15 July 2009

N41 Manek Urai - PAS nyaris-nyaris tersungkur....




Pasai apa undi majoriti calon PAS merosot? Itu aku tak tahu, tapi anda boleh tanya orang ini............


atau pun kerana ini.........



Bila dibandingkan bilangan undi yang diperolehi oleh Mohd. Fauzi dengan Allahyarham Ismail Yaakob nyata undi PAS merosot daripada 5746 kepada 5348 iaitu sebanyak 398. Mungkin 398 ini adalah pengundi atas pagar. Sedangkan undi calon UMNO bertambah daripada 4394 kepada 5283 sebanyak iaitu 889. Peratus mengundi pula meningkat daripada 84.2% kepada 87.0%. Jumlah keluar mengundi bertambah daripada 10,353 kepada 10,736,iaitu sebanyak 373.



Menurut sumber-sumber tedekat PAS hanya mempunyai kira-kira 700 ahli di Manek Urai dengan UMNO mempunyai lebih 4,000 ahli. Kemungkinan besar, kali ini lebih ramai ahli-ahli UMNO keluar mengundi berbanding pada tahun 2008 dan ditambah dengan 398 yang dulu sokong PAS, sekarang beralih angin menjadi punca bertambahnya undi untuk UMNO. Jadi UMNO jangan dok syiok sangat konon-konon pengundi Melayu sudah berpatah balik.

Apa-apa pun UMNO tetap kalah tak kiralah berapa undi. Professor-professor kangkong akan buat ulasan yang panjang lebar, kononnya orang-orang Melayu dah berduyun-duyun berpatah balik ke UMNO,kerana kepimpinan Najib. Betoi kah?

Kalau orang Melayu berpatah balik ke UMNO kerana apa?...... duit, kekayaan,pangkat..... atau kerana pertelingkahan antara gulongan konservatif dan gulongan Erdogan dalam PAS atau kerana ahli-ahli PAS kurang selesa dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat?

Kalau begitu apakah dengan sokongan yang UMNO dapat ini akan membuatkan UMNO lebih berani untuk membubarkan DUN Perak kerana bagi UMNO kemenangan tipis PAS itu menandakan bahawa rakyat khususnya orang Melayu sudah berpatah balik kepada UMNO?

How UMNO manage to win more votes this time around is not surprising and it doesnt take a rocket scientist to figure it out. You know what I meant.......

However, PAS and its PR partners has been warned, shape up and deliver or Malaysia will remain in the hands of UMNO for years to come.

PAS is lucky because 65 people really save their day. A win is a win, even by one vote.That's democracy.

Biaq pilah puak-puak UMNO ini dok syok sendiri...................



Baca di sini, sini dan sini.

cheers.

No comments: