02 September 2014

UMNO dok ngorat PAS pasai mahu majoriti 2/3 di Parlimen...

UMNO mahu kerjasama PAS kembalikan majoriti 2/3 Parlimen, kata Husam...

Umno melalui kumpulan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyidin Yassin sedang berusaha bekerjasama dengan PAS di Selangor untuk matlamat jangka panjang iaitu mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya atas nama kepentingan Melayu, dakwa Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Husam dalam tulisannya hari ini berkata pembentukan kerajaan PAS dan parti Melayu itu di Selangor hanya pancingan Umno sahaja.

"Hasrat utama kumpulan ini adalah untuk mencapai dua pertiga di Parlimen dan seterusnya meluluskan tambahan kerusi Parlimen yang kononnya memperkuat kuasa politik Melayu.

"Selangor adalah umpan terdekat mereka," kata Husam dalam tulisan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider.

Husam bagaimanapun penuh yakin usaha itu akan menemui jalan buntu kerana katanya, "PAS adalah PAS."

Beliau mengulas tentang desas-desus pembentukan kerajaan PAS, Umno dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini.

"Saya katakan, bukan sahaja sukar tetapi mustahil. Baik dari sudut bilangan, prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka pendek dan panjang serta dinamisme parti-parti yang terlibat," kata Husam yang juga Adun Salor, Kelantan.

 Husam turut menolak spekulasi PAS akan menerima Khalid yang juga bekas parti rakan Pakatan Rakyat (PR) mereka menyertai parti Islam itu dengan harapan dapat mencukupkan korum membentuk kerajaan perpaduan (UG) bersama Umno.

Beliau berkata, jika parti Islam itu mahu bergabung dengan Khalid dan 12 Adun Umno menjadikan bilangannya 29 kerusi bagi membentuk kerajaan minoriti, itu perlu diputuskan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

"Saya tidak nampak keahlian mereka akan diluluskan oleh PAS Pusat. Banyak sebab asas kenapa saya berpandangan demikian tetapi rasanya tidak perlu dihuraikan di sini.

"Pokoknya, keahlian mereka tidak akan diterima," kata Husam.

Beliau berkata, mendapatkan PAS melalui pintu belakang Selangor bermakna akan berlaku garis pemisah politik Malaysia yang sangat menakutkan.

"Umno mendapat tambahan sokongan pengundi Melayu dengan dokongan PAS melalui pencabulan moral politik parti itu, tetapi kesannya ia akan menjarakkan lagi sokongan pengundi bukan Melayu kepada Barisan Nasional (BN).

"Pengundi bukan Melayu terpaksa terus menyokong PR tanpa PAS. Malaysia terbelah dua," katanya membayangkan akibat daripada sokongan Melayu yang kuat kepada kerajaan manakala bukan Melayu akan menjadi pembangkang.

Husam turut mendedahkan ada usaha terancang daripada kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya daripada kumpulan Muhyiddin.

Katanya, kumpulan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka.

"Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," kata Husam.

Bagaimanapun menurut Husam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak berminat dengan usaha yang sehingga kini masih dalam kerangka Umno sahaja.

"Itulah sebabnya kumpulan Najib tidak berminat sepenuhnya dengan apa yang cuba diatur," katanya.

Menurut Husam, serangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang sebelum ini menarik balik sokongan terhadap Najib juga ada asasnya.

"Selain terperangkap dalam skandal hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang bukan untuk kepentingan negara sebanyak berbillion ringgit, Najib juga gagal memulihkan kepercayaan majoriti rakyat Malaysia sehingga hari ini," katanya.

"Setakat yang saya ikuti perbincangan pelbagai kumpulan strategik Umno, masalah terbesar Umno kini bukan sangat parti Pakatan Rakyat tetapi menjadi satu trend umum Umno ditolak oleh rakyat atas nama dan sifat mereka sebagai Umno. Rakyat yang menolak Umno.

"Najib gagal pada mata Mahathir. Jika Umno mahu diselamatkan, Najib perlu diundurkan."

Disebabkan situasi itu juga menurut Husam, sesetengah kumpulan strategi dalam Umno melihat peluang daripada keadaan di Selangor sekarang.

"Tinggal lagi mereka gagal memahami PAS sepenuhnya dalam rangka gerakan strategi mereka," katanya.– tmi 

Husam dakwa Din cuba caturi PAS...

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa wujud "usaha terancang" dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencaturi PAS ketika kerjasama dalam Pakatan Rakyat kini teruji dengan kemelut politik Selangor.

Dakwanya, pasukan Muhyiddin mungkin menganggap sekarang waktu yang sesuai untuk menyelinap ke dalam struktur PAS di waktu hubungan parti itu dan sekutunya yang lain dalam Pakatan Rakyat berada dalam keadaan goyah.

"Saya tahu ada usaha terancang dari setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS. Khususnya dari pasukan TPM.

"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka.

"Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," katanya dalam kenyataan beliau hari ini.

Bagaimanapun, perkara itu tidak akan dapat dijalankan dengan mudah kerana PAS tidak akan bersetuju untuk mengikut arahan presiden parti dengan melulu jika bercanggah dengan keputusan mesyuarat parti.

"PAS tidak sama. Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi. Majlis Syura sekali pun tidak boleh mengatasi Muktamar," katanya lagi.- mk


UMNO wants to work with PAS to secure two-thirds majority in Parliament, says Husam... 

Umno wants to work with Selangor PAS with the hope that the Islamist party will help its arch-rival secure the elusive two-thirds majority needed in the upcoming redelineation of parliamentary constituencies, Datuk Husam Musa (pic) said today.

In his article published in PAS's organ Harakah, Husam said that a PAS and Umno government in Selangor is just the beginning but the bigger prize would be the numbers needed to secure the two-thirds majority in Parliament.

"The main intention of this team is to gather a two-thirds support in Parliament to approve the increase in the number of seats in Parliament to strengthen the Malay political power.

"Selangor is their nearest bait," Husam wrote in his article, adding that he was confident that Umno's efforts will meet a dead end.

He suggested that a faction aligned to Umno Deputy President Tan Sri Muhyiddin Yassin's team was behind the move.

Currently, Umno and its coalition partners in Barisan Nasional (BN) have 134 parliamentary seats while the Islamist party has 21 seats. The combined seats from PAS will help the BN surpass the two-thirds majority of 148 seats to amend the constitution and redraw the electoral boundries.

“I know there is a well-planned effort from some in Umno to inject their agenda into PAS, especially from the TPM ‘s team,” he said, referring to the Deputy Prime Minister by his designation's Malay acronym.

Husam said they believed that once they had gained control of some of the “institutions in PAS, PAS will march according to their tune.”

Husam said those behind the move had failed to realise that the Islamist party was not like Umno where the supreme council will set an agenda and the delegates at the assembly would endorse it.

He was commenting on the rumours of a unity government being formed comprising Umno and PAS in Selangor.

"I say that it is not only hard, but impossible. Not only in terms of numbers but also in principle, implementation and the short-term and long-term effects and the dynamism of all parties involved," the Salor assemblyman said in Harakah.

According to Hussam, the PAS central committee would have to endorse any move to bring in  former PKR asssemblymen to obtain the numbers to form a government in Selangor with Umno.

"I don't see their membership being approved by PAS central committee. There are many reasons why I hold this opinion but I feel I don't have to explain it here.

"The thing is, their membership will not be accepted," he added.

He said that trying to capture Selangor through PAS would mean a frightening divide would emerge along racial and religious line in Malaysian politics.

Umno would get additional support from Malay voters with PAS's support but it will also push away non-Malay voters from BN.

"Non-Malay voters would then support Pakatan Rakyat without PAS. Malaysia would be split into half," he wrote, adding that Malays would give strong support to the government while the non-Malays would be the opposition. – tmi


Husam: UMNO meddling in PAS to control Selangor...

PAS vice-president Husam Musa has accused an Umno faction, linked to its deputy president Muhyiddin Yassin, of meddling in PAS affairs in order to wrest control of Selangor.

 
He claimed that Selangor is a “low-hanging fruit” for this group in its effort to split PAS away from Pakatan Rakyat, after which it would be easier for Umno to approach and cooperate with PAS.

The ultimate goal of this faction is to control two-thirds of Parliament, Husam added, and then approve new parliamentary seats on the pretext of strengthening Malay power.

“I know that are concerted efforts from some within Umno to instil their agenda into PAS, in particular the deputy prime minister’s team.

“This team feels that by controlling some institutions within PAS, PAS would move as they wish,” he said in a statement today.

'Ploy won't work

However, Husam argued that the ploy would not work. Among other reasons, he said, is because PAS works differently from Umno.

In PAS, he said, the muktamar or general assembly is supreme and is above even the Syura Council. It would be difficult for Umno to influence enough PAS divisions to control the muktamar.


 
In addition, he said, a PAS-Umno coalition in Selangor - with or without independent assemblypersons - was untenable and would collapse immediately because of a lack of support in the state assembly and from the public, especially if the 15 PAS assemblypersons are given the choice of whether or not to support such a coalition.

Although Umno would gain more Malay support through the coalition, Husam said, it would alienate other voters and divide Malaysia, because non-Malay voters would be left to support Pakatan Rakyat without PAS.

It would also confine Islam to “narrow Malay politics” for decades, which is unfortunate for PAS because Islam is universal and protects the interests of all races, he said.

“Now, all parties in Pakatan Rakyat need to sit together and manage the issue in Selangor. Forget Umno,” Husam asserted.- mk


Dia orang ni berdaftar dengan ROS kah...

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Org cina xkan menolak klu lebih parlimen diberi utk org cina walaupun mca dan gerakan yg dpt...janji parlimen itu milik org mereka...kita ni taksub smpi lupa lantai dikopek bwh kaki...kelak dh ilang terus hak baru melalak

Anonymous said...

Yang bimbang Melayu hilang kuasa ini adalah Melayu UMNO kerana kalu kuasa hilang, satu habuk pun tak dapat. Itu yang berlaku di Penang dan Selangor!!! Bukan soal nak pertahankan hak Melayu!!!

Kalu nak pertahankan hak orang2 Melayu takkan sampai 50% tanah simpanan Melayu terlepas ke tangan orang lain??? tapi siang malam dok melaung 'HIDUP MELAYU' macam orang gila!!!

Kalu betul UMNO nak bantu orang Melayu soal royalti minyak di Kelantan tak bankit langsung.
Kemajuan pembangunan di Kelantan jangan dok sekat.

Sampai bila geng UMNO ni nak perbodohkan orang2 Melayu...betul macam TGNA kata bila UMNO sakit baru mai nak sondoi PAS...

Dah lewat beb!!!!