14 October 2014

Antara Razak dan Najib, bezanya ibarat langit dan bumi...

Setelah bekerja dengan Tun Abdul Razak dan mengenalinya dengan rapat sejak tahun 1965, saya berharap bahawa Najib, anak lelakinya, akan melakukan lebih baik daripada Allahyarham bapanya. Namun kebenarannya mengecewakan saya.  

Beliau amat berlawanan dengan bapanya yang merupakan Perdana Menteri dari tahun 1970 sehingga 1976.  

Perkara pertama yang Tun Razak beritahu kepada saya tentang isterinya Toh Puan Rahah adalah bahawa dia adalah isteri kepada perdana menteri, tetapi tidak mempunyai status dalam kerajaan. Oleh itu Toh Puan (Tun) Rahah hanya berada di latar belakang. Beliau hanya merupakan seorang isteri dan ibu yang baik. Dia tidak melibatkan diri dalam hal-hal kerajaan sama ada di dalam negara, atau di peringkat antarabangsa.  

Tetapi ini tidak berlaku dengan isteri Datuk Seri Najib, Rosmah. Beliau berada di seluruh tempat dan kelihatan seperti melakukan lebih banyak kerja daripada suaminya si Perdana Menteri. Beliau menerima perhatian media yang sama banyak dengan PM, dan kadang-kadang mendapat lebih banyak liputan daripadanya.

Ini adalah jauh berbeza daripada Tun Razak. Beliau adalah orang yang menentukan hala tuju negara, dan bukannya pihak lain. Pihak lain hanya membantu dalam merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan olehnya. 


Rosmah juga telah dinaik taraf kepada menjadi wanita pertama di negara ini – satu status yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana isteri seorang PM sebelum Najib. Status Raja Permaisuri Agung negara telah dirampas oleh isteri Perdana Menteri. Fenomena luar biasa ini tidak akan berlaku pada masa Tun Razak. Beliau pasti akan terkejut melihat keadaan seperti ini.

Tun Razak telah mengembara beribu kilometer ke kawasan pedalaman luar bandar negara ini, untuk melihat apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Najib sebaliknya lebih berminat untuk melancong ke luar negara atas alasan kerja. Ini menelan belanja berjuta-juta dolar.

Berada di luar negara kebanyakan masa mempunyai kesan yang merosakkan. Menterinya seolah-olah mengkucar-kacirkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan mereka atau kementerian mereka. Mereka juga mengulas tentang hal ehwal sosial dan etnik. Seorang menteri telah menggelar orang bukan Melayu sebagai sombong, seolah-olah seperti dia telah membuat sebuah kajian terperinci mengenainya. Dia hanya menghancurkan matlamat kerajaan yang dinyatakan Najib; memenuhi dasar satu Malaysia. Ini hanya membawa maksud bahawa menteri-menterinya sendiri tidak menuruti agenda beliau.  

Ini tidak pernah berlaku pada zaman Tun Razak kerana semua menteri-menteri harus mengikuti garis panduan yang ditetapkan olehnya. Tiada menteri yang akan bercakap mengenai perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan mereka. Ini berbeza sekali dengan tingkah laku menteri-menteri dalam zaman Najib. Dia seolah-olah telah kehilangan kawalan ke atas menterinya. 



Ini yang seolah-olah sedang berlaku, sedang menteri-menteri ini terus membuat kenyataan yang tidak wajar, dan tidak diarahkan oleh PM untuk menutup mulut mereka.

Tun Razak hanya bercuti di dalam negara, sama ada bermain golf di pusat peranginan bukit seperti Bukit Fraser, atau menaiki kapal tentera laut untuk ke Pulau Pinang melalui laut. Itu adalah bagaimana beliau menunjukkan cintanya kepada negara dan rakyatnya. Beliau akan sentiasa tinggal di rumah rehat kerajaan.  

Berjuta-juta telah dibelanjakan apabila Najib bercuti ke luar negeri. Beliau menggunakan jet milik kerajaan dan bukannya syarikat penerbangan komersial negara ini, MAS. Jet-jet kerajaan sepatutnya hanya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja. Ketika ini, ia digunakan untuk segala-galanya.

Tun Razak sangat berhemat mengenai dana kerajaan. Beliau misalannya tidak berpuas hati dengan Tan Sri Jamal Latif, yang ketika itu merupakan Duta Besar Malaysia ke Perancis kerana menyewa sebuah banglo besar di selatan Perancis bagi beliau dan kakitangan peribadinya, sebelum membuat lawatan rasmi ke Perancis.



Satu amalan yang dilakukan Tun Razak sendiri setiap hari sebelum pergi ke pejabat, adalah membaca semua akhbar untuk mengikuti perkembangan negara ini. Tun Razak ‘gila kerja’ dan akan menangani semua isu-isu dan akan cuba menyelesaikannya dengan segera. Beliau mengenali kewibawaan semua kakitangannya, dan akan meletakkan mereka di mana kepakaran mereka akan membantu menangani kesemua isu-isu ini. Tidak ada pakar asing yang terlibat.

Saya tidak boleh mengatakan yang Najib mempunyai cara kerja yang sama.

Tun Razak tidak akan mengingkari janjinya, dan ini tidak boleh dikatakan mengenai Najib.  

Perbandingan gaya dan sikap Tun Razak dengan Najib, mengingatkan kita kepada satu pepatah Melayu, "bezanya umpama langit dan bumi!", Perbezaannya yang sangat besar. - Ahmad Mustapha Hassan, bekas setiausaha akhbar Tun Abdul Razak Hussein,theantdaily. 


Razak and Najib: The differences are very extreme...

After having worked with Tun Abdul Razak and associated with him closely since 1965, I was hoping that Najib, the son, would even do better than his late father. It is to my utter dismay.
  
He is the very opposite of his father who was prime minister from 1970 to 1976.
  
The first thing that Tun Razak told me about his wife Toh Puan Rahah was that she was the wife of the prime minster but had no status in the government. Thus Toh Puan (Tun) Rahah just remained in the background. She was simply a good wife and mother. She was not to involve herself in government matters either locally or internationally.
  
But this is not so with Datuk Seri Najib’s wife, Rosmah. She is all over the place and looks like she is doing more work than her husband the prime minister. She receives media attention equal to that of the PM and occasionally is better covered than him.

This is a far cry from what Tun Razak was. He was the man charting the destiny of the nation and nobody else. The rest was supposed to assist him in realising the goals that had been set by him.



Rosmah has also been upgraded to being the first lady of the country - a status never before accorded to any wife of a PM before Najib. The status of the country’s Queen had been usurped by the PM’s wife. This unbelievable phenomenon would never have taken place during Tun Razak’s time. He would have been appalled to see such a situation.
  
Tun Razak travelled thousands of kilometers to the rural hinterland of the county to see what could be done to uplift the living standards of the rural population. Najib on the other hand is more interested in travelling overseas on the pretext of doing work. This had cost the country millions of dollars.
  
Being overseas most of the time had its deleterious effects. His ministers seemed to run riot on things that do not concern them or their ministries. They even delved into social and ethnic affairs. One minister labelled the non-Malays as being arrogant as if he had made a detailed study of it. He acted more to wreck the government’s goals as set out by Najib and that was to achieve the one Malaysia policy. This only means that his own ministers do not adhere to his agenda.

This never happened during Tun Razak’s time as all ministers had to follow the guidelines established by him. No minister would be talking out of turn on matters that do not concern them. This is in stark contrast between the behaviour of ministers in Tun Razak’s time and that of Najib’s. He seems to have lost control over his ministers.

This seems to be so as these ministers keep making uncalled for remarks and not being told by the PM to shut their trap.
  
Tun Razak had his holidays in the country, either playing golf in the hill resorts like Fraser’s Hill or would take the naval vessel and travel to Penang by sea. That was how he showed his love for the country and its people. He would always stay at government rest houses.
  
Millions were spent when Najib takes his overseas sojourns. He travels on government owned jets and not in the country’s commercial airline MAS. Government jets should only be used for official purposes and nothing else. As it is, they are being used for all and sundry.



Tun Razak was very prudent about government funds. He was for instance unhappy with Tan Sri Jamal Latif, who was then Malaysia’s Ambassador to France for renting a big bungalow in the south of France for him and his private staff prior to making an official visit to France.
  
One practice that Tun Razak involved himself daily before going to office was to read all the papers to update himself as to what was happening in the country. Tun Razak was a workaholic and would tackle all issues and would try to resolve them immediately. He knew the caliber of all his staff and would place them where their expertise would help to overcome all these issues. There was no foreign consultant involved.
  
I cannot say whether Najib has the same style of working.
  
Tun Razak would never renege on his promises and this cannot be said to be so with Najib.

Comparing the style and demeanour of Tun Razak to that of Najib, reminds one of the Malay saying, “bezanya umpama langit dan bumi”, the differences are very extreme. - Ahmad Mustapha Hassan is a former press secretary to Tun Abdul Razak Hussein,theantdaily

Ceritanya sini dan sini

Lidah bercabang macam bosnya kerap flip-flop...

cheers.

2 comments:

mosabit said...

ehhh..duit tu disimpan dlm tabung budak2 permata untuk persiapan mereka bila dewasa nanti..utk beli cincin ker...beli hand bag ker...

mosabit said...

ehhh..duit tu disimpan dlm tabung budak2 permata untuk persiapan mereka bila dewasa nanti..utk beli cincin ker...beli hand bag ker...