27 September 2012

Soalan mengenai BERSIH tak ada masalah kata Menteri tapi kalau kena kat depa,mengamuk satu Kementerian agaknya...

NONETimbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tidak ada masalah mengenai soalan tentang perhimpunan BERSIH 3.0 dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Menurut Puad, selagi soalan itu tidak melibatkan sensiviti perkauman, agama atau menghina mana-mana individu, ia boleh digunakan.

Bagaimanapun, Puad berkata, kementeriannya tidak mendapat sebarang aduan mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada pihak sekolah untuk bertanggungjawab.

"Saya tak dapat laporan tentang perkara itu. Soalan itu peperiksaan percubaan bukan dari kementerian. Ia dari sekolah. Kita pulangkan pada sekolah.

"Selagi tak berunsur sensiviti kaum, agama, atau menghina  individu, saya rasa (soalan) tak ada masalah.

"Terpulang kepada rakyat menentukannya," kata Puad kepada Malaysiakini semasa membuat lawatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil St Joseph, Sentul, di ibu negara hari ini.


Baru-baru ini tersebar di laman Facebook mengenai soalan percubaan SPM sebuah sekolah di Johor Bahru yang mempunyai soalan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Soalan untuk subjek pendidikan moral itu juga mengandungi dua gambar semasa berlakunya perhimpunan tersebut pada 28 April lalu.


 Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ''Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?''. 

 Bukan digubal kementerian

Sementara itu, rakan sejawatannya Datuk Dr Wee Ka Siong mengesahkan soalan berkenaan bukan digubal kementerian atau Lembaga Peperiksaan.

"Saya tidak tahu siapa buat spekulasi atau tetapkan soalan. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh merangka soalan dan menuding jari kepada kementerian," kata Wee ketika ditemui di bangunan Parlimen.

NONEJelasnya, kementerian tidak dapat menyiasat atau bertindak ke atas tuduhan tidak berasas yang berlegar dalam Internet.

"Tak boleh (siasat) berdasarkan tuduhan dari sebarang orang. Jika ia datang drai agensi di bawah kementerian, kita akan siasat.

"Kita tak bolehlah hendak bertindak hanya kerana bahan ini ditemui di Internet. Kita kena siasat sama ada ia betul atau tidak," tegasnya.

Wee menjelaskan bahawa soalan percubaan berkenaan ditetapkan Jabatan Pelajaran Daerah setiap negeri dan bukan oleh kementeriannya.- malaysiakini


Soalan Bersih 3.0 dalam peperiksaan cubaan hasut pelajar

Bersih anjurkan konsert desak lapan tuntutan ditunaikan 


Bersih question in SPM trial 'not a problem' says Minister...

Deputy Education Minister Puad Zarkashi today said that the question on the Bersih 3.0 rally in a recent SPM trial examination was “not a problem”.

“As long as it does not affect the racial or religious sensitivities or malign any individual, I feel (the question) is not a problem... It’s up to the rakyat to decide,” Puad told Malaysiakini.


NONEMet after visiting SJK (T) St Joseph in Sentul today, Puad (right) added that the ministry did not set the question and has received no complaints on the matter.

“I have received no reports. The question was in the trial examination, not from the ministry. It’s from the school, so we leave the matter to the school".

A photograph of the question referring to the Bersih 3.0 rally, from an SPM trial examination paper at a school in Johor Bahru, was recently spread on Facebook.

The question, part of the Moral Education subject paper, featured two photographs of incidents during the April 28 rally.

“Is it reasonable for a citizen to participate in an illegal assembly?” the question read.

The answer given by the student - “tidak wajar (not appropriate)” - was ticked as correct.

NONEMeanwhile, a photograph (left) of yet another Moral Education paper has surfaced on an online forum JBTalks, featuring a similar question on Bersih, but accompanied by a different picture.

However, it was purported on the online site that the paper was from a different school, this time in Segamat.

Earlier, a spokesperson of the national examination board told Malaysiakini that trial examination questions are set by schools or by the state education departments.

Meanwhile, Deputy Education Minister Wee Ka Siong confirmed that the questions were definitely not from ministry nor the examination board.

“I don’t know who speculated or set the questions. Yet to create complaints, anyone can draft the questions and say that the ministry did it,” said Wee when met in Parliament today.


NONEWee (left) also stressed that the ministry cannot investigate or take action on unfounded allegations online.

“I cannot act based on any Tom, Dick or Harry’s allegations. If it is from an agency under the ministry, then we can investigate.

“Just because materials were put up online, we have to take action? We have to check whether it is true or not,” he reasoned.

But whatever the case, Wee explained that trial exam questions were set by the state or the district Education Offices in each state and not by his ministry.- malaysiakini
Apa kata mereka...

FellowMalaysian - BN has gone to absurd extent to run down Bersih 3.0. Such are the antics of a desperate-seeking-BN.

anonymous 11 - "Adakah wajar pemimpin kebas wang rakyat" jawab wajar/tidak wajar. [pangkah satu sahaja)

CRY MALAYSIA - "Adakah wajar sekumpulan menunjok buntut atau punggong di hadapan seorang di sekitar perumaham?
  
Ace - A better question will be "adakah wajar dan bersopan santun menjual burger daging lembu di hadapan rumah seorang vegetarian dan beragama Hindu?"

Green Mutant  - Adakah wajar Lembu tinggal di Kondominium? 10 markah.

MissPandora  - I like this game. Soalan No. 5. Adakah wajar atau tidak wajar sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi BERSIH?

Anonymous #03913649  - Adakah wajar kalau kerajaan BN menganggap perhimpunan oleh rakyat di haramkan walaupun mengikut undang undang malaysia rakyat diberi hak untuk berhimpun ?

Nah ! Nah ! Nah !  - Soalan No.4. Wajar atau tidak wajar Condo Bangsar diduduki Lembu ?

Cantabrigian  - Soalan 3. Wajarkah seorang pemimpin negara menyalahgunakan wang rakyat untuk membahagiakan isterinya?

Abasir  - Soalan No. 2. Adakah wajar atau tidak wajar seorang pemimpin negara terlibat dalan kes bunuh gadis dari Mongolia?

Sheikh Naimnif Selamat  - Nak tambah...adakah wajar atau tidak wajar bagi rakyat asing diberi kad pengenalan dan dibenarkan oleh SPR utk mengundi Pru13 nanti...

Jamaluddin Hj Ahmad  - Wajar atau tidak wajar wang cukai rakyat berjumlah RM 500 juta digunakan untuk membayar komisyen membeli kapal selam negara? 

Mohd Azrul Azuan - Sepatutnya tunjukkan gambar Scorpene dan buat soalan "wajarkah rasuah diamalkan di dalam proses membeli peralatan pertahan negara?'. Ataupun soalan "adakah wajar pemimpin negara menerima komisyen untuk pembelian peralatan pertahan negara?".

Artchan  - The students are not stupid. They will answer the questions in the manner expected to get marks. Only Education Ministry is stupid for not seeing the stupidity of this type of question
 
 

cheers.

1 comment:

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Baik punya blog..... Selamat berkarya dan gua sokong lu.