16 June 2012

Ketika isu Batu Putih tak dak sapa pun bangkit angkat sepanduk, pegang kayu dan lembing...



Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan Sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala.

Apalah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh martabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik.

Isunya Nizar dikatakan menulis dalam twitternya yang plat itu dibida dengan menggunakan wang rakyat. Pihak sultan menjelaskan ia dibida dengan wang sendiri. Nizar minta maaf atas salah tulis dan salah tafsirkan itu. 

Ia kecil saja. Isu seperti ini tidak menjadi isu pun bagi politik Barat. Tetapi kerana ada penyamun yang hendak menyamun isu menerusi isu itu ia diperpanjangkan.

Bangkitlah rakyat yang angkat sepanduk mempertahankan sultan mereka. Yang mempertahankan sultan mereka. Yang membela sultan mereka. Baguslah. Bersungguhnya seolah-olah maruah sultan mereka sudah tercemar. Tetapi lucunya mereka bangkit begitu sekali kerana isu plat kereta. 

Masa isu Pulau Batu Putih, isu penjulan pasir ke Singapura, isu Jambatan Bengkok mereka tidak pun bangkit pegang lembing dan kayu untuk mempertahankan sultan mereka, mempertahankan maruah Johor yang melambak ke bumi itu.


Budak kecil pun tahu dan merasa lucu dengan apa yang dilakukan oleh panglima pembela sultan. Dituduh Nizar derhaka kepada sultan mereka. Apa derhakanya? Menterjemahkan erti dan makna perbuatan derhaka pun nampaknya kurang tepat. Biarlah itu sikap dan pendirian orang Johor yang berani.Cuma saya hendak sebut kepada Nizar lain kali tidak usah gatal mulutlah soal sultan dan raja-raja ini. 

Zaman ini mana ada lagi zaman Mufti berani tegur sultan. Mufti yang berani kerana benar sudah pun tidak ada lagi. Jadi bila Mufti sendiri menjadi batang pisang kepada raja jangan pula kita pandai-panai hendak jadi batang balak kepada sultan.


Isu lain masih banyak kalau hendak dicakapkan soal pembaziran. Cuba selidik dan kaji. Jangan soal sultan dan raja-raja. Mereka kebal dan zaman ini ramai orang hendak berlindung di sebalik kekebalan. Sejuta kali benar dan betul pun yang Nizar kata ia tidak akan menjadi benar dan betul.

Saya lihat bekas MB Perak setahun ini semacam tidak berapa bijak dalam politik. Kurang bijaksana dan kurang daya politiking. Beliau yang berada dalam sistem politik sekular harus tahu. Bahawa dalam politik sekular tiada kebenaran, tidak ada kejujuran dan tidak ada ketulusan. Kejujuran, niat baik kita pun akan dieksploitasikan menjadi isu dan dijadikan modal untuk membalun kita.

Dalam hal plat kereta itu Nizar sudah pun merasai di mana kejujuran dan niat baiknya telah memakan dirinya. Semoga beliau insaf dan selepas ini gam terus soal-soal sultan dan raja dari perbicaraan politiknya.


Begitu juga hasrat nak jumpa Sultan Johor dan mohon maaf rasanya tidak perlu. Lagipun raja tidak menjawab surat permohonannya. Kalau sultan tidak hendak jumpa diamkan saja, jangan kita mengada-nagda hendak tunjuk berani. Silap hari bulan keberanian dan ketulusan itu akan memarahkan lagi diri kita.

Nizar harus belajar dari kesilapan lalu untuk memulihkan reputasinya dalam politik. Gara-gara telah melakukan sembah derhaka kepada Sultan Perak - walau pun istilah itu ada Nizar dianggap derhaka. 

Parahnya konotasi dan erti derhaka atau tidak itu bukan ditentukan oleh raja dan sultan tetapi mereka yang mencari perlindungan dari istana. - Mohd. Sayuti Omar,msomelayu.blogspot

Antara ratu dan rakyat



The number plate controversy...

Would the minister get the number plat for free? Everyone has their own say.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai could not tell earlier that who should pay the RM24,200 for the WWW 15 vehicle registration number he won in a recent tender for his official car. However, he said yesterday that the Road Transport Department (RTD) has notified him that the number plate would be issued free.

Such an argument is in line with former Human Resources Minister Tan Sri Dr Fong Chan Onn's remarks. However, when answering reporter's questions on behalf of Liow earlier, former Health Minister Datuk Dr Chua Soi Lek said that the money was just going "from the left hand to the right hand" as all the money goes to a government consolidated fund from all ministries.

There is a contradiction between Liow's argument and Chua's explanation.

Meanwhile, the RTD stressed that the person who had bid the number plat would have to pay for it. Then who has paid the money?

If the minister did not pay it, are ministry secretary-generals, ministry director generals and deputy ministers enjoying the same benefit?

 

If it was paid by the ministry, the money will eventually go into the Treasury through the RTD and thus, it is going "from the left hand to the right hand".

There are many questions to be answered. However, a principle that cannot be compromised would be, if the money was paid by the ministry, the number plat would then be a government asset and the minister cannot bring the number plat with him if he leaves his post, regardless of how meaningful the number is to him.

Therefore, they should still make it clear why the number plat WWW 15 should be issued for free while other people have to pay, as it relates to public interest.

It is actually confusing that a number plat tender can actually bring so many problems. It shows that the government's operation lacks transparency while the regulations are not clear enough or having a grey area, confusing even ministers and officials.

There have been so many cases showing unclear regulations. For example, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) mooted a new measure requiring ministers and civil servants to declare to the Cabinet if any of their family members are applying for any government facilities, to be included as a new clause under the Public Service Code of Conduct.

Senior executives have the power to approve the issuance and approval of loans and plans but why there is no law requiring them to declare? It is indeed a loophole.

The MACC made also other proposals, just as recommending the government to make detailed studies before approving any projects, including risk and management assessments. It also recommended that institutions should be established to coordinate and supervise the progress of projects. All these things should have been done by the government and why should it be reminded by the MACC?

As for the WWW 15 number plat, Dr Chua said that the money was from the consolidated fund. Is the so-called consolidated fund the annual funding allocated for various departments? If not, where did the money come from? Who is managing it? Have the accounts be vetted?

Members of the public are setting tougher requirements for the ruling party after the 2008 general election. Any contradictions and errors in words and deeds would become an issue to be criticised and attacked online.

Therefore, just like harming the interests of Chinese education, the number plat issue must be clarified as soon as possible to avoid further harm.- Lim Sue Goan, Sin Chew Daily


Nothing is FREE, Liow Tiong Lai





 cheers.

5 comments:

Anonymous said...

YB.Nizar, tak payah pergi mengadaplah,mungkin baginda sultan pun tak selesa dgn kehadiran teman.

Anonymous said...

Nizar! The Perak Sultan did not bother to hear your explanation and allowed Najib and his band of UMNO thieves to rob your MB'ship.

What makes you think The Sultan of Johor is any different?

Anonymous said...

Si Jebat adalah MELAYU sejati yg patut dibanggakan.

Jangan jadi siTUAH,MELAYU BODOH yang otaknya dah blur!!!

si JEBAT bertindak atas keberanian dan berlandaskan kebenaran menentang kezaliman... dan yang paling zalim di sini adalah gomen UMNO/BN

Anonymous said...

Yang dok lagak ni UMNO,isu2 kecil begini depa perbesar2kan macamlah ia akan mengugat keselamatan negara.

Isu UMNO balun duit,macam kisah Sharizat dengan lembu2nya cuba depa tutup dengan kain.

Sebenarnya Sultan dan Nizar tiada masalah, yang bermasalah ialah media2 UMNO haram jadah ni!!!!

mangchikla said...

rakyat dan lanun berpisah jua..