18 September 2014

Istana tegur Anwar lagi/Istana jemput ke majlis angkat sumpah MB Selangor yang baru...


Istana Selangor hari ini menafikan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa amalan menghantar satu nama calon menteri besar kepada Sultan merupakan amalan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. 

Dalam satu kenyataan empat muka kepada media, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani mengatakan kenyataan Ketua Umum PKR itu tidak tepat dan mengelirukan rakyat.

"Adalah menjadi polisi pihak istana tidak mendedahkan nama-nama dan juga maklumat mengenai calon-calon yang dikemukakan, serta proses pemilihan menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana keadaan memaksa untuk pihak istana mengeluarkan kenyataan, maka perkara ini perlu diperjelaskan.

"Oleh demikian, sekiranya Anwar tidak mempunyai fakta yang tepat, beliau dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor," katanya.

Pada 9 September, dalam satu kenyataan memohon keampunan Sultan Sharafuddin Idris Shah atas tindakan PKR hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor, Anwar berkata partinya dan Pakatan Rakyat menghormati prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

"Pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (convention) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," katanya.

Munir berkata, Dr Wan Azizah semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak semestinya dikekalkan sebagai menteri besar Selangor sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang.

Katanya, disebabkan itu, Sultan Selangor melalui dirinya mengutus surat kepada ketua parti dalam PR untuk mencadangkan 4 nama calon menteri besar selepas PR mengekalkan kemenangannya di Selangor pada tahun lalu.

Munir juga mendedahkan, walaupun surat ketua parti PAS, PKR dan DAP kepada istana mengesyorkan Khalid dilantik semula, tetapi pada masa sama baginda juga ada menerima pencalonan lain selain Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu.

"Oleh kerana Khalid menyandang jawatan menteri besar Selangor sebelum ini dan mempunyai hubungan yang baik dengan istana dan juga rakyat Selangor, baginda berkenan supaya beliau dilantik semula menjadi menteri besar Selangor," katanya.

Katanya, apa yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), pemilihan calon menteri besar dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh perdana menteri melalui Majlis Menghadap Sultan.

Katanya, dalam majlis itu perdana menteri akan memberikan beberapa nama calon yang difikirkan layak untuk mendapat perkenan Sultan.

"Daripada senarai nama-nama calon tersebut, Sultan Selangor akan memilih hanya seorang calon untuk dilantik sebagai menteri besar," katanya.

Katanya, pada 2008, keputusan PRU di Selangor yang tidak menyebelahi BN menyebabkan PKR, PAS, DAP bergabung dan menubuhkan PR bagi mendapatkan majoriti untuk mentadbir kerajaan negeri.

Beliau berkata, pada ketika itu Sultan Selangor menitahkan setiap ketua parti PR membincangkan calon nama menteri besar dan semasa majlis perbincangan itu, terdapat beberapa calon disyorkan.

Katanya, disebabkan itu Sultan Selangor mengutus surat kepada ketua parti supaya memberikan 2 nama, dan ketiga-tiga pemimpin PR sebulat suara setuju mencalonkan Khalid.

"Oleh kerana Khalid memenuhi kriteria dan menepati syarat yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, maka Sultan Selangor bersetuju melantik Khalid sebagai menteri besar Selangor," katanya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad pada 11 September lalu mendedahkan sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun, beliau hanya memberikan satu nama calon saja kepada Sultan Selangor.

Namun katanya, tindakan PR mungkin menjengkelkan Sultan Selangor sehingga menyebabkan baginda mengubah konvensyen itu. – tmi

Anwar minta ampun lagi pada istana

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani mengatakan kenyataan Ketua Umum PKR amalan menghantar satu nama calon menteri besar kepada Sultan tidak tepat dan mengelirukan rakyat. – Gambar fail  The Malaysian Insider, 18 September, 2014.
Don't taint sultan's image, palace tells Anwar...

A resolution to the protracted Selangor crisis continues to remain elusive, with the palace now dismissing the argument that sending a single name for the menteri besar post is a convention practised from the time of independence.

The palace also took a swipe at Opposition Leader Anwar Ibrahim for making statements that  it said are wrong and confusing to the people.

"If he does not have the facts, then Anwar is advised not to make statements that are misleading and can taint the ruler's image," the sultan's private secretary Mohamad Munir Bani said in a statement today.

However, the palace did not respond to former prime minister Dr Mahathir Mohamad, who said that during his tenure, he only sent a single name and the rulers never objected.

Despite the Selangor sultan requesting for more names, PKR insisted on nominating only Anwar’s wife and party president Dr Wan Azizah Wan Ismail for the post of Selangor menteri besar, and this has been supported by DAP.

This led the ruler to admonish the two parties for being insolent and defiant. Both PKR and DAP apologised but the stalemate over the single name remained.

PKR has also submitted a request for an audience with the sultan to explain its stand.

The issue has also strained ties between PAS and its Pakatan Rakyat allies.

BN sent more names as well


Munir claimed that when BN was in power, the prime minister would present suitable names to the sultan for the menteri besar post.

"The sultan will then choose only one person from the list of names," he said.

He claimed that after 2008, when the state fell to Pakatan, the sultan had asked the coalition parties' respective leaders to discuss names for the menteri besar post.

"The sultan, through his private secretary, had written a letter to the respective party leaders to submit two names for the post.

"The party leaders then unanimously agreed to nominate Abdul Khalid Ibrahim," he said.

Acknowledging that Wan Azizah had said during the 13th general election that Khalid would not necessarily remain as menteri besar, Munir said the sultan then asked the coalition's leaders to submit four names for the menteri besar post.

"They (top party leaders) had written to the sultan recommending that Khalid be appointed as menteri besar.

"Although the sultan had received other names, but because Khalid had a good relationship with the palace and the rakyat, the sultan consented for him to be re-appointed," Munir added in the statement.

After the last general election, it is learnt that Selangor PKR had submitted other names, apart from Khalid, to the palace.- mk


Anwar seeks forgiveness from Selangor Sultan again

A new Menteri Besar from PAS won’t survive, says Mat Sabu

Istana edar jemputan majlis angkat sumpah MB baharu 23 Sept.2014 ini...

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akhirnya membuat keputusan muktamad memilih menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menetapkan tarikh 23 September ini sebagai majlis angkat sumpah.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan pada Selasa depan di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada pukul 10 pagi.

Pejabat Istana Selangor ketika dihubungi mengesahkan kad jemputan itu yang sudah mula diedarkan kepada pembesar istana, wakil rakyat, penghulu, serta pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK).

Namun begitu, sumber itu enggan mendedahkan individu yang akan dilantik Sultan Selangor minggu hadapan.

Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua ketika bercakap dengan The Malaysian Insider menganggap berita itu adalah benar namun pihaknya masih belum menerima sebarang jemputan.

Perkara ini juga disahkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Terdahulu hari ini, Munir mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amalan menghantar satu nama calon menteri besar kepada Sultan merupakan konvensyen sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Sementara itu, Majlis Diraja Selangor dikatakan akan bermesyuarat Ahad ini bagi memutuskan nama menteri besar Selangor yang baharu.

Sehingga kini, PAS dikatakan menghantar tiga nama iaitu dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu Adun PAS.

Ketiga-tiga mereka dikatakan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok), Dr Yakub Sapari (PKR-Kota Anggerik) dan Adun Cempaka Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang exco kerajaan negeri.

Tidak diketahui apakah PKR dan DAP menambah bilangan calon mereka selepas dititah murka oleh Sultan Selangor kerana hanya menghantar satu nama sahaja sedangkan istana menitahkan dihantar lebih daripada dua nama.

PKR dan DAP sebelum ini memutuskan calon mereka hanya satu iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan pelantikan menteri besar Selangor hanya akan dibuat selepas Muktamar PAS ke-60 yang bakal berakhir pada 20 September iaitu Sabtu ini.- tmi

Azizah, Azmin atau Iskandar?

Sultan Selangor sudah membuat pilihan siapa yang bakal menjadi menteri besar Selangor yang baharu dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2014.
New Selangor MB to be sworn in next Tuesday...

A new Selangor menteri besar will be sworn in next Tuesday and while Pakatan Rakyat leaders claim to be in the dark as to who the person is, the speculation mill has gone into overdrive.

Contacted this afternoon, the sultan's private secretary Mohamad Munir Bani confirmed that the state would have a new MB next week and invitation cards to the swearing-in ceremony have been sent out.

Munir, however, was tightlipped on the identity of the new menteri besar or which party the person is from.

According to an invitation card sighted by Malaysiakini, the swearing-in ceremony would be held at the Alam Shah palace in Klang at 10am.

Officials from the Mestika Palace in Shah Alam also confirmed that the invitation card and its details are authentic.

Selangor DAP chief Tony Pua told Malaysiakini that he has read about the swearing-in ceremony but is "clueless" as to the details.

Similarly, Selangor PKR assemblypersons also claimed to be unaware.

They said assemblypersons are not usually invited for the swearing-in ceremony of the menteri besar as was the case during the last two swearing-ins of Khalid Ibrahim in 2008 and 2013.

PKR and DAP's sole nominee for the post, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail, also has no details nor received an invitation.

Likewise, her deputy Azmin Ali, whose name was initially nominated by PAS, told Malaysiakini that he too did not receive an invitation and has no knowledge on who would be the next menteri besar.

Met at the sidelines of the PAS muktamar in Johor this evening, PAS' Selangor state exco Sallehen Mukhyi refused to speculate if he would be a potential candidate.

Asked if PAS would turn down the post if offered, he said: "This is the party leadership’s decision."

As for the speculation mill, the names to have cropped up include Azmin, PKR’s Ijok rep Idris Ahmad, Selangor PAS chief Iskandar Samad and PAS Sijangkang rep Yunus Hairi.

Should the sultan's choice meet with opposition from PKR and DAP indicating that a no-confidence motion might be tabled when the state assembly convenes, there is the possibility of him dissolving the house for a fresh election.

Prior to this, Wan Azizah, who is also the Kajang rep, revealed that she has the majority support in the 56-member state assembly.

If the sultan appoints someone other than Wan Azizah, particularly Azmin, it is bound to ignite internal fireworks in PKR. Whereas if it is a PAS candidate, then DAP is surely to object.- mk


Ceritanya sini dan sini

PR Kalau Nak Terus Hidup,Kena Berhenti Budaya Ampu dan Bodek...


cheers.

No comments: