17 September 2011

Warganegara Bangla penyelamat BN,terima kasih Hasina...

Najib patut berasa malu teramat sangat apabila Perdana Menteri Bangladesh , Sheikh Hasina Wajed mendedahkan betapa pincangnya sistem pilihanraya ala-Malaysia yang sanggup memperalatkan rakyat luar, termasuk Bangladesh yang mencari pekerjaan di negara ini dengan tawaran status kewarganegaraan dan layak mengundi.

Bernarkah ramai pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah?


Ini bukan Mat Bangla yang cakap, tapi Perdana Menteri Bangladesh sendiri , Sheikh Hasina Wajed yang buat kenyataan. Kenyataan tersebut dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu yang kini sudah kena gula-gula hack!


Najib tidak boleh main arah Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR untuk menafikan tuduhan yang berat ini sebagaimna penafian yang dibuatnya apabila Pakatan Rakyat banyak kali menunjukan bukti mengadu tentang adanya kes seumpama tersebut.

Tetapi kali ini, kenyataan dari seorang Perdana Menteri Bangladesh , jelas membuktikan adanya gejala tersebut sehingga beliau begitu berani membuat kenyataan mengenainya.PM Najib kena jawab sendiri kenyataan rakan sejawatnya itu!

Kita masih tertunggu-tunggu reaksi Najib, PM Malaysia untuk menafikan bahawa perkara yang didakwa oleh pemimpin tertinggi dari sebuah negara adalah pembohongan, fitnah bodoh dan semata-mata satu usaha jahat cuba menjatuhkan kedaulatan negara ini yang baru saja menyambut Hari Kemerdekaan ke-54, walaupun tidak pernah dijajah….


Demi kedaulatan agama, bangsa dan negara, setidak-tidaknya, Najib kena panggil Duta Bangladesh mengadapnya …atau suruh sahaja Rosmah menalipon Sheikh Hasina ....
alhusseyn

source:alhusseyn51.blogspot.com

Bangladesh PM’s Office website post removed

Bangladesh PM's chit-chat shows Najib offered citizenships for votes

Patriot Bangla di atas kot bakal jadi calon Ketua Pemuda UMNO.....

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

UMNO cawangan Cittagong,Dhaka,dan Rangpur bakal ditubuhkan sebelum akhit 2011.