18 October 2011

Pasai apa rakyat nak berterima kasih dengan BN...

Muhyiddin menyeru supaya rakyat berterima kasih kepada BN kerana BN telah mengubah taraf kehidupan mereka selama ini. Beliau membuat seruan ini di Seremban semalam dalam lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan.

Sepatutnya BNlah yang berterima kasih kerana rakyat selama ini telah memberikan sokongan kepada BN selama lebih daripada 50 tahun sehinggakan BN merasakan hak untuk berkuasa itu hanyalah untuk BN sahaja.


Rakyat ramai sudah merasakan yang mereka hanya diperkudakan oleh BN untuk kepentingan kroni dan ‘warlords’ dalam UMNO sahaja dan ini adalah sikap tidak berterima kasih kepada rakyat.

Rakyat telah memberikan mandat bukan untuk membina kumpulan ‘war lords’ tetapi untuk memerintah mengikut kehendak dan cita rasa mereka.


Yang melakukan rasuah bukannya rakyat tetapi pemimpin-pemimpin, ‘war lords’ serta kroni di dalam pentadbiran kerajaan BN itu.

Rakyat. merasa ‘fed-up’ mendengar pemimpin UMNO macam Muhyiddin supaya rakyat berterima kasih sedangkan kita tahu yang mereka tidak pernah berterima kasih kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka selama ini.


Pemimpin kita tidak pernah mengaku bersalah tetapi kesalahan mereka akan sentiasa dilemparkan kepada pihak lain pula.

UMNO patut berusaha untuk menunjukan rasa terima kasih kepada rakyat tetapi bukannya dengan memberikan tunai secara ‘one-off’ yang tidak seberapa untuk melekakan orang Melayu dan seterusnya melakukan segala perkara yang tidak senonoh itu secara berterusan.
- Aspan Alias

Petikan di atas adalah sebahagian daripada petikan berjudul,'Rakyat mesti berterima kasih pada BN?'tulisan Aspan Alias. Baca seterusnya di sini.

source:aspanaliasnet.blogspot.com

Bayaran one-off RM 500 itu seolah2 adalah talian hayat terakhir bagi UMNO/BN meminta rakyat sokong UMNO/BN dalam PRU ke-13. Apakah RM 500 itu cukup untuk menyara sekeluarga bagi 5 tahun akan datang?

Harap rakyat janganlah tertipu dengan propaganda BN/UMNO ini, tapi kerana UMNO/BN nak bagi juga...AMBIL...undi anda adalah sulit.
Ingat pesanan Tok Guru Nik Aziz...

Kita hanya berterima kasih kepada Allah bukan UMNO/BN...

cheers.

No comments: