25 October 2011

MARA tempat kawaq dan penyamun UMNO balun duit...


Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

NONELaporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka. Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

  • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  • Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  • NONEDapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.
NONELaporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka - dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.

Laporan itu juga memberi komen bahawa Giatmara perlu menyatakan prosedur operasi standard secara mendalam dan terperinci bagi program yang hendak dijalankan di seluruh negara.



Beli peralatan, bekalan eletrik tiada

Laporan itu turut mencatatkan pembelian beberapa peralatan untuk peserta kursus yang dibuat tanpa mengambil kira keperluan yang betul. Sebagai contoh, di Kapit, Sarawak, ketuhar dan mesin jahit disediakan tetapi tiada bekalan elektrik di pusat latihan tersebut.

NONELaporan itu juga mencatatkan beberapa peralatan termasuk pengadun dan pengisar yang dibeli di bawah tahap keupayaan sebenar untuk digunakan mengadun kek dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan.

Giatmara juga membeli pengisar untuk mencampur makanan ikan dengan spesifikasi yang rendah dan peserta kursus boleh secara mudah mendapat makanan ikan di Perak.


Laporan Audit Negara mencadangkan Giatmata membuat penilaian sesuatu peralatan yang hendak dibeli mengikut kapasiti dan kesesuaian bagi mencapai hasratnya.

source:malaysiakini

Majlis Amanah Rakyat (MARA):

a. An oven at RM1,200 compared with the market price of RM419, for bakery courses in its Kelantan campus

b. Folding beds at RM500, against the market price of RM100

c.Two-burner gas cookers at RM200 each, rather than RM59.90/each

d. Hair clippers supplied at RM250 each, instead of RM79

e.A blender at RM140 instead of RM60

Comments...

Tell the Truth - Najis adminstration is a joke of the century!! That coward deliberately tabled the AG's report late so that he will not get shot down by the Opposition in Parliament!! That good for nothing PM rather let the poor rot but let his cronies suck the blood out of the raayat!! If this is not outright plunder of the peoples money what is it?? The only solution is to vote these corrupted thieves out of govt so that Malaysia will be able to restore its integrity and pride once again!!

gunner
- With the amount of RM54 millions spent, MARA wasted RM27M of the amount in a form of commissions, kickbacks, tips, bribes etc. Where is MACC now..

Lover Boy
- Ini biasa lka, MACC also dah bosan dengar perkara ini. Apa nak bising bising , ini kerajaan Malaysia. Bila MB Selangor beli lembu untuk Korban, dia kena macam macam. Ini institusi Mara, semuanya okay sebab, BN punya kaki dapat komissen. Padan Muka rakyaat Malaysia undi BN lagi la!

anakpulau
- Year in year out the same story! Pemimpin di atas pun makan, pemimpin pertengahan pun makan, pemimpin di bawah pun makan, semua cari makan. Tak malu dan tak merasa dosa makan duit rakyat. pui pui pui!!!

source:malaysiakini

Giatmara paid more than double for equipment

cheers.

No comments: