21 September 2014

Si 'barua' PAS minta Hadi buktikan dia 'dibeli' PKR...



Hadi kata PKR curi 2 barua PAS sokong Azizah...


Buktikan PKR 'beli' saya, kata Saari pada Hadi...

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib dilapor mencabar presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengemukakan bukti beliau “dibeli” oleh PKR.

Perkara itu dilontarkan ekoran tindakannya menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Menteri Bersar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saari, wakil rakyat Hulu Selangor menjelaskan, beliau menandatangani SD itu bagi mengelakkan Khalid menyebabkan lebih banyak masalah pada negeri itu, lapor The Star Online.

“Peguam menjelaskan bahawa ADUN mesti memindahkan sokongan kepada calon lain untuk mengesahkan SD itu, dan kami sokong Wan Azizah kerana PKR dan DAP setuju dengan pencalonannya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Hadi semalam berkata, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk menyokong Azizah sebagai calon menteri besar.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?

"Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada,” katanya.

Portal berbahasa Inggeris itu juga hari ini melaporkan Saari sebagai menegaskan, beliau hanya cuba mengekalkan kekuatan Pakatan di Selangor.

“Banyak ulama dalam parti, tetapi mereka masih benarkan tindakan mengutuk saya atas tindakan saya, yang sebenarnya hukuman sebelum perbicaraan. Parti Islam jenis apa ini?

“Di muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila perwakilan berdoa supaya tuhan murka pada saya. Perkara ini sangat memalukan parti,” belia dipetik sebagai berkata.

Perwakilan dalam muktamar PAS sebelum ini mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa mengutuk Saari dan Hasnul selain Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

Wakil PAS Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin berkata, dua ADUN itu ibarat ejen perosak dalam parti dan menyifatkan mereka sebagai “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.- mk


Prove 'bought by PKR' claim, PAS rep tells Hadi...

PAS state assemblyperson Saari Sungib(above,right) today challenged his party president Abdul Hadi Awang to provide proof that he was "bought" by PKR.

This is in relation to Saari signing the statutory declaration supporting PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail to replace outgoing Selangor menteri besar Abdul Khalid Ibrahim.

The Hulu Kelang assemblyperson said that he had signed the SD to deny Khalid from causing further damage to the state, reported The Star Online.

"The lawyers explained that the state assemblypersons need to transfer their support to another candidate in order to legitimise the SD, so we supported Wan Azizah because PKR and DAP had agreed to her nomination," said Saari.

Hadi yesterday accused PKR of "stealing" and "buying" two of its assemblypersons, making it possible for the party along with DAP to claim a commanding majority in the Selangor state assembly.

He had also described Saari as well as Morib state assemblyperson Hasnul Baharuddin as lackeys (barua) for signing the SD in support of Wan Azizah on Aug 14.

Saari, however, stressed that he was only trying to safeguard Pakatan Rakyat's grip on Selangor, and hit out at PAS for vilifying him without knowing the full story.

"There are many Islamic scholars in the party, yet they allow a motion to condemn me for my actions, which constitutes as punishment before trial. What kind of Islamic party is that?

"At the muktamar, the permanent chairperson did not intervene when a delegate prayed for God's wrath upon me. This is very shameful to the party," he added.- mk



Ceritanya sini dan sini.
Tu pasai gua cakap itu Menteri Din mesti berhenti...

Tu pasai gua cakap menteri Din pembohong No.1...


cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Batul jugak ye
Kalau dia bukan, tentu dia tak mengeruit.
Alih-alih dia mengeruit, memang sah dia lee tu

Anonymous said...

Bila Najib cakap haram jadah...semua orang2 PAS maki dan kutuk...

Bila Hadi cakap barua... semua orang2 PAS bertepuk ramai2...

Inilah yang dikatakan Politik Bodoh...