24 June 2012

Rafizi - Kenapa saya letak jawatan...


video


Hormat Keputusan Rafizi Untuk Fokus Calon PRU-13...

Perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Esekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan di sebabkan oleh masalah peribadi antara mereka berdua, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menghormati keputusan itu, Abdul Khalid menyifatkan perletakkan jawatan Pengarah Strategik PKR itu untuk memberi fokus dalam usaha menjadi ahli parlimen dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Jelasnya, tindakan Rafizi meletakkan jawatan dalam Kerajaan Negeri juga untuk lebih bebas dalam mengutarakan sebarang pandangan.

“Beliau (Rafizi) memang nak fokus untuk jadi ahli parlimen maka perlu bertindak secara berkecuali. Namun kita sangat profesional, kita bekerja sebagai satu pasukan dan saya tidak pernah ada masalah dengannya,” katanya selepas mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan pembukaan Pusat Membeli Belah Setia City Mall, di sini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lend Lease, Rod Leaver serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Operasi S P Setia, Tan Sri Liew Kee Sin.

Pusat beli-belah seluas 65,000 meter persegi itu siap dibina awal tahun ini di tengah-tengah Bandar Setia Alam. Perbandaran baharu di bandar itu berkeluasan 1,620 hektar.

Setia City Mall dimajukan oleh Greenhill Resources Sdn Bhd di bawah usaha sama antara S P Setia dan Asian Retail Investment Fund, dana yang diuruskan oleh cabang pelaburan pemaju hartanah antarabangsa, Lend Lease.

Nilai Pembagunan Kasar (GDV) meliputi pusat membeli belah, pejabat, hotel dan apartment itu menelan kos sebanyak RM5 bilion.

Mengulas tentang penganti Rafizi, Abdul Khalid menambah jawatan itu juga tidak akan diganti dengan mana-mana individu kerana perkara yang lebih penting adalah terus menumpukan kerja dalam Kerajaan Negeri.

Rafizi sebelum ini menulis di laman sosial twitternya semalam berhubung perletakan jawatannya itu.

Tindakannya itu secara tidak langsung mewujudkan pelbagai andaian bahawa beliau memprotes pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan akhbar mesra Umno-BN.

Manakala Rafizi menerusi tulisannya berkata bahawa beliau ingin berehat dan menumpukan ibadat terutama bulan Ramadan akan menjelang tidak lama lagi. -selangorku





Rafizi - Fokus saya hanya 1 sekarang, jatuhkan BN...


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) menegaskan, fokus dalam hidup beliau sekarang hanya satu iaitu 'menjatuhkan BN'.

Beliau memberikan jaminan, perletakan jawatannya dari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam akan membantu beliau mencapai sasaran tersebut.

"Fokus saya dalam hidup sekarang hanya 1 iaitu menjatuhkan BN.

"Perletakan jawatan saya akan membantu (hasrat ini)," tulis Rafizi dalam Twitternya.


Rafizi membuat penjelasan ini melalui Twitter beliau yang ekoran ditanya bertubi-tubi tentang makluman yang beliau buat semalam iaitu perletakan jawatan itu.

Rafizi memohon supaya beliau diberikan beberapa untuk bersama dengan isteri dan keluarganya.

"Bagi saya beberapa hari untuk isteri dan keluarga saya," kata Rafizi melalui Twitternya.

Walaupun begitu, beliau sibuk sejak malam tadi lagi memenuhi program PKR walaupun pelbagai andaian dibuat oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia dan para bloggernya.

Hari ini beliau bertolak ke Kemaman, tempat kelahiran beliau untuk bersama-sama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution dan Naib Presiden PKR, Tian Chua berceramah di sana.

Besok juga beliau mempunyai jadual yang penuh tidak sebagaimana yang diandaikan media Umno dan BN, parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam krisis ekoran perletakan jawatan Rafizi.

"Jadual esok: 11 pagi Konvensyen PKR Perak/Ipoh, 2 petang program bersama siswa/anak muda/Ipoh, 9 malam 2 ceramah di Sg Petani 2 pg tido tepi jalan," tulis Rafizi dalam Twitternya hari ini.-harakahdaily



Rafizi mahu tanding PRU13



Rafizi says he's now working 'full time' to bring down BN...


Having resigned from his job as chief executive of the Selangor state economic advisory office, PKR's Rafizi Ramli (pic) said he now can give full attention to bringing down Barisan Nasional.
Rafizi, the PKR strategic director, said with the burden of state government matters off his shoulder, this aim could be realised.


“My focus in life is only one, to bring down BN. My resignation will contribute to this,” he said in a Twitter posting.

He has been responding a continuous stream of reactions on his Twitter following his resignation yesterday, which prompted speculation that he would "jump ship".

But Rafizi took such suggestions with a sense of humour.

Rafizi had earlier cited fatigue as the main reason why he left the state government job.

Speculation by UMNO media that there was a rift brewing between him and Selangor economic advisor Anwar Ibrahim was also silenced when they shared the stage during a ceramah session last night in  Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.- harakahdaily



cheers.

No comments: