12 October 2014

UMNO jumpa Peguam Negara dan KPN cara sulit pada 14 Ogos untuk pekena pembangkang...

video
Pakatan gesa Gani dedah sama ada kes Akta Hasutan kerana tekanan UMNO...

Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan sama ada menerima tekanan daripada Umno atau tidak dalam membuat pendakwaan terpilih ke atas pemimpin pembangkang akhir-akhir ini.

Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berkata, peguam negara perlu tampil menjelaskan berkenaan pertemuan yang diadakannya dengan pemimpin Umno pada 14 Ogos lepas.

"Adakah peguam negara bertindak menurut arahan daripada pemimpin Umno?" kata Mohammad atau Mat Sabu, selaku jurucakap PR, pada satu sidang media di ibu pejabat PAS pagi ini.

PR mendakwa pertemuan yang diadakan tersebut melibatkan ketua-ketua bahagian Umno dan juga Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Setakat ini, Gani belum dilapor membuat sebarang penafian menghadirinya.

Susulan itu, Mat Sabu meminta Gani mendedahkan senarai nama pemimpin Umno yang menghadiri pertemuan tersebut.

"Siapakah dan bahagian Umno manakah yang terlibat dalam pertemuan kontroversi tersebut?" katanya.

Pemimpin PR lain yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

Ironinya, Mat Sabu juga berkata, selepas pertemuan tersebut, berlakunya beberapa siri pendakwaan yang bermotifkan politik ke atas pemimpin pembangkang yang dilakukan pendakwa raya.

"Mengapakah peguam negara baru sekarang mengambil tindakan terhadap laporan polis yang sudah lama dibuat oleh ahli Umno (yang jelas bermotifkan politik) sejurus selepas pertemuan pada 14 Ogos itu?"

Kegagalan menjelaskan perkara tersebut akan menjejaskan keyakinan awam terhadap kebebasan dan pentadbiran keadilan, yang kini sudah tergugat, kata Mohammad.



Dalam pada itu, PR juga mendesak Gani menasihati pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memansuhkan akta penjajah tersebut yang menindas lawan politik mereka.

"Kami memberi amaran keras kepada peguam negara agar menasihati kerajaan supaya  memansuhkan akta drakonian ini dengan kadar segera seperti yang dijanjikan perdana  menteri," katanya.

Katanya, PR mahu pendakwaan ke atas mana-mana individu ditarik semula.

Di sidang media sama, jurucakap Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH), Yap Swee Seng (gambar, kiri) mengumumkan satu majlis makan malam mengutip dana pada 27 Oktober nanti.

Menurut Yap, yang juga pengarah eksekutif Suaram, wang itu akan digunakan bagi membantu mangsa berdepan pendakwaan mengikut akta tersebut.

Sejak kebelakangan ini, pihak yang lantang bersuara ditekan Putrajaya dengan beberapa siri tindakan mengikut Akta Hasutan. Mereka termasuk pemimpin PR, ahli akademik,  pendakwah dan aktivis.

Langkah Putrajaya tersebut menerima kritikan banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan, Majlis Peguam dan pertubuhan hak asasi antarabangsa, Amnesty International Malaysia.

Semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Putrajaya akan terus mengekalkan akta itu selagi tiada undang-undang baru bagi menggantikannya digubal.

Mereka yang bersalah di bawah akta tersebut boleh dijatuhkan hukuman penjara, didenda, atau kedua-duanya sekali. – tmi


Explain if sedition blitz linked to Umno meet...

Pakatan Rakyat today demanded Attorney-General Abdul Gani Patail to explain whether the witchhunt against politicians and activists under the Sedition Act is related to a private meeting with Umno.

PAS deputy president Mohamad Sabu said the series of sedition charges, several of which are based on police reports by Umno members, followed shortly after the Aug 14 meeting.

"Is the attorney-general acting based on the instructions of Umno leaders?

"Who and which Umno divisions were involved in the controversial meeting?" he asked at a press conference at the PAS headquarters today.

Mohamad, better known as Mat Sabu, said if these questions are not clarified, it will give the impression that the attorney-general was abusing his power.

Also present at the press conference were PKR vice president Tian Chua and DAP vice chairperson Teresa Kok, Shah Alam MP Khalid Samad and Gerakan Mansuhkan Akta Hasutan (Ghah) activists Yap Swee Seng, Hishammuddin Rais and Adam Adli.

To date, some 21 people have been probed under the Sedition Act and at least 12 have been charged in court.

Ahead of an anticipated anti-sedition act battle, Yap said the movement is organising a fundraiser dinner on Oct 27 at the Petaling Jaya Civic Centre at 8pm.

The dinner will have a total of 100 tables and tickets will be sold at RM100 each.

"It is to show support to those who are victims of the Sedition Act," he said.

Asked if the fundraiser is a bid to build a war chest ahead of a mass protest against the Sedition Act, Mohamad said the matter would only be announced later.

However, Mohamad, who brandished a dinner ticket which bore the faces of all those charged under the Sedition Act, pledged Pakatan's support for the campaign.

"We will mobilise all our machinery at the grassroots nationwide to fight this draconian act until it is abolished," he said.- mk



Ceritanya di sini dan sini

Bumbung jejantas lebuh raya di Johor Bahru runtuh,baca sini  dan sini

cheers.

No comments: