13 September 2011

Mahathir dan Profesor tidur terlalu lama....

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. "Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu. Pada 9 September lalu, Zainal (kanan) berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat has described sociology professor Zainal Kling as having “slept for too long” for claiming the Malay states were never colonised.


“A journalist asked for my view just now about the views of a number of professors who have claimed that the Malay states were never colonised.


“I answered that this person had long been sleeping in a cave, has just woken up, and in a state of semi-consciousness, is now babbling incoherently, perhaps as a result of being in the womb of the colonialists for so long,” he told reporters in Kota Baru today.


Although he did not mention Zainal by name, the reference was clearly in reference to the Universiti Pendidikan Sultan Idris lecturer who had made the remarks at a press conference in Putrajaya last Friday.


The professor had said the historical facts were that except for the three Straits Settlement states of Penang, Malacca and Singapore, Tanah Melayu “was never colonised,” but was only under the “protection” of the then British Empire.


source:malaysiakini

Oleh kerana Malaya tak pernah dijajah seperti yang disahkan oleh Prof. Khoo,Prof.Zainal Keling dan Mahathir....mengapa kita perlu sambut Hari Merdeka atau Hari Malaysia?

Bukankah lebih bermakna jika 31 Ogos itu dinamakan "Hari UMNO" saja....

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Profesor2 ni makan kangkong banyak sangat kot???