31 October 2014

Spender Saiful alibi kes & BN menderita tanpa Anwar...


Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata " nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar !

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan ( penetration ) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.



Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau. Semua tahu 4 orang doktor , satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit. Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar. Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah , menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat.


Photo: Hasil 'rempuhan' kes Saifool. HAHAHHAHAHAHAH

http://www.malaysiakini.com/news/278757

Gopal berkata dua set seluar dalam Saiful telah dikemukakan. Beliau menambah salah satu seluar dalam itu telah dibasuh dan basah.

Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu tetapi ia ada bekas air mani.

Ekoran kesimpulan siasatan polis, katanya, Anwar telah didakwa.
Pada perbicaraan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata ada kes prima facie.

Selepas itu, menurut Gopal, hakim itu berkata, beliau tidak berpuas hati dengan kes pihak pendakwa terhadap tertuduh (Anwar).

Gopal berkata pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan akhirnya mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar.

Selepas menggariskan kes itu, Gopal sekarang akan meneliti keterangan Saiful.

Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apatah lagi sehari selepas kejadian. Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15. Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian. Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluar dalam yang berbeza.



Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14 iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful. Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna ( forensically useless ) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh !

Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani !

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian !!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti.-Mohd.Hanipa Maidin

Photo: Optimis.

Teruskan berdoa.
Penjara Anwar? BN akan menderita...

Pertama sekali, sama ada Anwar bebas atau masuk penjara sekali lagi, hidup kita, seperti kata penulis kanan akhbar The Star, Joceline Tan, akan merasa kesannya.

Menulis dalam edisi Ahad, 26 Oktober, Tan menyimpulkan: “But lives will be impacted again whichever way the court decides next week.”

Ada dua senario kepada situasi ini.

1. Kalau Anwar masuk penjara, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) akan kehilangan ketua yang karismatik, tetapi memperoleh simpati. Setelah bercakaran dan kacau-bilau akibat krisis Menteri Besar Selangor, PR memerlukan simpati dan persefahaman penyokongnya, dan

2. Kalau hukuman salah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan diterbalikkan (overturned) oleh Mahkamah Persekutuan, Anwar akan muncul sebagai makhluk suci yang cuba difitnah oleh musuh-musuhnya. Kedudukan beliau di mata kepemimpinan dan penyokong PR akan bertambah kukuh.

Ramalan PR akan hancur musnah kalau Anwar dipenjarakan mungkin pramasa (premature). Sebaliknya simpati yang tercetus daripada pemenjaraan Anwar akan memberi peluang baru kepada PR untuk memperkukuh dan memperluaskan sokongan. Ia sudah pun sekian lama mempersembahkan liwat 2 sebagai persekongkolan (conspiracy) politik.

Generasi lama sudah semakin lupa dan tidak begitu peduli lagi dengan liwat 1 pada tahun 2000 manakala generasi muda yang kini memegang “trump card” kuasa politik, tidak tahu atau tidak percaya. Pada 8 Ogos 2000 beliau dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan itu.

Akibat pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, BN hilang sokongan dalam PRU 1999 walaupun ia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir yang karismatik dan lincah permainan politiknya. Dr Mahathir mengekalkan majoriti dua pertiga BN.

Ramalan Perlu Berlapik

Ramalan bahawa PR akan berpecah tanpa Anwar perlu berlapik. Ada dua bentuk pemangkin yang membuatkan PR berjaya sejak PRU 2008. Pertama, kemampuan Anwar mencari titik pertemuan di kalangan parti-parti yang berbeza ideologi, khususnya antara DAP dan PAS. Kedua, ia berjaya mengeksploitasi keterdedahan (vulnerability) BN.

Daripada aspek psikologi pula, PR berjaya menjitukan semangat penyokongnya dengan memberikan isyarat yang kuat bahawa mereka boleh mengalahkan BN dan pada masa yang sama mengambil kesempatan daripada kekecewaan penyokong BN terhadap parti mereka sendiri.

Satu lagi faktor yang memihak kepada PR adalah barisan kepemimpinan yang muda. Selain veteran seperti Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti-parti PR, terutamanya PKR dan DAP digerakkan oleh generasi pelapis.

Gabungan kepemimpinan pelapis yang meluas dengan bilangan pemilih muda yang semakin meningkat boleh menjadi dorongan (impetus) kepada parti-parti PR untuk terus berpakat walaupun wujud perbezaan ideologi dan dasar yang ketara.

Mereka boleh memilih untuk berpecah dan kekal pembangkang atau bersatu dalam kepelbagaian dan membina di atas 52 peratus undi majoriti yang mereka peroleh pada PRU lalu.

Sebahagian kekuatan PR berpunca daripada kelemahan BN. Melainkan BN sudah pulih secukupnya daripada bencana Tsunami Cina PRU 2013, ia tidak mungkin boleh meraih apa-apa faedah daripada pemenjaraan Anwar.

Sebaliknya BN mungkin akan menderita beban tuduhan dan kebencian manakala Anwar akan terus “menerajui” PR dari “suite”nya di penjara. Dan seandainya dibuang kes maka jadilah beliau “makhluk suci” yang kalis fitnah.- A Kadir Jasin

Veteran journalist: Jail Anwar? BN will suffer...

If the case is acquitted, then Anwar will become a 'sacred creature' who is bulletproof from slander. - A. Kadir Jasin, former chief editor of New Straits Times group

If Anwar Ibrahim goes to jail, it will affect the ruling Barisan Nasional (BN) as much as the opposition leader himself, a veteran Malaysian journalist has said.

Yesterday, Malaysia's highest court opened two days of hearings expected to produce a final ruling on much-criticised sodomy charges against Anwar, 67, that could send the opposition leader to jail.

He was cleared in 2012 of charges that he sodomised a young former male aide four years earlier, but that acquittal was controversially reversed in March by an appeals court which convicted him.

In a recent blog post, A. Kadir Jasin, the former chief editor of New Straits Times group, also said it is premature to say that the Anwar verdict will be the end for opposition coalition Pakatan Rakyat (PR).

He suggested that PR would benefit whichever way the Federal Court decides, Malay Mail reported, quoting from the blog post.

Mr Kadir wrote: "Part of PR's strength comes from BN's weakness (and) it might never gain any benefit from Anwar's imprisonment.

"Instead, BN might suffer from the burden of the accusation and hatred, while Anwar will continue 'helming' PR from his 'suite' in prison. And if the case is acquitted, then he will become a 'sacred creature' who is bulletproof from slander."

If Anwar fails to reverse his five-year jail sentence and conviction, the Permatang Pauh MP would lose his seat as the law bars anyone fined RM2,000 (S$780) or imprisoned for one year from serving as a lawmaker.


Veteran journalist: Jail Anwar? BN will suffer

Anwar said that staying in Malaysia to face the decision on his appeal case is his "last sacrifice" for Malaysians.

Although admitting that he could choose the easy way out by moving to London or Istanbul, he was adamant that this would be his "last final service, especially for the young", reported liberal news portal Malaysiakini.

Addressing a crowd at Subang Jaya on Monday night, he said: "What will the young people say if I run away? How will the young fight, then? You must state your position. And please remember to exercise your right."

His message to BN was that it cannot silence him.

"You cannot expect me to be silent. I think if I say (opposition parties) DAP (Democratic Action Party) and PAS (Pan-Malaysian Islamic Party) are nothing but troublemakers, Umno is right and (Prime Minister) Najib Abdul Razak is the best prime minister, they will revoke my case.

"And after one week, I will become a 'Tun'," he said, drawing laughter from the crowd.

He added: "If you want to threaten or 'buy' me, sorry. I am mentally prepared, so do not try to threaten me. I don't want to go to prison, but if I have to, I will go fighting against the corrupt system." - asiaone news 

Air mani dalam juboq selama 36 jam tanpa berak...Saiful dakwa diliwat dengan paksaan, tetapi mengapa dia membawa KY jelly...


Sebatang berus gigi, tuala dan botol air yang diperolehi oleh polis daripada sel penjara tempat Anwar Ibrahim ditahan pada malam tarikh 16 Julai 2008...

Jawapannya betul lah...


cheers.

No comments: