10 July 2009

Pak Samad- Gomen Najib cuma tangguhkan pemansuhan bukan mansuhkan terus PPSMI.......

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said menganggap kerajaan hanya menangguhkan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan memansuhkan terus dasar gila tersebut.Beliau juga menegaskan tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.

Pengumuman Menteri Pelajaran, tegas beliau, bersifat mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai dan juga pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar tahun satu, tingkatan satu dan tingkatan empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.

"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika Perdana Menteri keempat dahulu mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa Perdana Menteri keenam perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" soal beliau.

Pak Samad juga menegaskan perjuangan untuk melestarikan bahasa Melayu akan tetap diteruskan biarpun beliau merasa lega dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Tegas beliau lagi, demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya.

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," tegas beliau dalam satu wawancara yang diadakan dengan Harakah yang akan disiarkan dalam keluaran akan datang.

Semalam, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012.

Baca di sini.

source:harakah daily

Dr. Mahathir marah sungguh PPSMI ini dimansuh. Dia buat undian di blognya samada sokong atau bangkang PPSMI. Tapi, undian di blognya tu macam tak boleh percaya, kerana sapa-sapa boleh undi banyak kali. Undian pro-PPSMI sentiasa bertambah. Macam ada konsiperasi nak naikkan undi saja. Baca di sini.


Gomen Najib cuma tangguhkan pemansuhan bukan mansuhkan terus kerana nak umpan pengundi-pengundi Melayu di Manik Urai. Disebabkan tindakan gomen memansuhkan PPSMI,
sifu besar UMNO, Dr.Mahathir sudah naik angin dengan menafikan bahawa Mahyuddin Yassin tak pernah berbincang dengannya tentang perkara tersebut.

Sifu Dr.Mahathir sudah panas baran, dulu semasa Pat Lah,tak sampai 5 bulan Pat Lah jadi PM,projek kesayangan sifu Dr.Mahathir dilontar ke selat Johor. Sekarang tak sampai 5 bulan Najib jadi PM, projek kesayangan sifu Dr.Mahathir, PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat.

Dr.Mahathir kata "Nampaknya, kerajaan tidak mendengar suara rakyat." Aku rasa Dr.Mahathir tak sedar bahawa rakyat dari awal lagi dah bosan dengan sikap flip-flop dasar pelajaran kebangsaan yang menjadi cacar marba semasa dia menjadi PM dulu. Semasa Mahathir introduce PPSMI ada dak dia bincang dengan orang-orang lain? Sebaliknya dalam tempoh 6 bulan PPSMI dipaksa ke atas murid-murid sekolah oleh gomen Mahathir.

Dr.Mahathir juga merasakan dengan pemansuhan PPSMI, kroni-kroninya yang membuat duit berjuta-juta dengan menulis buku Sains dan Maths dalam bahasa inggeris, akan hilang punca pencarian nasing-masing. Mungkin Mahathir tak sedar dulu dengan memperkenalkan PPSMI, usaha DBP belanja berjuta-juta RM dalam menterjemahkan istilah-istilah Sains dan Maths habis mengalir ke dalam longkang.




JOM UNDI PAS




RAMAI KITA TOLAK UMNO





cheers.

No comments: