25 February 2016

“Bangla Didahulukan, Rakyat Malaysia Diketepikan...”


Ketibaan bertali arus warga Bangladesh di KLIA Sepang sempat dirakam netizen dan menjaadi viral di media sosial.
Ribuan warga asing tiba di KLIA, penangguhan 1.5 juta Bangladesh dipersoal...

Sejumlah foto menunjukkan ketibaan warga asing dipercayai dari Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Kehadiran ramai warganegara tersebut sekaligus mencetuskan persoalan sejauhmana penangguhan pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh benar-benar dilaksanakan seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Serentak dengan pelaksanaan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berkuatkuasa mulai 15 Februari lalu juga, banyak pihak termasuk sumber dari KLIA memberitahu jumlah kehadiran warga Bangladesh di lapangan terbang itu begitu luar biasa.

Bahkan, aktivis netizen dikenali sebagai Suara Rakyat turut mendedahkan butiran senarai penerbangan pada 22 Februari lalu dari Dhaka ke Kuala Lumpur.

Berdasarkan jadual tersebut yang viral di WhatsApp itu, terdapat sekurang-kurangnya tujuh penerbangan yang mendarat di KLIA sepanjang pukul 1.37 pagi sehingga 6.42 petang.

Lima pendaratan tersebut adalah pada waktu awal pagi iaitu dalam tempoh kurang enam jam sehingga pukul 7.28 pagi dengan melibatkan syarikat penerbangan antaranya Biman Bangladesh Airlines, Malindo Air selain Malaysia Airlines dan Air Asia.


Jadual ketibaan pesawat dari Dhaka ke KLIA sempat dirakam netizen.
8 penerbangan 'non-stop' dari Dhaka ke KLIA dlm satu hari...

‘United Bangla National Organisation’

Ketibaan ramai warganegara Bangladesh di KLIA itu turut mengundang reaksi sinis netizen termasuk mengubahsuai logo 1Malaysia kepada 1Banglasia berserta slogan “Bangla Didahulukan, Rakyat Malaysia Diketepikan.”

Keputusan Kabinet Bangladesh pada 8 Februari lalu meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) menghantar sebanyak 1.5 juta warganya untuk bekerja di Malaysia juga mengundang bantahan rakyat negara ini melalui pelbagai imej sindiran yang tersebar di media sosial.

Antaranya, logo bank CIMB diedit dengan diberi nama penuhnya sebagai ‘Cina India Melayu Bangla’ serta logo Umno yang diubah kepada singkatan Ubno iaitu ‘United Bangla National Organisation’.

Protes netizen juga dapat dilihat pada imej Najib Razak yang ‘memakai’ pakaian kebangsaan wanita Bangladesh dengan tertera ungkapan ‘Prime Minister of Banglasia’ selain paparan dialog sarkastik mengikut kelaziman warga Bangladesh bercakap dalam Bahasa Melayu.

Carta pai yang menunjukkan segmen populasi masyarakat negara ini berdasarkan Banci Penduduk Malaysia pada 2010 juga menjadi viral dengan jumlah warga asing mencecah 6.7 juta manakala Melayu seramai 17.9 juta diikuti Cina (6.52 juta), India 1.96 juta dan lain-lain 0.34 juta.

Untuk rekod, statistik Kementerian Sumber Manusia pada 2014 juga menyatakan terdapat 6.7 juta pekerja asing ada di Malaysia tetapi hanya 2.1 juta memiliki permit kerja sah.



Pada masa sama, rakyat juga bimbang kemungkinan kemasukan warga terbabit yang terlalu ramai kononnya atas keperluan industri akan disalahguna untuk tujuan pilihan raya umum akan datang.

Satu imej yang viral di media sosial menunjukkan bukti seorang penama yang memiliki iras Bangladesh beralamat di Sandakan, Sabah tetapi memiliki kewarganegaraan Malaysia telah berdaftar sebagai pemilih seperti dikenal pasti dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam hal berkaitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan terdapat 8,418 permohonan diterima setakat 19 Februari lalu dalam Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI.

Program secara atas talian yang diumumkan Najib Razak itu memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberi permit kerja yang sah tanpa dikenakan tindakan pendakwaan.


Sebaliknya, majikan serta pekerja yang menyertai program tersebut serta memenuhi syarat ditetapkan hanya perlu menjelaskan kompaun atas kesalahan tinggal lebih masa dan bayaran yang berkaitan bagi tujuan penggajian semula. - malaysiadateline


Dr.M bayangkan satu sel dengan Anwar dipenjara...

Tun Dr Mahathir Mohamad rela mati di dalam penjara demi mempertahakan kritikannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

“If you stick your neck out it will be chopped (jika anda menghulurkan leher nanti akan dipancung.

If that’s how my life ends, in jail, then so be it, maybe I’ll share a cell with Anwar Ibrahim (jika begitu cara saya menghabiskan hayat di penjara, mungkin saya boleh berkongsi sel dengan Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media selepas disiasat oleh lima anggota polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir tidak merasakan hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan tercapai.

Ini kerana katanya, beliau merasakan kontroversi yang membabitkan syarikat pelaburan startegik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan selesai dalam tempoh waktu yang singkat.

“Saya rasa ia (isu 1MDB) akan menjadi sangat sukar diselesaikan,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir memahami hasrat Zeti yang mahu mengakhiri perkhidmatannya tanpa sebarang masalah dan isu berbangkit.

“Saya tahu Zeti mahu menghabiskan tempoh berkhidmatnya tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

Mahathir juga memberitahu wartawan pada sidang media di di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya itu bahawa beliau turut membangkitkan mengapa hanya keterangannya yang dirakamkan tetapi tidak orang lain.

"Saya juga nyatakan mengapa saya sahaja disoal oleh polis sedangkan banyak orang lain yang bercakap perkara sama dan buat tanggapan sama tetapi tak disoal.

"Adakah ada diskriminasi pada pihak mahkamah atau peguam negara untuk buat tuduhan kepada saya, dan tidak kepada orang lain, yang buat kenyataan sama," soalnya.

Dr Mahathir turut mengulangi gesaan kepada Apandi supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.

"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk negara," katanya.



Sementara itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak rakyat supaya bangkit untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya rasa sudah tiba masanya apabila parti-parti tidak penting lagi. Masalah ini memberi kesan kepada negara.

"Saya mahu setiap orang sebagai warga negara yang prihatin dengan apa yang berlaku di negara ini, sebagai warga negara, tidak kira sama ada kita adalah pembangkang atau pun kerajaan.

"Sekarang masanya untuk bertindak sebagai warganegara, tanpa mengira fahaman parti atau kesetiaan," katanya hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ahli parlimen PAS Mahfuz Omar pada Jumaat lalu. Mahfuz mendakwa Mahathir menggesa pembangkang supaya bersatu bersama NGO untuk menjatuhkan Najib.

Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau akan menghadiri perjumpaan tertutup bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 27 Mac ini sekiranya dijemput.

"Jika dijemput saya akan pergi, sudah tentu," katanya pada sidang akhbar selepas disoal-siasat oleh polis di Putrajaya hari ini.

Perjumpaan itu adalah anjuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata ia adalah mesyuarat tetutup dan hanya untuk "jemputan sahaja" yang dianggarkan melibatkan kira-kira 1,000 orang.

Zaid berkata antara yang akan dijemput itu termasuk wakil-wakil parti politik, pemimpin pelajar dan ahli-ahli masyarakat sivil yang mahu siasatan bebas ke atas 1MDB. - fmt/mk

Beranikah Peguam Negara heret Mahathir ke mahkamah?

Go ahead, I am prepared for jail, says Mahathir...

A defiant Dr Mahathir Mohamad said he will only answer when he is charged in court on his allegation that the public prosecutor was protecting Prime Minister Najib Abdul Razak.

The former prime minister said this after he was questioned by the police today over his blog posting on attorney-general Mohamed Apandi Ali.

“I did not answer the policemen's questions on the article as I wish to answer in court during the hearing or trial (after I am charged),” Mahathir said.

He said he would tell the truth in court and call for his own witnesses and those involved in the allegations to testify.

He said he was prepared to be jailed for his blog posting.

“If you stick out your neck, you will be chopped. If that is going to be the end of my life - in jail, okay, that's it,” he said.

When asked whether he foresaw ending up in Sungai Buloh prison together with PKR de facto leader Anwar Ibrahim, Mahathir quipped: “Maybe we'll share the same cell.

'Intimidated'

Earlier, a four-man police team turned up at the Perdana Leadership Foundation where Mahathir maintains an office.

Bukit Aman is probing Mahathir over his blog posting entitled 'AG to AG' on Feb 2.

According to Mahathir, the police in their preliminary enquiry asked him 30 questions, a few of which he answered and the rest he remained mum on.

Acknowledging that he felt somehow 'intimidated' by the questioning, Mahathir said he stood by what he wrote on his blog and would continue to defend his freedom of speech whether 'in court or outside the court'.

Mahathir was represented by five lawyers including Matthias Chang and Haniff Katri.



Meanwhile,Dr. Mahathir Mohamad has called for the people to rise up to oust Prime Minister Najib Razak.

“I think the time has come when parties do not matter anymore. This is a problem affecting the nation.

“I want everybody to act as citizens who are concerned with what is happening in this country. As a citizen, it does not matter whether you are for the opposition or the government.

“Now it is time to act as citizens, irrespective of party affiliations or loyalties,” he said today. 

Mahathir was asked to elaborate on his meeting with PAS lawmaker Mahfuz Omar last Friday. Mahfuz had claimed that Mahathir called for the unity of the opposition and NGOs to topple Najib.

Dr Mahathir Mohamad also said he will attend the March 27 closed-door gathering against Prime Minister Najib Abdul Razak if he is invited.

“Well, if I am invited I will go, of course,” he said at a press conference in Putrajaya today.

Mahathir was asked if he would join the March 27 gathering and take the lead.

The gathering is called by former law minister Zaid Ibrahim in a bid to oust Najib.

Zaid said the gathering will be an "invite-only" affair involving about 1,000 people.

Zaid said he will invite representatives of political parties from across the divide, student leaders and civil society members, to push for an independent investigation on 1MDB.- mk



Bayangkan kita ada RM10 ribu dalam akaun.Bangun pagi esok tengok dah 10 milion ! Kita pasti tertanya2 macam mana 10 ribu boleh jadi 10 milion ? Silap komputer bank kah ? Ada orang tersilap masuk duit ke dalam akaun kita kah ? Kalau kita bersifat amanah, apa kita buat ? Kita akan minta kepastian dari pihak bank macam mana duit kita boleh bertambah dengan begitu banyak sekali. 

MACC Operations Review Panel adamant 
that Najib must face charges over his alleged financial scandals...
Story kat SINI dan SINI  



Masihkah Kau Ingat...

Poster derma untuk Mat Sabu yang tersebar beberapa hari lalu.

cheers.

No comments: