25 August 2014

Fitnah Najib - giliran Nizar pula dan logo 'UMNO' senget...

Nizar didakwa kerana fitnah Najib...

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini dibicarakan kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pasukan pertahanan dalam ceramahnya di Ipoh dua tahun lalu.

Nizar didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Desa Pakatan antara jam 9 malam hingga tengah malam pada 23 April, 2012.

Kertas pendakwaan menyatakan Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering mengeluarkan kenyataan: "Saya dimaklumkan Najib akan hubungi semua jeneral tentera untuk melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya."

Pemimpin pembangkang di Perak itu didakwa mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika ceramah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nizar dibenarkan ikat jami sebanyak RM4,000 dengan satu penjamin. – tmi



Ex-MB Nizar claims trial over 'defaming Najib'...

Former Perak menteri besar Mohd Nizar Jamaluddin claimed trial at the Ipoh Sessions Court today to a charge of criminally defaming Prime Minister Najib Abdul Razak in 2012.

He was charged under the rarely-used Section 500 of the Penal Code for criminal defamation.

If found guilty, the former Perak MB and Changkat Jering assemblyperson stands to face a maximum two years’ jail, a fine or both.

Nizar was charged before Sessions judge Madihah Harullah.

The court also fixed bail at RM4,000 with one surety, and fixed Sept 26 for mention.

Nizar is charged with criminally defaming Najib during a public speech at Taman Desa Pakatan, Ipoh between 9pm to midnight on April 23, 2012.

The complainant in the case is one major-general. Perak state head of prosecution Masri Mohd Daud prosecuted.

Nizar is represented by Hatim Musa and Fitri Asmuni.- mk


'Paparan logo' Menara Umno tak 'senget'...

Jun lalu, tiang penambat kilat jatuh dari tingkat 21 Menara Umno di Pulau Pinang dalam satu kejadian ribut, mengakibatkan dua orang terbunuh.

Salah seorang mangsa ialah penjaja Lim Chin Aik, 44, yang kebetulan melalui Jalan Macalister pada hari kejadian tersebut pada 13 Jun. Sehingga hari ini, mayatnya yang dihempap struktur tersebut tidak pernah ditemui.

Semalam, 'signage' (Paparan logo) di bumbung Menara Umno yang kelihatan senget 15 darjah, tersebar di media sosial, telah menimbulkan sedikit kebimbangan di kalangan orang ramai.

Pengguna facebook memberi amaran supaya orang ramai menjauhi Jalan Macalister di mana bangunan itu terletak kerana struktur tersebut kelihatan senget.

Bagaimanapun, Pengarah Bangunan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Yew Tung Seang menafikan perkara itu.

Ketika ditanya hari ini, Yew berkata jabatannya telah segera menghantar pegawainya untuk memeriksa bangunan.

"Kami pergi untuk memeriksa sebaik sahaja kita mendengar khabar angin dan kebimbangan rakyat, terutama selepas gambar dilihat beredar di Facebook," Yew kepada Malaysiakini.

"MPPP menghantar pegawai kami ke tempat itu petang semalam untuk siasatan lanjut," katanya.

Yew berkata MPPP mendapati rangka struktur bumbung bahagian atas itu utuh dan tidak ada tanda-tanda ianya senget.

Beliau menambah bahawa gambar yang diedar secara meluas di laman sosial itu diambil dari sudut yang menunjukkan seolah-olah struktur itu condong tetapi ia memang direka sebegitu.

"Sudut Ini akan memberikan kesan visual yang mengelirukan jika dilihat dari sudut tertentu," kata Yew.

Beliau menggesa orang ramai supaya memeriksa atau membuat aduan kepada MPPP terlebih dahulu sebelum mengedar gambar tersebut di laman sosial, sehingga menimbul rasa panik.- mk



Menara Umno's 'tilting' sign stirs panic in Penang...

Last June, the lightning arrestor that fell from the 21-storey Menara Umno in Penang killed two persons during a freak storm.

One of the victims, hawker Lim Chin Aik, 44, who was passing by Jalan Macalister that fateful day on June 13 and whose body was never found, was caught under the massive structure as it crashed down to the road.

Yesterday, photos of Menara Umno's roof top signage that appears to be tilting 15 degrees made its rounds on the social media, causing slight panic among Penangites on the island.

Facebook users are warning others to keep away from Jalan Macalister where the building is situated as the structure appears to be in danger of collapsing.

However, the Penang Municipal Council (MPPP) building director Yew Tung Seang denied that the possibility.

Asked today, Yew said his department has immediately sent its officers to check on the building.

"We went to check as soon as we heard the rumours and concerns of the people, especially after photos were seen circulating on Facebook," Yew told Malaysiakini.

"We are not taking any chances, MPPP sent our officers to the site yesterday afternoon for further investigation," he added.

Yew said the MPPP found the roof top framed structure intact and there is no sign of tilting.

He added that the photo which has gone viral was taken from an angle which showed as if the structure is slanted but it was designed that way on purpose.

"That angle  will give a misleading visual effect if looked from a particular angle," Yew said.

He urged the public to check or lodge complaints with the MPPP first before circulating such photos on the social media, causing panic.

"We would immediately act when we receive such complaints, we will check the building and if there were dangers, we would immediately inform and caution the public," he added.

Menara Umno is also home to Penang Umno which often holds its party meetings on the sixth floor.

In May, the body of 21 year old law student Tieu Hooi Theng was found on the ground floor of Menara Umno.

She was believed to have fallen from the top of the building which also houses a college, and the victim was reportedly about to sit for her exam the day she was found dead.- mk

The Star curi katun Zunar,ceritanya di sini dan sini...

Pengantin separuh bogel di Ipoh,ceritanya di sini dan sini


cheers.

No comments: