27 September 2011

Macam mana Mismah boleh dapat status warganegara...

Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad menjawab isu Mismah yang mendapat status penduduk tetap kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu ta
hun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.

“Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen?

Apakah beliau layak untuk m
enjadi warganegara?” soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen (PR) di negara kita.


Kenyataan beliau adalah seperti berikut:

''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.”

“Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR”.


“Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.”

Justeru, Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut : http://www.pinoy-abroad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf

Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki entry permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun.

Kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat entry permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas.


Kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang disiarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian.


Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia. Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi, 51, juga mendapat status Penduduk Tetap.

Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.


Menurut Suhaizan, ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR.


“Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR,” katanya.

Pemuda PAS, tambahnya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu Mismah bukan seorang profesional, suami Mismah bukan seorang warganegara, suami Mismah bukan seorang profesional dan Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara ini.

“Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Beliau berkata, pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara.


Tegasnya, Pemuda PAS akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihan raya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.


source:harakahdaily

Citizenship for Mismah 'against immigration rules'

Although Mismah, the much talked-about voter, had claimed that she obtained Malaysian citizenship through legal channels, PAS Youth has questioned the rationale for issuing permanent residency (PR) and citizenship as this has allegedly gone against against immigration policy.

According to the National Registration Department (NRD), she was granted permanent residency on July 17, 1982 and citizenship on Jan 31, 2011, after 29 years as a permanent resident.

In an interview with Malay daily Sinar Harian, Mismah, 47, claimed that she entered Malaysia in 1982 as a construction worker. Her husband Mawasi Mawardi, 51, has also obtained PR status.


“This means Mismah obtained PR status in less than a year after she resided in this country. Mismah's case contradicts the statement by Immigration Department director-general Alias Ahmad,” said Suhaizan.

PAS Youth also found that the Immigration Department stipulates that only foreigners with entry permit who have resided in Malaysia for at least five years can apply for PR.


Those eligible for entry permits are:


1. Professionals
2. Children - under six years old - of professionals

3. Spouses of professionals

4. Individuals who obtain approval from the Home Ministry due to national economic importance

5. Children - under six years old - of citizens

6. Special cases


Therefore, Suhaizan pointed out that the issuance of PR to Mismah had violated at least four criteria - she is not a professional; her husband is neither a citizen nor a professional; and she had resided in Malaysia for less than a year.


“Mismah is just an example. PAS Youth is worried the issuance of citizenship to thousands of foreigners in this country.


cheers.

No comments: