04 August 2014

New Zealand tanya bila Malaysia nak serah Rizalman...

Bila Malaysia akan serah Rizalman kepada New Zealand...

Akhbar New Zealand Herald pada Ahad mempersoalkan bila kerajaan Malaysia akan menyerahkan Muhammad Rizalman Ismail kepada negara itu untuk diadili selepas menghadapi dakwaan cubaan merogol seorang warganya.

Melalui ruangan pendapat editor, akhbar itu berkata, New Zaland menuntut penjelasan mengapa proses menghantar kembali pegawai waran II itu masih tiada sebarang perkembangan.

"Awal bulan lalu, Malaysia memberikan komitmen untuk mengembalikan Rizalman ke New Zealand dan berkata keadilan perlu ditegakkan.

"Namun, diplomat itu kemudiannya dimasukkan ke hospital tentera bagi menerima rawatan psikiatris dan dibebaskan lebih seminggu lalu. Namun dalam masa terdekat tiada tanda dia akan kembali ke New Zealand," kata akhbar berkenaan.

Kes itu menjadi topik utama media Malaysia dan New Zealand apabila Rizalman pulang ke Malaysia atas imuniti diplomatik walaupun dia ditahan pada 9 Mei atas cubaan merompak dan merogol.

Dia didakwa di mahkamah keesokan harinya.

Pada Ahad 6 Julai, hari Rizalman sepatutnya dihantar pulang, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata tarikhnya masih belum diputuskan kerana keadaan kesihatan mental dan emosinya masih dalam pemerhatian.

Penghantaran pulang Rizalman terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu selepas doktor mengarahkan satu lagi ujian psikologi ke atasnya kerana dia kelihatan mengalami masalah mental dan kemurungan.

Akhbar berkenaan berkata, Menteri Luar New Zealand Murray McCully dan pegawainya juga masih tidak memberikan sebarang kenyataan jelas tarikh sebenar Rizalman akan dihantar untuk dibicarakan di Welington.

"Adakah Rizalman kini cuba mendapat ekstradisi?" soal akhbar berkenaan.

Rizalman didakwa menyerang Tania Billingsley, 21, di kediamannya.

Mangsa mendakwa, suspek meninggalkan negara itu di luar kehendaknya dan dia merasakan pihak berkuasa New Zealand tidak bersungguh-sungguh dalam mengendalikan kesnya. – tmi

When will Malaysian sex-assault suspect go on trial, asks NZ daily...

New Zealand daily has questioned the country's foreign affairs minister for keeping mum over the delay in returning a Malaysian defence officer, due to be extradited from Malaysia last month to face charges of burglary and assault.

Mohammed Rizalman Ismail (pic), a Second Warrant officer attached to the Malaysian High Commission, was to be sent back to New Zealand almost a month ago, but the New Zealand Herald said Wellington had been silent on the matter.

"Not only did this not happen but we are no closer to knowing when he will actually stand trial in Wellington.

"Foreign Affairs Minister Murray McCully and his officials are refusing to shed any light on Rizalman's return," said the paper in its Sunday editorial yesterday.

It questioned how a process which seemed "straightforward has become so involved".

Putrajaya had last month said it would return Rizalman to New Zealand, following the storm created when it was discovered that Malaysia had invoked diplomatic immunity to allow him home.

Rizalman was later admitted to Tuanku Mizan Military Hospital in Kuala Lumpur for psychiatric treatment, and according to the Herald, he was released more than a week ago.

"But it seems now that he will not be back in New Zealand any time soon," the paper added.

It also questioned whether Malaysia was now resisting his extradition.

"Has it changed from the initial placatory attitude to New Zealand?"

Rizalman flew back to Malaysia on May 22 after Wisma Putra invoked diplomatic immunity for him.

The case has dominated headlines in both countries despite his arrest in Wellington on May 9.

Rizalman, a father of three, had allegedly followed 21-year-old Tania Billingsley from a bus stop to her Brooklyn house, before breaking in and undressing himself. The woman fought him off and neighbours went to her aid.

The Herald warned that further delaying Rizalman's day at court was delaying justice to his alleged victim.

"Has neither the government nor the ministry heard the legal maxim that justice delayed is justice denied? As the allegedly injured party, Billingsley has the right to see justice done as soon as possible," it added.

Malaysian lawyers, too, had questioned Putrajaya's rationale in holding back Rizalman for more psychiatric tests, arguing only the trial court in New Zealand can order that the sex-assault suspect to undergo mental evaluation.

They also said Putrajaya was undermining the New Zealand justice system every single day it delayed sending back the 38-year-old soldier to face sexual assault and burglary charges in Wellington.

Lawyer M. Visvanathan said Rizalman must be sent back for a trial as the soldier has been charged with two offences.

"The Kiwis are fair-minded and I am sure he will get a fair trial," he told The Malaysian Insider last month.

According to media reports, Rizalman is undergoing a second round of psychiatric assessments at Tuanku Mizan Military Hospital.

The reports said his mental condition had to be evaluated so that it would hold up in New Zealand courts.

Visvanathan said keeping Rizalman at the hospital was a mockery of the New Zealand court because the findings were of little or no value there.

"Our credibility is at stake by delaying his departure. We are seen as challenging the New Zealand legal and judicial system.”

Another lawyer, S. N. Nair, said Rizalman must be allowed to go through the due process, adding that he was innocent until proven guilty.

"Putrajaya must engage a counsel for Rizalman there who will apply to the court for an expert to determine his mental state.”

He said the report by local doctors was insignificant as Rizalman would be subject to the New Zealand criminal procedure code.

However, lawyer Amer Hamzah Arshad said the reports prepared by local doctors could be tendered in a New Zealand court.


"I believe the investigators there will also send Rizalman to a hospital there and a report will be tendered in court," he said.- tmi

MIC bertempik mengenai Ustaz Shahul, tetapi diam berkenaan Zulkifli Noordin. Mengapa...

Ia adalah sesuatu yang buruk apabila kaum dan agama dipermainkan bagi meraih sokongan.

Ini seolah-olah yang berlaku dalam kes "serbuk kari" Ustaz Shahul Hamid(gambar,bawah) yang menghina penganut agama Hindu dan kaum India yang menurutnya adalah usaha, "... untuk menarik perhatian penonton saya".

Sudah tentu rakaman video beliau mengejek Kuil Ular Cina di Pulau Pinang, dewa-dewi Hindu dan agama Hindu dan juga upacaranya yang yang telah dimuat naik ke laman media sosial, telah menimbulkan kemarahan di kalangan orang bukan Islam dan masyarakat Islam.

Di antara yang marah dengannya adalah MIC.

Pada 30 Julai, Pemuda MIC dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang lain telah menganjurkan protes di Brickfields, bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Shahul kerana menghina agama Hindu.

Tindakan mempertahankan agama adalah sesuatu yang mulia, tetapi mengapa ia tidak dilakukan setiap kali agama itu dihina?

Bukan ini yang nampaknya dilakukan MIC.

Pada tahun 2013, ahli-ahli pelbagai kumpulan India dilaporkan membantah ahli Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin (yang ketika itu merupakan naib presiden kumpulan itu) kerana menghina agama Hindu.

Zulkifli bukan sahaja menggelarkan kaum India Malaysia sebagai "keling", tetapi juga dipaksa meminta maaf pada 1 April 2013 selepas sebuah video yang menyinggung perasaan, di mana beliau menceritakan bagaimana beliau menimbulkan persoalan kepada seorang pedagang India mengapa dewa-dewa Hindu tidak menyelamatkan kedai lelaki itu daripada banjir, tersebar di Internet.



"Saya bertanya kepada peniaga itu kenapa dia tidak meletakkan berhala di hadapan kedainya dan berkata, ‘Ini adalah kedai Tuhan. Tuhan harus menolong. Jika Tuhan anda tidak mampu menghentikan air, apa yang dia boleh buat? Minta dia untuk hentikannya.

Kesucian Sungai Ganges yang dianggap penganut Hindu sebagai suci juga tidak terlepas dari Zulkifli.

"Saya pernah pergi ke Sungai Ganga. Bagaimana anda boleh kata yang ianya suci? Ada bangkai ayam dan ranting-ranting kayu terapung," Zulkifli dilaporkan berkata.

Seolah-olah mengejek penganut Hindu, Zulkifli juga menyifatkan apa yang disifatkan "sikap tergesa-gesa untuk membeli berhala-berhala yang rosak."

"Ramai orang India berebut untuk membeli patung-patung dewa gajah, walaupun yang patah belalainya... Saya bertanya mengapa mereka membeli patung ini, [apabila] belalainya telah rosak. Dia berkata, 'tidak mengapa, kami akan tampalnya semula.' Tuhan-tuhan mereka juga perlu dilekatkan semula," kata beliau.

Tetapi mengapa tidak MIC bersuara atau membantah ini kemudiannya?

Malah, Zulkifli tidak hanya terlepas dengan hanya perlu memohon maaf, beliau juga telah diletakkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) menentang calon PAS, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dan akhirnya telah kalah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dilaporkan memberitahu pengundi bahawa Zulkifli adalah seorang pejuang masyarakat India.


Benarkah begitu? Seorang lelaki yang mencaci penganut dan agama Hindu adalah pejuang kaum India?

Pada tahun 2008, Zulkifli memenangi kerusi Parlimen Bandar Baharu Kulim sebagai calon PKR, tetapi pada tahun 2010 beliau menjadi calon Bebas mesra BN selepas dia dipecat daripada parti kerana mengkritik pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Adakah MIC senyap kerana Zulkifli adalah ahli Perkasa yang merupakan sekutu rapat Umno, dengan kerajaan mengakui ia memberi "beberapa peruntukan" kepada kumpulan pelampau itu?

Adakah mereka membantah Shahul kerana beliau merupakan ahli PAS?

Perbezaan dalam tindak balas kepada dua insiden yang menghina penganut dan agama Hindu ini, menimbulkan persoalan sama ada tunjuk perasaan oleh MIC kali ini disebabkan oleh agenda politik, dan bukannya bagi mempertahankan penganut Hindu dan agama itu.- theantdaily

MIC vocal on Ustaz Shahul but silent on Zulkifli Noordin. Why? 

View image on Twitter

Airstrike near U.N. school kills 10 mostly children...cuba bayangan jika mereka itu saudara mara anda...

Jadi betullah Malaysia dan Isreal berdagang...

View image on Twitter


cheers.

No comments: