29 June 2012

Mukhriz MB Kedah & Ahmad Shabery Cheek MB Terengganu dan Mahathir kasi 'warning' anaknya Marina...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyokong jika anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

Dalam wawancaranya dengan sebuah stesen TV internet, Mahathir berkata, beliau juga akan menolong anaknya itu.

Mahathir juga berkata, dia tahu anaknya itu berminat dalam politik dan akan menolong beliau.

"Tetapi untuk jawatan apa, terserahlah kepada parti membuat keputusan. Jika dia dicalonkan untuk jadi MB, saya akan sokong," kata Mahathir.

Desas-desus bertiup kencang di Kedah kononnya Mukhris, anak ketiga Mahathir itu akan bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Katanya dia akan bertanding di DUN Kota Seputeh," kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria kepada Harakahdaily.


Adun Kota Seputeh sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif (Umno - BN) sebelum ini didapati tidak layak menjadi Adun kerana gagal menghadiri sidang yang diadakan.

Menurut sumber lain pula, anggota Parlimen Jerlun itu tidak berapa berminat untuk bertanding peringkat DUN kerana takut kehilangan jawatannya yang ada sekarang.

Mukhris, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tahu bukan mudah untuk beliau menjadi MB kerana terpaksa bersaing dengan lain-lain pemimpin Umno Kedah yang lebih senior.

"Dia boleh menang kerusi DUN Kota Seputeh itu tetapi adakah BN akan menang Kedah? 


Jika BN menang pun, adakah Mahathir Khalid akan setuju dia jadi MB. Di mana pula kedudukan Datuk Ahmad Bashah, Pengerusi Umno Kedah sekarang," kata seorang pengkaji politik antarabangsa kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Menurut beliau, skala pertembungan dalaman Umno Kedah cukup tinggi iaitu 3.5 dari 5 markah penuh.

"Sebab itu, bagi saya, kalau Mukhris bertanding DUN pun bukan kerana dia yakin menang dan mahu sangat tetapi kerana tekanan ayahnya yang mahu legasi beliau diteruskan," kata pengkaji yang berasal dari Amerika itu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang merancang untuk melantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum  nanti.

Ini kerana, beliau dianggap faktor pengimbang antara dua kem Umno yang bergaduh di Terengganu sekarang iaitu Kem Datuk Seri Idris Jusoh dan Kem Datuk Ahmad Said.

Shabery, bekas orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan tidak memihak di dalam kedua-dua kem itu.

Selain Shabery, turut disebut adalah nama anggota Parlimen Hulu Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Namun, Harakadaily difahamkan, istana Terengganu masih mahukan Ahmad Said kekal sebagai MB.

Di pihak PAS pula, lain ceritanya. Walaupun Shabery pernah aktif di dalam PAS sebelum menyertai Umno, beliau dianggap tidak akan mengubah apa-apa di Terengganu.

Biarpun Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek dikatakan bakal menjadi Menteri Besar Terengganu, bagi PAS ia tidak memberi jaminan Terengganu akan lebih baik.

Selagi dasar pentadbiran Umno dan Barisan Nasional masih dipenuhi dengan rasuah, kronisme, nepotisme, sesiapapun yang menggantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar, ibarat dua kali dua.


Sikap PAS

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar), berkata keadaan Umno di Terengganu semakin parah dengan beberapa insiden yang mencemarkan pentadbiran menteri besar-menteri besar negeri itu.

Ketika zaman pemerintahan Datuk Seri Idris Jusoh, pelbagai penyelewengan wang rakyat dilakukannya, di samping penarikan semula wang royalti kepada negeri tersebut.

Ketika BN mengambil pentadbiran negeri dari PAS pada 2004, segala pemberian kerajaan negeri PAS sebelum itu ditarik balik seperti pemberian geran kepada rakyat.

Justeru itu, bagi Abdul Wahid, mana-mana pemimpin yang terdiri dari kalangan Umno yang dikatakan akan menggantikan Ahmad, tetap tidak boleh membaiki segala kerosakan yang sekian lama dilakukan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyiddin Abd Rashid berkata tidak timbul soal siapa pengganti Ahmad Said. Ini kerana katanya momentum rakyat di Terengganu sudah menunjukkan Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat negeri itu.

Apa yang diharapkan PAS, bukanlah pengganti Ahmad Said yang dikatakan boleh membersihkan segala kekotoran di negeri tersebut, sebaliknya rakyat negeri itu memerlukan seorang menteri besar di kalangan Pakatan Rakyat.
- harakahdaily

Najib dok Atuq Orang dia jadi MB jika tawan Kedah.. Bukan Mukriz.. Bukan Bashah

UMNO Perlis bergolak


 

Dr.Mahathir wants Mukhriz as next Kedah MB....

Tun Dr Mahathir Mohamad has voiced his support for his son Datuk Mukhriz Mahathir to become the next Kedah mentri besar should Barisan Nasional (BN) win back the state in the 13th general election.

The former prime minister’s endorsement of his son will likely add pressure for the state Umno leadership to decide on whether to back Mukhriz (picture) as a potential candidate, as support within the party for the deputy international trade and industry minister appears divided at best.

“I would help him but what he does, what position he holds, is up to the party. If he is nominated for mentri besar, I will still support him.

“(The party) normally does not nominate someone for mentri besar; we do not know whether we are going to win so it is usually a nomination of either state or federal seats,” said Dr Mahathir in an interview with online television station The Malaysian Observer (MobTv).

He was asked by interviewer Datuk Jahabardeen Md Yunos to comment on speculation of Mukhriz becoming the next Kedah MB if BN wins the state from PAS in GE13.

Mukhriz is currently Kedah Umno deputy chief and Jerlun MP.

But Dr Mahathir conceded that Mukhriz was still “struggling” to establish himself politically, and that he had personally discouraged his children from being active in politics when he was prime minister.

“As far as Mukhriz (is concerned) I knew he was interested (but) by not allowing him to go into politics when I was PM, he couldn’t start as early as I did. So he did not have that head start.

“He’s struggling, finding things very difficult, he has to establish himself,” said the country’s longest-serving prime minister.

Dr Mahathir said the main reason why he did not encourage his children to become active in politics when he was PM was because he did not want to be accused of nepotism or trying to create a family legacy.

“It was very selfish, I was thinking about myself... I told them no politics, no business with government. After I retire they can do it,” he stressed.

Speculation is rife that Mukhriz will give up his federal seat and contest a state seat in Kedah to boost BN’s and Umno’s strength and presence.

But it is understood that not all state Umno warlords support the Jerlun MP, and have objected to the latter’s push in the state.

BN won only 14 of the 36 state seats in the 2008 general election, while Pakatan Rakyat (PR) won the remaining 22 seats, with PAS claiming victory in 16 of those seats.

Mukhriz has previously conceded that being his father’s son has helped his progress in politics, but told Bernama Online in February he was not too concerned being in Dr Mahathir’s shadow.- malaysian insider



Dr.Mahathir kasi warning kepada Marina Mahathir...

Tun Dr Mahathir Mohamed telah mengingatkan anak perempuannya supaya berwaspada terhadap sikap terus-terangnya serta sokongan kepada golongan seperti Bersih dan pergerakan hak-hak seksualiti,sambil mengatakan bahawa tindakan anaknya itu mungkin menjejaskan ahli-ahli keluarganya yang masih aktif dalam politik.

Datin Paduka Marina Mahathir kadangkala tidak bersetuju dengan bapanya dalam beberapa2 hal tertentu, dan yang paling ketara adalah sokongannya terhadap kumpulan reformasi sistem pilihan raya. Dia telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu kota.

“Saya berharap dia sedar apa yang dia melakukannya itu adalah tidak baik untuk dirinya, tidak baik untuk parti kerajaan sekurang-kurangnya.

Dia juga perlu sensitif terhadap adiknya yang akan bertanding dalam pilihan raya itu,” Dr Mahathir berkata, sambil merujuk kepada anak lelakinya Datuk Mukhriz Mahathir,merangkap Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa.


“Dia tidak hiraukan apa orang lain fikir. Saya hiraukan apa orang yang fikir,jika tidak, sudah tentu saya tidak ke mana-mana.

“Mungkin kerana dia tidak mempunyai cita-cita jadi dia bercakap ikut sukanya. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tetapi sekarang ini anda tidak boleh memberitahu anak anda 'tolong berhenti ini, tolong berhenti itu'; mereka mempunyai fikiran mereka sendiri,” kata Perdana Menteri paling lama berkhidmat negara.

Dr Mahathir berkata sungguhpun dia menghormati pendirian anaknya mempertahankan hak mereka yang kurang bernasib baik, dia tidak suka anaknya itu dikaitkan dirinya dengan Bersih yang mana agendanya itu,telah “dirampas” oleh Pembangkang.

Dia juga memberitahu anak perempuannya untuk menghadkan  sokongannya terhadap kumpulan lesbian, gay,tukar jantina dan komuniti dwiseks(LBGT).

“Dia tidak pernah menyatakan dia menyokong perkara2 ini; Saya harap dia tidak berbuat demikian. Dia perihatin terhadap orang, tetapi dia perlu membuat penentuan sama ada di antara mereka dan idea bahawa hubungan homoseksual itu ok, atau lelaki mengahwini lelaki itu ok,” tegas Mahathir.


(diterjemah daripada teks B.Inggeris di bawah oleh tumpang sekole)



 Dr.Mahathir warns Marina to be careful of her actions...

Tun Dr Mahathir Mohamed has cautioned his daughter to be wary of her outspokenness as well as support for groups like Bersih and sexuality rights movements, saying these may affect her family members who are still active in politics.

The forthright Datin Paduka Marina Mahathir has disagreed with her father on occasion, most notably her consistent support for the electoral reforms group. She had participated in the last two Bersih rallies in the city capital.

“I do hope she will realise what she is doing is not good for herself, not good for the government party at least. She should also be sensitive about her brother who is contesting in the election,” Dr Mahathir said, referring to his son Datuk Mukhriz Mahathir, who is currently international trade and industry deputy minister.

The former prime minister said this in an interview with online television station The Malaysian Observer (MobTV).

“She doesn’t care about what people think. I care about what people think... if not, I won’t get anywhere.

“Maybe it’s because she has no ambition so she speaks her mind. I cannot agree with the things she is doing, but nowadays you cannot tell your children ‘please stop this, please stop that’; they have a mind of their own,” said the country’s longest-serving prime minister.

Dr Mahathir said while he respected her stand on speaking up for the underprivileged, he did not like the idea of her “associating” herself with Bersih whose agenda, he believed, has been “hijacked” by the opposition.

He also told his daughter to draw a limit to how much support should be given towards the lesbian, gay, transgender and bisexual (LBGT) community.

“She (has) never said she supports this; I hope she doesn’t. She cared for this people...but she has to draw a line between them and the idea that being homosexual is okay, (or that) men marrying men is okay,” he stressed.-malaysian insider






 

 cheers.

No comments: