypersons declaring their support earlier.

On the other hand, current independent Menteri Besar Khalid Ibrahim can only obtain 26 votes in the state assembly if the remaining PAS assemblypersons and Umno assemblypersons support him.

"With this, I announce that 30 Pakatan Rakyat assemblypersons, including myself, have lost faith in Khalid as menteri besar.

"They (the assemblypersons) have also expressed their support for me to take over as menteri besar," said Wan Azizah, who is also the Kajang assemblyperson.

The Pakatan-held state is embroiled in a crisis with Khalid refusing to resign.

Meanwhile, Wan Azizah has also made a second attempt to seek an audience with Selangor ruler Sharafuddin Idris Shah after the palace rejected her first bid. 


She said in her statement today that she had sent the letter today to inform the ruler about the majority obtained and to seek further advice from the sultan.
 
She said that she would also seek advice as to whether the Selangor assembly speaker would need to call an emergency state assembly sitting to determine the status of the menteri besar. 

She urged Khalid to step down immediately as he no longer had the "legitimacy" to continue as the MB following the majority support. 

 "All the 30 assemblypersons have signed a statutory declaration and are present here in person to express their support," she said.

The names of all 30 assemblypersons were listed in the statement she sent out to the media today.

The first letter was signed by PKR de facto leader and her husband Anwar Ibrahim.

On Monday, the palace has consented to Khalid continuing as menteri besar.- mk

Isu kemampuan Azizah antara topik PAS malam ini...

Mesyuarat Lajnah Politik PAS malam ini dijangka membincangkan empat topik panas berkaitan krisis menteri besar (MB) Selangor yang kini menjadi perdebatan hangat.

Selain pendirian PAS terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim, difahamkan akan dibincangkan juga isu kemampuan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kemungkinan calon alternatif baru.

Dua lagi isu panas bakal dibangkitkan ialah kewajaran PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan perkembangan terbaru sokongan dua ADUN PAS menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, sumber-sumber yang dekat dengan lajnah itu menjelaskan mesyuarat malam ini bertujuan menyusun rangka kerja sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos.

“Bagaimanapun ia (keputusan lajnah politik) bukan satu kata putus muktamad. Ia lebih dilihat menyediakan satu rangka untuk mesyuarat itu nanti," kata sumber-sumber itu lagi.

Biro itu akan bermesyuarat di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur pada jam 9 malam ini dengan dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemerhati politik melihat pertembungan hujah kumpulan pro-ulama dan pro-Erdogan mungkin memanaskan suasana mesyuarat itu apatah lagi suara kedua-dua kumpulan itu yang hampir seimbang dalamnya.

Sudah dimaklumi kumpulan pro-Erdogan - yang pro-Pakatan - sudah pasti bakal menolak usaha yang dikatakan bakal dibangkitkan kumpulan pro-Ulama, yang cenderung mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang.

'Pandangan minoriti, berlawak'

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini berkata desas-desus berhubung usaha kumpulan pro-Ulama itu bertiup kencang sejak tarikh mesyuarat itu ditunda sebanyak dua kali sebelum ini.

Ia juga dilihat lanjutan perbincangan dalam media sosial susulan analisis senario yang dikemukakan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki di ambang sambutan Aidilfitri bulan lalu.

"Saya tengok ia (keluar Pakatan Rakyat) tidak logik. Itu pandangan minoriti atau nampak lebih kepada berlawak. Sewaktu rakyat berbilang kaum menerima kita sebagai Pakatan, kita buat keputusan untuk menolak," kata sumber itu.

Sementara itu, isu kemampuan Dr Wan Azizah yang dipilih menggantikan Khalid bakal mencetuskan perdebatan panas di kalangan anggota lajnah itu.

Perkembangan terbaru bahawa penolakan istana terhadap isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk dakwaan prestasi hambar sebagai presiden parti dikatakan antara hujah penolakannya.

Sumber-sumber memaklumkan, selepas pendirian istana dibuat, Abdul Hadi sendiri berkongsi pandangan sama dan dikatakan meminta Anwar menyediakan calon lain sewaktu pertemuan mereka di Kuala Terengganu kelmarin.

'Calon alternatif'

PAS dijangka membincangkan calon MB alternatif dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali antara yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk dimajukan kepada istana.

Sumber yang juga pemimpin kanan PAS itu berkata, perkembangan hasil siri pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan dalam tempoh dua minggu ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat malam ini.

"PAS dijangka membincangkan senarai calon MB daripada PKR selain daripada Azizah, termasuk Azmin. PAS juga tidak pernah bincang (sebelum ini) calon MB daripada PAS.

"Ini kerana, kita menghormati bahawa ia adalah satu konvensyen dalam Pakatan. Tidak timbul calon MB daripada PAS," katanya.

Bagaimanapun, sumber-sumber lain berkata wujud usaha kumpulan pro-Ulama untuk mencalonkan calon MB daripada PAS sebagai 'langkah lunak' jika usul keluar daripada Pakatan tidak menjadi kenyataan. - mk  
      



MB crisis: All eyes now on palace and PAS...

Even though PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail claimed a majority in the state assembly earlier today following the support of two PAS representatives, there are still major hurdles that she and her party need to clear with the Selangor palace and PAS.

The relationship between Wan Azizah as well as PKR and the Selangor palace and PAS would come under increasing scrutiny over the next few days, which could decide the fate of the state's leadership.

Central to this is whether PKR and its de facto leader Anwar Ibrahim would be willing to submit a second candidate for the MB post.

The Selangor palace had already rejected Wan Azizah's request for an audience with the sultan earlier this week as it did not wish to delve into PKR's internal affairs.

The Kajang assemblyperson had penned a second letter today seeking and audience to inform the monarch of the majority that she holds in the state assembly to oust current MB Khalid Ibrahim.

With the latest development, there have been calls for the sultan to instruct Khalid to resign given that Wan Azizah has majority support.

However, PAS secretary-general Mustafa Ali yesterday said he "heard" that the palace had rejected Wan Azizah's candidacy as MB, and thus the party was also seeking for PKR to submit a second candidate.


Fresh state election

If the Selangor palace does not grant Wan Azizah an audience at the second time asking, PKR and DAP might need to wait until the state assembly convenes again in November in order to push through a vote of no confidence and remove Khalid.

A hung assembly could prompt the sultan to dissolve the state assembly and call for fresh polls.

Pakatan insiders have become increasingly wary of the prospect of a snap polls as they believe PAS and PKR would suffer major losses compared to the 13th general election.

Key to avoiding this would be to ensure PAS' support alongside PKR and DAP for the MB change.

Malaysiakini previously reported that a meeting between top PAS leaders last Sunday arrived at four conclusions - to stay in Pakatan Rakyat, to withdraw support for Khalid, to reject Wan Azizah and request a second name from PKR to be submitted.

This brought to fore the name of Azmin Ali, the PKR deputy president and Selangor PKR chief who has been eyeing the MB post for quite some time.

A meeting between PAS president Abdul Hadi Awang and Anwar in Kuala Terengganu on Monday had failed to break the deadlock, and the party's political bureau would hold a crucial meeting tonight before proposing their conclusions for the all-important central committee meeting this Sunday.

Sources from Anwar's inner circle have admitted that the PKR leader might not succeed in pushing through Wan Azizah's candidacy after all due to possible resistance from the palace and PAS.

Malaysiakini understands that PAS leaders are also increasingly unhappy with PKR strategist Rafizi Ramli and secretary-general Saifuddin Nasution for publicly insisting that PKR does not consider any other candidate apart from Wan Azizah for the MB post.

However, if PAS could finally reach an agreement with PKR after backing Khalid previously and throw their support for the MB change, Khalid's independently run government could collapse with the withdrawal of four remaining PAS exco members.

According to sources, Pakatan’s presidential council might hold a meeting right after the PAS central committee meeting on Sunday in another bid to reach an agreement that has eluded all three Pakatan components.

A strong show of support from all Pakatan parties could then lead to a new MB being appointed while averting a state election.

The state ruler, Sharafuddin Idris Shah, would return from his overseas trip on Aug 23 and Pakatan would be hopeful of reaching a consensus on the matter before this.
 - mk




cheers.

No comments: