01 October 2011

Guan Eng dah mohon maaf,UMNO bila lagi...

Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana bertindak untuk memohon ampun kepada Sultan Johor kerana isu kenyataan beliau di Singapura baru-baru ini.

Kenyataan beliau itu telah di isukan sebagai kenyataan yang memburuk-burukan negeri Johor serta Sultan yang menaungi negeri itu.

Guan Eng telah memohon ampun dan maaf kepada Raja yang menaungi rakyat dan negeri Johor. Beliau memohon ampun jika kenyataan yang belum tentu kesahihannya itu menyinggung perasaan kebawah Duli Tuanku Johor.

Tindakan Guan Eng ini melambangkan sifat gentleman beliau dan memahami yang negara kita mempunyai Raja-Raja Melayu yang rakyat patut menzahirkan ketaat setiaan kepada Raja-Raja Melayu sentiasa.

Tindakan memohon ampun ini adalah satu sifat kepimpinan yang tinggi dan merendah diri yang ada kepada pemimpin muda ini.


Jika UMNO benar-benar parti yang melindungi orang Melayu dan Raja-Rajanya maka parti itu tidak sepatutnya teragak-agak untuk memohon maaf di atas sikap kurang ajar serta merendah-rendahkan mertabat Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu.

UMNO sepatutnya mengikut langkah DAP dengan memohon ampun jika melakukan tindakan yang sangat mendhaifkan yang UMNO lakukan semasa krisis perlembagaan itu.



Guan Eng tidak menunggu lama untuk memohon ampun walau pun beliau belum mendapati rakaman ucapan beliau di Singapura dalam ‘private function’ di Singapura itu.

Yang penting bagi Guan Eng ialah beliau tidak mahu melihat Tuanku Sultan merasa tersinggung kerana pentingnya institusi itu dihormati dan disanjungi.

sambung baca di sini.

source:aspanaliasnet.blogspot.com

Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor

Sorrylah, sampai khiamat pun UMNO tak kan melutut....




cheers.

No comments: