28 September 2014

Nik Aziz - Kekalahan Pengkalan Kubor kekalahan Pakatan juga...

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata calon PAS di Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor adalah calon PKR juga, memandangkan mereka bersetuju dengan pemilihan calon. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2014.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kekalahan calon mereka Wan Rosdi Wan Ibrahim juga kekalahan Pakatan Rakyat (PR), selepas keretakan hubungan antara rakan mereka dalam gabungan tersebut.

Nik Aziz mempertahankan calon PAS walaupun kalah kerana menurutnya, pemilihan calon dipersetujui bersama dalam Pakatan.

"Calon di Pengkalan Kubor adalah calon PR, bukan calon PAS sahaja. PR terima calon ini, apa lagi yang ingin dibangkitkan," kata beliau yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Sebelum pengumuman calon, berlaku kemelut perebutan kerusi antara PKR dan PAS untuk bertanding di kerusi tersebut.

PKR pada awalnya mahu bertanding di Pengkalan Kubor, kerusi yang ditandinginya dalam dua pilihan raya sebelum ini, bagaimanapun PAS kemudian mengatakan kerusi tersebut hanya dipinjamkan dan mahu bertanding semula.

Bagaimanapun PKR kemudian memutuskan untuk memberi kerusi tersebut kepada PAS bagi mengelak sebarang pertikaian lanjut.

Diketahui umum, pilihan raya kecil tersebut berlaku ketika krisis menteri besar Selangor di mana PAS juga berbeza pendapat dengan rakan mereka, PKR dan DAP.

Malah kritikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemimpin Pakatan lain, khususnya daripada PKR sendiri dan DAP.

Selain itu, pendirian Hadi dalam krisis MB Selangor juga tidak dipersetujui PKR dan DAP, malah menyifatkan PAS sebagai pengkhianat kerana menyebelahi bekas MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana peranan yang dimainkan oleh empat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PAS.

Malah pimpinan PAS sendiri yang memberi arahan supaya exco mereka tersebut kekal bersama dengan Khalid ketika krisis di Selangor semakin meruncing.

Pertikaian dan rasa kurang senang di kalangan pemimpin PKR dan DAP tidak dapat disembunyikan lagi, malah ia diterjemahkan semasa Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor apabila tiada pimpinan utama daripada PKR dan DAP yang turun membantu calon PAS sepanjang tempoh berkempen.

Malah PAS kalah dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding sebelum ini di Pengkalan Kubor.

Keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor menyaksikan calon BN Mat Razi Mat Ail menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 2,365 undi. 

Mat Razi meraih 9,961 undi, Wan Rosdi (7,326 undi) dan Izat Bukhary memperoleh 38 undi. – tmi

PAS’s defeat in Pengkalan Kubor is also Pakatan’s, says Nik Aziz 

Kelantan Akan Jatuh Kepada BN...

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubur memberi tanda jelas PAS akan kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang jika parti Islam itu terus berfikir boleh menang dengan duduk bersendirian tanpa bekerjasama dengan pihak lain, kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.

Kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat akan membolehkan PAS mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional, kata NGO yang menjadi pelobi kuat agar PAS teruskan kerjasama dengan Pakatan itu.

PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Pengkalan Kubor berbanding kekalahan PKR dalam pilihan raya umum lalu.

Calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi.

BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU13, iaitu 1,736 undi.

Bagi PasMa, PAS perlu membuka mata seluas-luasnya ekoran kekalahan lebih besar di Pengkalan Kubor ini kerana ia memalukan parti itu selepas mengambil kerusi yang dimiliki PKR sebelum ini.

Taib juga memberi alasan kelemahan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dalam memahami kehendak rakyat Kelantan dan tidak dapat melaksanakan janji-janji yang ditetapkan dalam manifesto dalam pilihan raya lalu antara punca kekalahan ini.

Penyingkiran Datuk Husam Musa, naib presiden yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan dari dalam kerajaan negeri juga menyebabkan berlaku kelemahan dalam kerajaan negeri, dakwa beliau.

"Bukan beliau sahaja tetapi pasukan beliau yang ada dalam GLC dan parti dibersihkan oleh kepimpinan PAS Kelantan," tambahnya.

Bagi beliau, jika perkara ini tidak dibetulkan, ia bakal menjadi penyebab kerajaan negeri Kelantan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Beliau perlu dikembalikan ke dalam kerajaan negeri untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri Kelantan kerana beliau mempunyai peranan yang besar bersama Tuan Guru Nik Aziz dalam membina Kelantan sehingga pilihan raya umum lalu," katanya merujuk kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas menteri besar Kelantan.

Photo: Bekas MB Selangor Dedah Kelantan Akan Jatuh Kepada BN.. Ini Buktinya
mohd taib ahmad

Selain itu, Taib juga menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekalahan Pengkalan Kubor.

"Kenyataan presiden PAS dalam muktamar mengenai PR. Kenyataaan kepada DAP dan PKR sebabkan hubungan dalam PR retak juga puncanya," kata Taib, kerana bagi beliau, keretakan dan krisis dalam PR juga menyebabkan pengundi tidak senang dengan PAS.

Selain itu, beliau menyalahkan kenyataan pemimpin Kelantan lain, termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebagai punca kekalahan.

"Timbalan menteri besar dan Nik Abduh banyak membuat kenyataan mempertikai rakan-rakan dalam PR. Sebaliknya mereka memuji Umno dan BN. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menjadi bahan serangan. Sebab itu bagi saya, rakyat Kelantan membuat keputusan yang bijak," katanya.

Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata sikap anak muda yang muak dengan apa yang berlaku dalam PAS dan Pakatan antara punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.

Menurut Agus yang menulis di dalam laman media sosial Facebook, BN menang di Pengkalan Kubor kerana anak muda sudah muak dengan cara PAS dan PR berpolitik.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi, dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendakwa kekalahan PAS dalam PRK Pengkalan Kubor disebabkan lemahnya hubungan dalam PR.

Timbalan presiden Umno itu berkata faktor itu menjadi pertimbangan pengundi di Pengkalan Kubor selain krisis Selangor yang dibiarkan lama berlarutan.

"Mereka melihat keadaan PR, peristiwa yang berlaku di Selangor, perhubungan yang begitu tidak mantap antara PAS, PKR dan DAP.

"Saya percaya pengundi di kawasan ini juga dapat membuat penilaian, situasi begini tidak baik. Kalau berterusan membawa impak tidak baik kepada Pengkalan Kubor," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail di Tumpat malam kelmarin.

Selain itu, Taib juga menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekalahan Pengkalan Kubor.

"Kenyataan presiden PAS dalam muktamar mengenai PR. Kenyataaan kepada DAP dan PKR sebabkan hubungan dalam PR retak juga puncanya," kata Taib, kerana bagi beliau, keretakan dan krisis dalam PR juga menyebabkan pengundi tidak senang dengan PAS.

Selain itu, beliau menyalahkan kenyataan pemimpin Kelantan lain, termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebagai punca kekalahan.

"Timbalan menteri besar dan Nik Abduh banyak membuat kenyataan mempertikai rakan-rakan dalam PR. Sebaliknya mereka memuji Umno dan BN. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menjadi bahan serangan. Sebab itu bagi saya, rakyat Kelantan membuat keputusan yang bijak," katanya.

Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata sikap anak muda yang muak dengan apa yang berlaku dalam PAS dan Pakatan antara punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.

Menurut Agus yang menulis di dalam laman media sosial Facebook, BN menang di Pengkalan Kubor kerana anak muda sudah muak dengan cara PAS dan PR berpolitik.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi, dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendakwa kekalahan PAS dalam PRK Pengkalan Kubor disebabkan lemahnya hubungan dalam PR.

Timbalan presiden Umno itu berkata faktor itu menjadi pertimbangan pengundi di Pengkalan Kubor selain krisis Selangor yang dibiarkan lama berlarutan.

"Mereka melihat keadaan PR, peristiwa yang berlaku di Selangor, perhubungan yang begitu tidak mantap antara PAS, PKR dan DAP. 

"Saya percaya pengundi di kawasan ini juga dapat membuat penilaian, situasi begini tidak baik. Kalau berterusan membawa impak tidak baik kepada Pengkalan Kubor," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail di Tumpat malam kelmarin.- tmi

Pengkalan Kubor loss:Beginning of an end to PAS-rule in Kelantan...

Is the undignified loss of PAS in the Pengkalan Kubor by-election the beginning of an end to the Islamist party’s 20-year hold of Kelantan?

The fact that Barisan Nasional (BN) increased its majority win with a thumping 2,635 votes mean that PAS not only lost, it was whipped badly on all counts.

Initial indicators revealed that BN or namely Umno garnered support from the old and young alike as well as from a high number of Malaysians of Siamese descent.

Tumpat is essentially a PAS stronghold for the last two decades as the party controls the parliament and three state seats, with the exception of Pengkalan Kubor.

And not only that, the party big wigs are all incumbents of Tumpat and its state seats.

The Tumpat parliamentarian is none other than its former secretary-general Datuk Kamaruddin Jaafar, and the Pasir Pekan seat is held by Menteri Besar Datuk Ahmad Yackop.

The other seats are Kelaboran, whose assemblyman is Mohd Zaki Ibrahim, the state PAS secretary, and the Wakaf Baru assemblyman is PAS state executive councillor Che Abdullah Mat Nawi.

With such strong local personalities, yet the party could not deliver a win in a constituency which is dominated by them.

BN’s Mat Razi Mat Ail, an ulama, defeated PAS’ Wan Rosdi Wan Ibrahim with a wider majority than in the 13th General Election (GE13).

Mat Razi polled 9,961 votes against Wan Rosdi’s 7,335. Independent candidate Izat Bukhary Ismail Bukhary received 37 votes and lost his deposit.

The by-election was forced following the death of the three-term assemblyman Datuk Noor Zahidi Omar last month.

In GE13, Noor Zahidi retained the seat with a majority of 1,736 votes, beating Saharun Ibrahim of PKR and Izat Bukhary, who also stood as an Independent.

While the former incumbent Noor Zahidi left behind a good legacy in terms of his excellent service track record, the fact that PAS lost with a higher majority is daunting to the political observers.

Things are getting complicated for PAS in Kelantan as the era of their revered leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has almost certainty come to an end.

The 82-year-old vacated his mentri besar post after leading Kelantan PAS to victory in GE13.

The party and PKR holds 37 out of the 45 state seats.

Nik Aziz is also ailing, and he could only campaign twice throughout the 12-day intense lobbying for votes.

To complicate matters, PAS is also battling an internal strife over their role in Pakatan Rakyat as well as the pent-up rift between the moderates versus the hardline ulama.

But victory was never easy as revealed by the state Umno liaison secretary Datuk Md Alwi Che Ahmad.

“We were emotionally hurting as the late Noor Zahidi was a beloved colleague. We had shed tears when we spoke about our desire to deliver a win for him,” Alwi said.

In choosing the winning candidate, Alwi said they sought total support from the Tumpat Umno division since Mat was relatively an unknown within the group.

This is the first time in a while that Umno was united in Kelantan and every state leader bandied around one general, he noted.

In the long-run, Pengkalan Kubor may be the necessary catalyst to unhinge PAS from their stranglehold on Kelantan.

“Kelantan voters are a unique lot. They will hate you if they feel that you are not doing your job. This applies to PAS or Umno.”

PAS has lost the state before and so has Umno.

Therefore, it may not be a big surprise if the Islamist party loses the state in the next general election.

But it is a tad early for such a bold prediction though, says Alwi.

For political observer Mohd Sayuti Omar, PAS’ political fortune may have been dented as it was Umno who fielded an ulama. PAS depended on a contractor.- Ian McIntyre,theantdaily

20 hari dalam lokap, Ali ditahan kali keempat...

Selepas 20 hari meringkuk dalam lokap di seluruh negara kerana pelbagai kesalahan bawah Akta Hasutan, hasrat untuk bebas masih jauh buat aktivis Ali Abd Jalil apabila beliau ditahan polis buat kali keempat hari ini.

Peguam Ali, New Sin Yew berkata anak guamnya itu sepatutnya bebas pada 12.30 tengah hari ini selepas polis hanya berjaya mendapat perintah reman selama satu hari semalam sekalipun memohon tiga hari.

Menurut Sin Yew, Ali dibawa oleh polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 9 pagi untuk dibebaskan bagaimanapun beliau ditahan semula dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Nusajaya, di Johor.

Ketika dihubungi Malaysiakini, pengamal undang-undang itu berkata polis terus membuat permohonan reman dan mereka diberikan tempoh selama tiga hari.

Ali sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang sebelum ditahan semula dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menghina Raja bawah Akta Hasutan.

Beliau kemudian ditahan sekali lagi dan di bawa ke IPD Johor Bahru Selatan berkaitan satu lagi tuduhan menghasut.- mk

Activist Ali Abd Jalil was rearrested today and taken to Johor over posting allegedly seditious messages on Facebook. – The Malaysian Insider pic by Zhafri Azmi, September 23, 2014.
After 20 days in lock-up, Ali arrested for 4th time...

After spending 20 days in several police lock-ups nationwide for various offences under the Sedition Act, activist Ali Abd Jalil is nowhere near freedom after cops arrested him for the fourth time in a bid to keep him behind bars.

Ali's lawyer New Sin Yew said his client was due to be released at 12.30pm today after police managed only to obtain a one-day remand extension yesterday despite requesting for three days.

"At 9am, Ali was brought by police to the Johor Baru Magistrate's Court to be released, but right after the release, he was immediately re-arrested and taken to Nusajaya district police headquarters.

"They (cops) immediately made a remand application and were given three days' (detention for) Ali," he told Malaysiakini when contacted.

Prior to this, Ali was charged at the Selayang Sessions Court before being re-arrested and charged at the Shah Alam Sessions Court, both for purportedly insulting the monarchy under the Sedition Act.

Subsequently he was again arrested and taken to the Johor Baru Selatan district police headquarters for another allegedly seditious remark.

New said the arrest this time was for the same offence but police had used a different section under the same act to detain him longer.

"They want to charge him eventually but what they are doing now appears to be trying to punish him.

"Even murder suspects are only remanded for 14 days. Ali has been in detention for 20 days and with the latest remand, it will be 23 days," he said.

New criticised the police for taking Ali along on a "road show" across the country by repeatedly arresting him and bringing him to various police district headquarters.

"The police can centralise all the investigation in one police station. There is no need to drag him all over the country.

"If every time they arrest him and bring to a different police station for detention, then the detention becomes indefinite.

"That is wrong and goes against the intention of the criminal justice system," he added.- mk

Najib memberi ucapan di PBB New York. Cuba bilang wakil2 negara yang mendengar ucapan Najib termasuk Bik Mama. Rupa2nya banyak kerusi kosong. Tapi media arus perdana kita sikit punya kelentong seolah-olah digambarkan ucapan Najib Razak dinanti-nantikan oleh para perwakilan seantero dunia...

nj
RM 261,000 to advertise at New York Times Square to welcome Najib...

cheers.

No comments: