23 February 2015

FGV: Dari Fantasi Kepada Cerita Ngeri...


Dalam perbahasan tampalan (post) yang lalu, pembahas RAWA LANUN-BAHASA, mengulas (dalam bahasa Inggeris) berbunyi: “1MDB is not a big issue for UMNO; rather it is FGV. But you might not think so now. Think about it.” (1MDB bukan isu besar bagi UMNO; sebaliknya isu besar ialah FGV. Tetapi anda mungkin tidak berfikir begitu sekarang. Cuba fikirkan.)

Saya setuju. Isu Felda Global Ventures Berhad (FGV) umpama retak menanti belah. Setidak-tidaknya pun dalam jangka masa pendek dan sederhana.

Sama seperti 1Malaysia Development Berhad, FGV adalah gagasan Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak. Kalau dalam 1MDB Mohd Najib adalah pengerusi lembaga penasihatnya, dalam Felda beliau adalah mentornya. Beliaulah yang memutuskan penubuhan FGV bagi mengambil alih bahagian perdagangan Felda.

Apa yang RAWA LANUN-BAHASA kata itu tepat. Sejak tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian sahamnya di Bursa Malaysia pada akhir Jun 2012, FGV telah bertukar menjadi satu lagi masalah rumit bagi Perdana Menteri dan orang kepercayaannya (Tan Sri) Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang amat berpengaruh ke atas Mohd Najib itu adalah pengerusi Felda dan FGV.



Fantasi Bertukar Jadi Cerita Ngeri

Daripada cerita fantasi dewa-dewi pada hari penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 28 Jun, 2012 FGV telah bertukar menjadi episod ngeri.

Setelah melonjak naik daripada harga IPO RM4.55 kepada RM5.39 pada hari pertama diniagakan, harga saham FGV jatuh secara berterusan untuk ditutup pada kadar RM2.82 sebelum cuti Tahun Baru Cina minggu lepas.

Ini bermakna nilai sahamnya telah merosot 38% berbanding harga tawaran awal. Dalam perdagangan 52-minggu berakhir minggu lalu, saham FGV diniagakan antara RM2.02 dan RM4.70.

Dalam bahasa mudah, para pelabur yang membeli saham FGV ketika IPO, termasuk puluhan ribu peneroka Felda, telah mengalami kerugian atas kertas sebanyak RM1,730 bagi setiap 1,000 unit saham FGV yang mereka beli.

Yang meminjam untuk membeli saham itu tentulah lebih teruk. Mereka mungkin telah dipaksa menjual saham mereka oleh pemberi pinjaman atau terpaksa menambah cagaran.

Suka atau tidak kita terpaksa mengakui bahawa prospek jangka pendek dan sederhana FGV tidak begitu cerah. Bukan sahaja ia mengalami masalah kejatuhan harga minyak kelapa sawit dan getah malah kegiatan pengilangannya juga turut terjejas akibat kelembapan ekonomi dunia dan kejatuhan kadar tukaran ringgit.

Ia mencatatkan kerugian sebanyak RM12 juta bagi suku tahun antara Julai dan September tahun lalu. Pada bulan November lalu, CIMB menurunkan perakuan saham FGV daripada pegang (hold) kepada kurangkan (reduce). Ertinya kurangkan pegangan saham FGV.

Tambah memburukkan lagi keadaan bagi FGV adalah kelembapan luar biasa pasaran saham tempatan. Bursa Malaysia adalah antara pasaran saham sedang membangun (emerging markets) paling buruk pencapaiannya tahun lalu.

Misalnya, bagi tempoh antara 31 Disember 2013 dan 29 Disember 2014, pasaran saham India naik 29.4% (dalam dolar Amerika), Indonesia naik 21.2% dan Thailand naik 15.4%, tetapi Bursa Malaysia jatuh 5.3%.

Lambat laun Mohd Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan mentor Felda terpaksa menangani dan menjawab isu berkaitan kejatuhan saham FGV dan kemerosotan perniagaannya serta kesannya ke atas masyarakat peneroka.- A Kadir Jasin


Kadir-Jasin_najib_fgv_300
Another Najib nightmare in Felda Global...

Felda Global Ventures (FGV), the listed agri-business giant company mooted by Najib Razak, is another nightmare waiting to be exposed, says former New Straits Times Press chief editor A Kadir Jasin.

Writing in his blog today, he concurred with a commenter who had remarked that the problems of troubled government investment company 1Malaysia Development Bhd were not the issue, but that FGV was.

Felda Global, formed out of plantations opened by the Federal Land Development Authority (Felda) and the companies it spawned, is the world’s third-biggest oil palm plantation company.

Kadir noted that Felda Global has become “another tricky issue” for Najib and his associate, Isa Samad, the FGV and Felda chairman, and a former menteri besar of Negeri Sembilan.

Since its listing on the stock exchange, where the share price shot up from RM4.55 to RM5.39 on the first day of trading, FGV has steadily fallen in value, closing at RM2.82 before the Chinese New Year holidays.


FELDA GLOBAL VENTURES HLDG BHD (5222) Chart

The shares have declined 38% from the initial offer price, Kadir said. “In simple language, those who bought shares during its public offer, including tens of thousands of settlers, has suffered a loss on paper of RM1,730 for each 1,000 shares that they hold.”

Short-term and medium-term prospects are not bright, he said. Crude palm oil prices have fallen, and rubber manufacturing activities has been affected by the global economic slowdown and the fall of the ringgit exchange rate.


Kadir said FGV’s poor performance has dragged down the Bursa Malaysia which is the worst-performing stock market in Asia. Between December 2013 and December 2014, the Indian stock market rose by 29.4%; Indonesia 21.2%; Thailand rose 15.4%; but Bursa Malaysia fell 5.3%.

“Sooner or later Mohd Najib as Prime Minister, finance minister and and mentor of Felda must address and answer issues related to the FGV’s stock collapse, deterioration of its business, and the impact on land settlers,” Kadir said. - fmt

Another Najib nightmare in Altantuya...
Story kat SINI dan SINI





cheers.

No comments: