23 September 2011

Sebab tulah Najib bermati2an nak tawan Selangor....

Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap
dan berkesan.

Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.


Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.


Selain itu, katanya....

1.Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta,

2. Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta),

3. Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta),

4. Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan

5. Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.


Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.

Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.


Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.


“Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara,” katanya.


Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.


Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta. Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.

“Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta,” katanya.

Baca seterusnya di sini.


source:harakahdaily

Mengapa Najib Altantuya Kemaruk Sangat Rampas Selangor??

Gempur Selangor: Gagal Jawab Isu Atau Kerana Poket Sudah Terdesak?

Wow...Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod dalam 28 tahun, tapi Najib dan jakun2 UMNOnya kata kerajaan Pakatan Rakyat tak pandai perintah dan takbir urus kewangan?

Bila depa dah tahu betapa kayanya Selangor ini, Najib menghimpun 171 orang wakil rakyatnya dalam program permukiman selama tiga hari di Selangor,sebagai permulaan program tawan semula Selangor.

Dengan simpanan tunai RM1.1b, berapa agaknya cincin berlian Bik Mama bakal terima daripada kekandanya Najib...


cheers.

1 comment:

batu pelangi said...

Kalau najib arahkan partinya petahankan putrajaya sehingga
berkecai tulang dibadan.Maka PR
wajib mempertahankan SELANGOR dan
menjahanamkan UMNO dari bumi
Selangor buat selamaxnya.HIDUP PR!!!