11 January 2010

1Malaysia yang flip flop.........




Tujuh buah gereja termasuk yang terbaru di Miri, Sarawak, menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme setakat ini, bagaimanapun keadaan adalah terkawal, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Beliau berkata selain gereja di Miri, kes terbaru turut membabitkan gereja All Saints dan pos pengawal Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak.

"Keadaan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir dan diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan laporan-laporan di internet serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya.

source:bernama

Drama lakonan UMNO untuk alih perhatian daripada isu-isu kenaikan harga gula, isu kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E, isu rompakan wang PKFZ di Selangor, isu video pengakuan Balasubramaniam tentang penglibatan Najib, Rosmah serta yang lainnya dalam kes pembunuhan Altantunya, isu laporan bedah siasat kedua Teoh Beng Hock yang membuktikan beliau mati dibunuh oleh pakar patalogi Thailand serta lain-lain isu panas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

cheers

No comments: