06 July 2009

N41 Manek Urai - UMNO vs PAS...........

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah. Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar. Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya. Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.

Apabila proses penamaan calon tamat pada jam 10 pagi, hanya Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing. Ini diikuti dengan tempoh selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 14 Julai ini.

Kempen akan bermula sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat.

source:malaysiakini

Dalam suasana pesta PRK ini UMNO mula mengumpan dan merasuah pengundi-pengundi Manek Urai dengan berbagai cara, antaranya...............

Meanwhile Bernama reports that the Education Ministry is providing free school uniforms and bags to 6,142 primary, secondary and religious school students in Manek Urai. Kelantan Umno liaison chief Datuk Mustapa Mohamed said he was informed of the aid allocation for the students by Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin several days ago.

“This gesture by the ministry is to lighten the burden of the people here,” he told a news conference at the Manek Urai Barisan Nasional operations centre yesterday.

While 300 students received the free school uniforms and bags yesterday, Mustapa said the rest would be handed out in stages. He had earlier presented the uniforms and bags to the pupils of Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru on behalf of Muhyiddin.






cheers.

No comments: