13 October 2014

Permata Rosmah,si Lan kata OK,tapi mana akaun Permata yang telah diaudit si Lan ooi...

Kehebatan aura bini Najib terhadap pemerintahan Najib tak boleh disangkal & dipertikaikan..

Sekarang pun si ROSMAH hanya jadi Penaung PERMATA SUDAH DAPAT beratus2 juta peruntukan dari KERAjaan UMNO/BN.. Itu blom lagi jadi Menteri apatahlagi PM..

Pakatan gesa SPRM siasat PERMATA Rosmah...

Pakatan Rakyat terus mempersoalkan jumlah peruntukan yang diterima program pendidikan awal kanak-kanak yang diilhamkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dua MP Pakatan hari ini menggesa menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat Program Permata Negara (PERMATA).

Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar) berkata, peruntukan yang disalur kepada program itu dalam Belanjawan 2015 tidak sepadan dengan 82 buah jumlah pusatnya di seluruh negara yang melibatkan 1,780 orang pelajar.

Menurutnya, angka itu mewakili hanya 0.074 peratus daripada jumlah semua kanak-kanak di Malaysia.

"Adakah ini satu lagi ketirisan wang rakyat?" tanya Manivanan yang mencelah perbahasan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di Parlimen hari ini.


Sekolah pondok hanya RM25 juta

Sementara itu, menyahut kenyataan Manivanan, Siti Zailah (bawah) kemudian menggesa SPRM agar menyiasat program itu jika berlaku penyelewengan.

"Saya ingin SPRM bertanggungjawab menyiasat.

"Jika betul berlaku penyelewengan, Insya-Allah rakyat akan menghukum kerajaan BN," kata Siti Zailah sewaktu membahaskan Belanjawan 2015.

Beliau sebelum itu membandingkan jumlah peruntukan itu berbanding hanya RM25 juta untuk sekolah-sekolah pondok.

"Kita alu-alukan (PERMATA) untuk kebaikan negara tetapi kita tidak mahu dalam negara kita ada sistem pendidikan dua darjat," katanya.

Tengah hari tadi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menempelak pihak yang menuduh Rosmah mendapat manfaat menerusi peruntukan (PERMATA).

Menurut beliau PERMATA tidak menerima RM711 juta didakwa sebaliknya hanya sebahagian daripadanya.

Belanjawan 2015 Jumaat lalu, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak,  memperuntukan RM711 juta kepada PERMATA, Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan.

Pecahan belanjawan itu menyatakan anggaran RM42,831,500 pada 2014 dan 30,690,100 pada 2015 untuk PERMATA.

Perinciannya juga menyebut, PERMATA bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara dan jawatankuasa bawahnya.

Ia juga memberikan khidmat pengurusan, operasi, penyelarasan, pemantauan dan sokongan dalam pelaksanaan program PERMATA Negara. - mk



Tapi si Lan kata...

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menempelak cubaan beberapa pihak yang menuduh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mendapat manfaat menerusi peruntukan kepada Program Permata Negara (PERMATA) dalam bajet 2015 baru-baru ini.

Menurut beliau PERMATA tidak menerima RM711 juta seperti mana didakwa sebaliknya hanya sebahagian kerana peruntukan itu turut dikongsi oleh Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan.

"Datin Seri Rosmah tak dapat sesen pun dari PERMATA.

"(Dakwaan) Dapat RM 711 juta itu tidak betul ia keseluruhan pendidikan prasekolah dapat.

"Tadika kemas dan tabika lain juga dapat dan PERMATA hanya yang keempat dalam peruntukan tersebut. Pecahan itu boleh didapati dari kementerian kewangan," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Baca seterusnya...


Raja Mohd Shahrim - Hello Ahmad Maslan.. tolong jgn BAZIR AIR LIUR.. sila keluarkan lapuran Audit dari tahun 2010.. berapa peruntukan utk PERMATA dan pecahan OS dan LO bagaimana WANG RAKYAT dibelanjakan.. lagi satu apa guna PERTAMA sedangkan TADIKA KEMAS dan Perpaduan pun objektifnya sama..?? Kenapa perlu wujudkan satu lagi badan yang BAZIRKAN wang rakyat..??

Raden BonJovi - Sume rakyat mengetahui penubuhan permata diasaakan oleh datin sri rosmah jd tdk salah jika rakyat berfikir peruntukan yg disalurkan kpd permata secara xlangsung ianye disalurkan kpd datin sri rosmah.sebagai tim menteri yg brtanggungjwb ahmad maslan perlu menjwb isu ini dgn fakta2nye sekali bknnye menjwb spt dikdai kopi skit2 fitnah klu btul bkn fitnah sila beri jwpan dgn buktinye sekali 

Lee Larry - kalo berani dan betul, tolong tunjukkan Audited Accounts utk Permata. Rosmah tak dapat 1 sen pun tapi berbillion2 sen kot?

Rosmah didn't get a single sen from Permata...

Deputy Finance Minister Ahmad Maslan has dismissed the accusation that Prime Minister Najib Abdul Razak's wife Rosmah Mansor benefitted from the allocation for the Permata national programme (Permata) under Budget 2015.

He explained that Permata did not receive RM711 million as alleged but only a portion of the allocation as the sum was also shared by the Education Ministry, as well as the Kemas and Perpaduan pre-schools.

"Rosmah did not get a single sen from Permata.

"The (allegation) RM711 million is inaccurate as it was given for the entire pre-school education," Ahmad (left) told reporters at the Parliament lobby.

PKR's online news portal Keadilan Daily yesterday quoted Wanita PKR vice-chief Haniza Talha as saying that the rakyat’s subsidy should not be cut just so that RM711 million can be allocated to Permata.

Haniza also questioned the Permata programme, saying that the country already has a good education system specifically for pre-schoolers.

Social media users also questioned the high amount of allocation given to Permata, with many saying that it is unfair and immaterial, especially with the rising cost of living.

However, Ahmad said the claims were nothing but slander as Permata had contributed greatly to pre-school education.

“Permata does not belong to Rosmah. There are many groups, such as Permata Pintar for the geniuses, Permata Seni for those gifted in the arts and Permata Insan for those involved in religious teachings.

“These are all good programmes,” Ahmad added.

Meanwhile, two Pakatan MPs urged the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) to investigate Permata. 

 
Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar) said the RM711 million for the programme under the budget is not consistent with 82 of its centres of 1,780 students. 
 
He asked whether this is a waste of the people’s money, as it only constitutes 0.074 percent of the total number of children nationwide.
 
Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) said that the state funded traditional religious schools nationwide only received RM25 million. 
 
“We welcome Permata for the good of the country but we do not want a double standard in the education system of our country,” said Siti Zailah. - mk

Jaycee - Show us the proof? How was the money allocated and shared? This same person who refuses to share with the Rakyat the costs of her recent trip to Indonesia and Singapore! 

CiViC - Why Permata? There are so many other NGOs, why allocate to Permata only? Who are the beneficiaries? Who's monitoring and controlling? And all those awards that she got in the name of Permata for doing nothing is what?

mushiro - We are not talking about cents, we are talking about millions here. I am very surprised that Maslan has got the information on Rosmah at his fingertips. How can the PM's wife be allocated a huge budget for her pet project - bigger than the amount allocated to poor Indians. 

Kangkung - The husband is the PM and Finance Minister and the wife is the head of Permata which was allocated RM711 million under Budget 2015. Ahmad Maslan, don't you see there is a conflict of interest here?

Kathleen Ong - Dei Ahmad.. Can we get a top 3 Accounting firm to do a thorough audit of the permata activities since there is nothing to hide. Lets see what went where and who got what? And then we can see the net benefit to Malaysia?? Boleh kah kawan?





cheers.

3 comments:

Anonymous said...

Awat hang jawab awai2 sesen pun
............... satni orang kata juta2 pula. Cekap jawap atau cakap jawab?

Anonymous said...

Since mama bini bos siapa berani tanya not even the auditor-general!

Anonymous said...

Duit tu mama tabung sejak mama dalam puk* mak mama lagi tau..Mak mama keluar duit tiap bulan bagi macai hisap..