13 July 2009

Janji-janji kosong Muhyiddin Yassin.......


Inilah jambatan yang Muhyiddin Yassin umpan untuk diganti dengan yang baru bernilai RM 7 juta, sambil berkata, "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.."

UMNO telah memberi kata dua kepada rakyat Kelantan di Manek Urai - samada undi PAS atau undi untuk jambatan. Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menjanjikan sebuah jambatan baru menhubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru sekiranya UMNO menang dalam pilihanraya nanti.



Ini pula jambatan yang Pat Lah janji untuk tambah satu lagi semasa PRU ke-12 dulu. MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz berkata,"Itu adalah janji saja, matan PM Pat Lah pernah janji nak bina jambatan Sultan Ismail ke-2 menyeberangi Sungai Kelantan, tapi sehingga hari ini apa-apa pun tak bermula lagi".

Apa jadi dengan janji-janji UMNO semasa PRK di Pengkalan Pasir dulu yang UMNO menang dulu pun masih tak dilaksanakan ini kan pula janji UMNO di Manek Urai?

Sementara itu, Kelantan mengisytiharkan esok(14/7/09) sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.


Dalam ceramah Perdana semalam, Anwar berkata Umno perlu menyerahkan semula RM1 bilion royalti minyak yang dihutang Umno-BN kepada rakyat Kelantan sejak 2004.

"Jangan cakap pasal jambatan, serah kembali RM1 bilion dan biarkan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) uruskannya. Disini mereka cakap pasal RM6 juta, RM7 juta kerana mereka fikir rakyat bodoh," kata Anwar dalam satu ceramah di Sungai Peria, Kuala Krai.

"This is Umno and BN, they are stupid to make such promises. He (Muhyiddin) is not qualified to say that a bridge can be built immediately.

He also slammed the federal government's plan to build new mosques in the rural constituency.

“Manek Urai is not about new mosques, there are enough mosques in Manek Urai,” Anwar told the all Muslim crowd.

KITA UNDI PAS



KITA TOLAK UMNO
"sapo dio tok kenal BN pelawok belako"







cheers.

No comments: