20 February 2010

Antara pangsapuri rakyat dengan 'istana' Toyo.......

Berpuluh-puluh tahun di bawah pemerintahan UMNO/BN di Selangor, keperluan rumah MB yang didahulukan, pembangunan rumah untuk rakyat diketepikan............



Dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, program pemulihan rumah terbengkalai berjaya diutamakan.........



Anwar Ibrahim menolak tanggapan sesetengah pihak peranannya sebagai penasihat ekonomi Selangor terjejas ekoran perbicaraan kes liwat beliau dengan melancarkan program pemulihan rumah terbengkalai di negeri itu di sini pagi ini.

Justeru, Penasihat PKR ini meneruskan urusannya seperti dengan menyerahkan kunci kepada pemilih rumah pangsapuri Taman Ukay Bistari di sini, projek yang sedang dibaik pulih dan sedang di pelbagai peringkat siap selepas lewat empat tahun. Program pemulihan projek-projek perumahan merupakan antara enam fokus diumumkan oleh kerajaan negeri tahun lalu untuk merangsang ekonomi negeri tahun lalu.

Anwar yang dilantik sebagai penasihat berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah “mewarisi” sebanyak 141 projek terbengkalai daripada kerajaan negeri Barisan Nasional tetapi akan memulihkan demi kepentingan pembeli.

“Kerajaan terdahulu membuat pakatan dengan pemaju-pemaju berbanding (kepentingan) pembeli dan kini rumah-rumah ini tidak dibina,” katanya.

Beliau membidas kurangnya kemahuan politik pada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan undang-undang tidak adil yang memihak para pemaju berbanding pembeli rumah.

source:malaysian insider

cheers.

No comments: