09 February 2016

Bagi bonus tak semesti kewangan Tabung Haji kukuh...



Pemberian bonus tahunan 5% dan bonus haji 3% kepada pendeposit Tabung Haji bagi 2015 bukan jaminan kedudukan kewangannya kukuh, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

"Adalah sangat penting bagi pendeposit dan rakyat tahu yang pengumuman bonus tahunan 5% dan bonus haji 3% bukanlah bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji adalah kukuh.

"Tambahan pula ia terlibat dalam beberapa pelaburan yang mendatangkan kerugian besar dan kebelakangan ini terlibat dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, berdasarkan analisa yang dilakukannya, kedudukan rizab Tabung Haji diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2015 iaitu 2 tahun berturut-turut.

"Ini selaras dengan peringatan yang diberikan Bank Negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini, merujuk amaran Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada Disember tahun lalu mengenai rizab yang negatif.

"Defisit rizab Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.195 bilion," katanya menyokong hujahnya pada 27 Januari lalu yang Tabung Haji akan mengalami kerugian jauh lebih besar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. 

Ketika itu, Rafizi berkata, Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit menunjukkan rizab terkumpul negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta.

"Memandangkan prestasi Bursa Kuala Lumpur jatuh mendadak sepanjang 2015, kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR.

Beliau yang juga bekas akauntan bertauliah itu berkata, rizab yang negatif bermakna Tabung Haji tidak berkeupayaan memulangkan semua simpanan jika ia dituntut serentak oleh pendeposit.

Beliau juga mendakwa, keuntungan RM3.53 bilion yang diumumkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 4 Februari lalu tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti yang dipegang Tabung Haji sebagai pelaburan.

The Malaysian Insider melaporkan pada 26 Januari, Bank Negara memberi amaran rizab Tabung Haji negatif dan ia mungkin tidak dapat membayar dividen kepada 8.8 juta pendeposit pada tahun ini.

Tetapi Tabung Haji berkata, perkiraan Bank Negara itu tidak mengambil kira semua aset dana itu, menyatakan ia melebihi liabilitinya.

Ia mengumumkan dividen bagi tahun 2015 pada 4 Februari, tetapi Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kemudiannya bertanya sama ada bonus itu datang daripada rizab atau keuntungan Tabung Haji.- tmi

Analisa Kewangan Tabing Haji 2009 - 2015

Isu Tabung Haji ini penting kerana ada 8.5 juta penabung, kebanyakannya orang miskin. Saya pergi haji muassasah duduk sebilik dengan pakcik-pakcik dari kampung. Saya bukan mahu layan sangat pencinta Najib Razak yang meroyan mengenai bonus Tabung Haji, tetapi demi memastikan orang ramai boleh fokus kepada isu sebenar dan tidak disibukkan dengan mereka, saya jelaskan beberapa perkara:

1) Bonus - bonus dikira berdasarkan baki purata bulanan sepanjang 2015. Rujuk dokumen Tabung Haji menjelaskan perkara ini https://drive.google.com/…/0B2GRLI8QVQQgNHpPMlZFa3VuQ…/view… 

Maknanya tidak timbul orang yang keluarkan simpanan tidak dapat bonus. Nampak sangat banyak pencinta Najib Razak ini tidak pernah ada akaun Tabung Haji.

2) Isu rizab Tabung Haji ini timbul pada akhir Januari 2016. Kalau pun ada orang yang terpengaruh dengan kritikan saya sehingga mengeluarkan simpanan, itu tidak mengganggu bonus mereka kerana simpanan mereka kekal sehingga akhir tahun 2015.

3) Bonus saya dengan simpanan Tabung Haji saya tidak tahu kerana jarang semak. Untuk mengetahui dari mana asal simpanan saya, semak Pengisytiharan Harta saya di sini:

https://drive.google.com/file/d/0B2GRLI8QVQQgZVhiUjJ6RkRHNUE/view

Saudara juga boleh semak bahawa saya sememangnya membelanjakan lebih RM10,000 sebulan untuk Pusat Khidmat dari poket sendiri, selain dari jumlah lain untuk membiayai program rakyat. Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, memang sebahagian harta disumbangkan balik kepada khidmat rakyat.

4) Simpanan di Tabung Haji - saya nasihatkan jangan keluarkan jika tidak memerlukan atas beberapa sebab. Tabung Haji ini milik kita, bukan milik Najib Razak atau Azeez Rahim. Bukan milik pencinta Najib yang meroyan di media sosial. Amanah kita ialah untuk jaga dan perbaiki Tabung Haji kerana ia satu-satunya tempat orang kampung dan orang tua bergantung harap hendak ke Mekah. Jika kita cuci tangan dan biarkan mereka buat sesuka hati, sementara kita ada pilihan melabur di mana-mana, orang kampung dan orang tua tidak ada pilihan lain. - rafizi ramli


Tabung Haji payout meant to pull wool over people's eyes...

Lembaga Tabung Haji's (TH) dividend payouts last week is meant to pull the wool over the people's eyes on how 1MDB has impacted the local economy, claimed Pandan MP Rafizi Ramli.

"The 2014 financial year bonus (paid early 2015) is suspected to be motivated by the 1MDB crisis where those in power have to convince the people that 1MDB's financial problems did not have an effect on the local economy," he said in a statement today.

This, he said, is a repeat of what happened in 2013, when the 2012 dividend payouts exceeded TH's profits, possibly because it was an election year.

To back up his claims, Rafizi calculated that based on the number of depositors, and the total nett new depositors in 2015, TH's reserve deficit for 2015 would be up to RM3.195 billion.

This takes into account losses of up to RM3.14 billion suffered by TH due to fall in shares and securities that it holds.

Coupled with TH's deficit in 2014, Rafizi said the losses would have wiped out the RM3.53 billion profit in 2015 announced by Minister in the Prime Minister's Department Jamil Khir Baharom.

"It is very important that the people understand that the five percent annual bonus and the three percent haj bonus does not mean that TH's financial position is solid.

"This is especially because it is involved in several deposits which have caused major losses, and its recent involvement with 1MDB," Rafizi said.

The PKR lawmaker said he would continue to make analysis on TH's finances, and hopes it will spur the government to appoint a new chairperson who knows how to make good investments to head the fund.

Below is attached Rafizi's detailed analysis on TH's projected deficit for 2015. Continue reading...


mahfuz-anwar






cheers.

No comments: