19 May 2011

Video seks: Polis tetap tak dedah siapa pelakunya...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis berpegang kepada peruntukan undang-undang dan peraturan serta tidak akan terpengaruh dengan mana-mana pihak.

Beliau memberitahu pemberita demikian di Istana Abu Bakar di Pekan hari ini semasa ditemui selepas mengetuai 155 penerima darjah kebesaran negeri Pahang sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Khalid berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi polis mendedahkan perkara itu.

"Banyak kali saya dah beritahu mengenai perkara ini, saya pun tak faham kenapa orang ini tak faham-faham bahawa tidak ada peruntukan undang-undang yang membolehkan kita membuat pendedahan. Jadi kalau undang-undang tak benarkan, tak bolehlah," katanya ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak supaya polis segera mendedahkan identiti pelaku itu.

source:malaysiakini

Is PDRM playing politics?


Polis kini dalam dilema. Kalau itu Anwar orangnya,cerita ini sudah lama terpampang di muka depan media massa. Faham sajalah polis ini selalu menyokong UMNO. Lagi pun kalau itu Anwar orangnya nampak sangat polis berbohong. Kalau sahkan BUKAN Anwar, UMNO pula hilang modal nak burukan Anwar. Muka malu pemimpin2 UMNO nak pi tampal dekat mana?

Jadi biarkan saja, agar UMNO teruskan propaganda depa kepada orang kampong yang semata2 bergantung maklumat daripada TV3 dan Utusan Meloya.

Lagi pun kalau polis sahkan itu BUKAN Anwar, maka secara tak langsung nama Anwar akan bersihkan. Ini yang UMNO tak mahu.

Jadi mungkin UMNO minta polis supaya ianya dibiarkan saja. Bagi rakyat mencari jawapan kepada teka teki tersebut menjelang PRU ke-13.


Di samping itu video seks adalah modal fitnah yang baik bagi UMNO. Jika tidak nanti,susah nak cari modal fitnah baru.

Zaid Ibrahim wants the Police to reveal sex video probe results...

cheers.

No comments: