06 October 2011

Ingatkan student, tapi Hakim pun kaki plagiat...


Hakim kanan Mahkamah Rayuan yang dituduh memplagiat penghakiman seorang hakim Singapura, ironinya berbuat demikian dalam kes pelanggaran hak cipta.

Ini didedahkan oleh peguam veteran Karpal Singh, yang semalam memfailkan notis kepada Dewan Rakyat untuk mengemukakan usul bagi merujuk hakim berkenaan ke tribunal kehakiman dengan sokongan hampir 60 ahli parlimen Pakatan Rakyat.


"Ia agak ganjil, saya diberitahu, hakim yang dihormati itu memilih untuk memplagiat penghakiman bekas hakim Singapura GP Selvam berhubung isu hak cipta," kata Karpal sambil terbahak.


"Saya juga difahamkan tindakan itu telah mencetuskan kemarahan di kalangan hakim-hakim di Singapura dan Malaysia. Saya juga difahamkan Ketua Hakim Singapura telah menulis kepada CJ kita untuk membuat aduan mengenai perkara berkenaan."


Karpal berkata demikian kepada Malaysiakini semasa permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan sebahagian daripada penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang dianggap bersifat menghina dan merendah-rendahkan ahli politik dan peguamnya berhubung perbicaraan liwat II di Mahkamah Persekutuan hari ini.


Mengulas isu yang sama, Anwar yang juga ketua pembangkang dan ketua umum PKR berkata tindakan itu menunjukkan bahawa sesetengah hakim di negara ini tidak mempunyai integriti.


Nama Hakim Mahkamah Rayuan itu tidak disiarkan sehingga beliau bersedia dan sanggup memberikan jawapan terhadap dakwaan itu.


Semalam, Karpal mengemukakan usul itu mengikut Perintah-Perintah Tetap 27 yang dibaca bersama dengan 36 (8) dan Perkara 127 perlembagaan persekutuan, yang mahu dibenatngkannya di Dewan Rakyat.


Menurut Karpal yang juga pengerusi DAP, beliau sendiri telah menulis kepada hakim kanan itu pada 22 Ogos lalu dan memberi beliau masa selama tujuh hari untuk menjawab dakwaan berkenaan.
Karpal kemudiannya menulis sepucuk lagi surat pada 29 September lalu dan memberitahu hakim itu bahawa sekiranya tiada jawapan diberikan beliau akan mengandaikan ia sebagai pengakuan salah laku.

Speaker mempunyai tempoh tujuh hari untuk memutuskan sama ada untuk menerima usul itu sebelum ia dibentangkan di Parlimen.


Hakim yang dituduh memplagiat itu pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Tinggi di Johor Baru.


'Plagiarised judgment' involved a copyright case

The appellate court judge accused of plagiarising the judgment of a Singapore judge had ironically done so in a copyright infringement case.

This was revealed by veteran lawyer Karpal Singh, who yesterday submitted a motion to the office of the Parliament speaker against the judge, with the support of close to 60 Pakatan Rakyat MPs, to have him placed before a tribunal and be removed.


"It is rather odd that, I am told, the reputed judge had chosen to plagiarise former Singapore judge GP Selvam's judgment on a copyright issue," Karpal said, laughing.


"I am also told that this created an uproar between the judges of Singapore and Malaysia. I was made to understand the Singapore chief justice has also written to our CJ (chief justice) to complain about the matter."


Karpal said this to Malaysiakini on the sidelines of Anwar Ibrahim's application before the Federal Court today.


Commenting on the issue as well, Anwar, who is opposition leader and PKR de facto leader, said this showed that some Malaysian judges lacked integrity.


The name of the Court of Appeal judge is being withheld until he is willing to reply to the allegation.


Malaysiakini tried to contact the judge a number of times, but the only response we could get was from his secretary, who said, "he is not available".


source: malaysiakini

cheers.

No comments: