05 January 2010

Curi enjin jet, bukan kerja prebet,kopral atau sarjan.........

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu. Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi.

"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.

Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.

Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain.

"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.

(Attorney-general Abdul Gani Patail shed little light on the progress of investigations into the loss of two RMAF F5-E jet engines, when he only revealed that no senior air force officers were involved in the theft from a military airbase in Sungai Besi in 2007. He said that only rank-and-file officers were behind the missing US-made jet fighter engines which Malaysia purchased in 1975. He added the culprits will be prosecuted soon.

"The investigation papers show there are no senior military officers involved. Only what we can call rank and file personnel are involved. No officers."

"We shall take action against the suspects in the very near future. You can mark my words.

However, investigations are still ongoing," said Abdul Gani at a press conference held at the AG Chambers in Putrajaya.
Also present were AG Chambers head of prosecution, Tun Abdul Majid Tun Hamzah and federal CID chief Mohd Bakri Zinin. Abdul Gani had recently received the investigation papers on the stolen jet engines from the police.

There were earlier allegations of a possible cover-up over the loss of the engines as the incident was only made public two years after discovery. The AG, however, did not disclose how many people are being questioned by the police or how many would be prosecuted. He did say that some civilians were also being investigated adding several customs officers could also be involved. He revealed that the final destination of the two engines was Uruguay. He was not sure if the engines were still there or if they had been transferred elsewhere.)

source:malaysiakini

Kalu enjin kereta proton dicuri oleh pegawai-pegawai tentera pangkat rendah,seperti prebet,kopral atau sarjan dan dijual kepada towkay syarikat kereta potong aku boleh percaya dan ada logiknya.

Tapi,mencuri enjin jet yang bernilai puluhan juta RM serta dibawa lari keluar Malaysia bukan kerja prebet,kopral atau sarjan. Ini adalah kerana pegawai pangkat rendah ini tahu sejauh mana kebolehan dan keupayaan mereka dalam melaksanakan perancangan mencuri ini.

Adalah tidak masuk akal langsung kalau mereka(pegawai pangkat rendah) berbuat demikian,tentu ada mastermind dibelakang perancangan mencuri ini,kerana keuntungan yang akan diraih adalah bermilion-milion bukan 10 atau 20 ribu RM.

Aku percaya, mastermind ini adalah seseorang yang yang berpangkat besar,berpengaruh dan ternama. Kalu tidak macam mana enjin yang dicuri itu boleh dibawa keluar melepasi pemeriksaan kawalan tentera yang ketat,kastam dan imigresen? Macam mana pencuri-pencuri ini boleh mendapat contact dengan agen-agen luar negara yang sanggup membeli enjin tersebut? Ini bukan kerja prebet,kopral atau sarjan. Ini kerja jebon-jebon besar dan berpengaruh.

Nampaknya Peguam Negara cuba nak perbodohkan rakyat Malaysia dan cuba melindungi jerung-jerung besar, sambil bertindak ke atas ikan-ikan bilis yang dijadikan kuda tunggangan barua-barua atasan. Inilah budaya 1Malaysia....

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

perkara ini berlaku 2 tahun sudah dan siapakah menteri pertahanan ketika itu? bukan geng ini suka balun duit? pikiaq2 mai......