14 January 2010

Bala sedia menemui SPRM................

Peguam kepada P. Balasubramaniam melihat kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menemui detektif persendirian itu di luar negara — menemui salah satu syaratnya — bagi mendapatkan keterangan berhubung maklumat terbaru kes wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai “respons positif.”

Bagaimanapun peguam Americk Sidhu menegaskan, pihaknya mahu SPRM menghubungi terus mereka berhubung penerimaan syarat-syarat yang dikenakan oleh Balasubramaniam untuk diambil keterangan termasuk di luar negara.

“Sudah pasti ia (kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM semalam) kelihatan sebagai satu kenyataan positif tetapi kita perlu menunggu untuk SPRM menghubungi kami terus dengan penerimaan syarat-syarat yang ditetapkan untuk temu bual,” kata Americk kepada The Malaysian Insider.

Salah satu syarat yang dikenakan oleh Balasubramaniam ialah dia hanya bersedia untuk ditemu bual oleh SPRM sama ada di Singapura ataupun London. Sehubungan itu kata Americk, pihaknya sudah pun menyatakan kesediaan mereka untuk membantu siasatan SPRM dalam apa jua cara dengan syarat keselamatan Balasubramaniam tidak dikompromi.

“Oleh itu kami ingin mendengar (maklum balas) daripada SPRM dalam waktu terdekat,” katanya.

Semalam, Datuk Abu Kassim Mohamed, yang mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sejak 1 Jan lalu berkata suruhanjaya itu bersedia untuk menemui Balasubramaniam di mana saja walaupun di luar negara untuk mendapatkan keterangannya ekoran pendedahan terbaru mengenai Altantuya menerusi siri rakaman akhir tahun lalu.

Balasubramaniam berada di luar negara sejak lebih setahun lalu selepas membuat akuan bersumpah kedua mengenai kes wanita Mongolia itu yang dibunuh pada 2006. Akuan bersumpah kedua Balasubramaniam menafikan akuan bersumpah pertama yang dibuatnya sehari sebelum itu.

Semalam Abu Kassim menyifatkan Balasubramaniam adalah saksi utama dalam siasatan SPRM. Bagaimanapun katanya SPRM belum menemui Balasubramaniam lagi setakat ini. Oleh itu kata beliau, SPRM akan menyediakan segala kemudahan untuk Balasubramaniam membantu siasatan mereka.

The lawyer for private investigator P. Balasubramaniam said today the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) willingness to meet with his client is a positive development but insisted that the private investigator’s safety must be guaranteed.

“It certainly appears to be a positive statement but we will have to wait for the MACC to contact us directly with acceptance of the conditions set for the interview,” said Americk Sidhu in an email to The Malaysian Insider.

“We have stated previously that Bala is prepared to assist the MACC in any way possible provided his safety is not compromised,” he added.

Yesterday, the new MACC chief Datuk Abu Kassim Mohamed declared the agency was prepared to meet Balasubramaniam anywhere — even abroad — over his allegations linked to the Altantuya Shaariibuu murder.

The missing private investigator has made a series of claims that involved Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his family.

Najib has denied all claims, calling them “scurrilous statements”.

source:malaysian insider

Setakat bertemu saja tak cukup,SPRM kena bagi jaminan Bala tak akan ditangkap sekiranya dia balik ke Malaysia. Tapi,kalau siasatan dibuat di Menara Masalam, bolehkah SPRM jamin yang Bala tak akan di soalsiasat dari pagi sampai malam dan akhirnya terjun tingkap macam Teoh?

Dalam Najib 1Malaysia macam-macam boleh berlaku...........

cheers.

No comments: