18 April 2008

Mahathir – nak selamatkan UMNO atau menjaga egonya….

Selepas bersara, Mahathir fikir Anwar tidak lagi boleh bangkit, tetapi sangkaan Mahathir jauh terpesong. Mahathir marah Pat Lah kerana terlalu lalai dengan tugas-tugasnya, hinggakan memerlukan nasihat anak dan menantunya serta kumpulan Tingkat 4 JPM untuk mentadbir Negara. Mahathir bertambah marah bila prestasi UMNO/BN yang diterajui Pat Lah hampir-hampir tersungkur dalam pemilu bulan March 2008 lalu dan orang membuat UMNO hampir tersungkor,tak lain tak bukan Anwar Ibrahim and Mahathir lost his cool...

Mahathir bangkit menerusi forum-forum pasca-pilihanraya untuk mengutuk kekalahan tersebut sehinggalah ke tahap meminta Pat Lah meletakkan jawatannya sebagai PM dan bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku. Tapi,who is he to tell Pat Lah to resign as PM, for he is not even an advisor to the gomen or nothing near then that? Mahathir juga guna forum-forum ini untuk memperlekeh Anwar sambil berkata, "the general election results do not reflect PKR de facto leader Anwar Ibrahim’s popularity. On the contrary, he said Anwar was not at all popular.“He didn’t get this huge majority that you mentioned. People didn’t like him."

Sebenarnya, Mahathir tidak sayang kepada UMNO, apa yang Mahathir bimbang adalah Pat Lah yang memimpin UMNO tidak akan bertahan lama dan jika ini berlaku,pembangkang akan memerintah negara ini. Kalau setakat Hj.Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang atau Wan Azizah menjadi PM,Mahathir masih boleh terima,tetapi kalaulah Anwar Ibrahim naik menjadi Perdana Menteri dekat mana Mahathir nak sorok mukanya?

Mahathir, dengan skrip drama yang disusun oleh para konspirator, dibantu oleh PDRM,Peguam Negara serta Hakim-hakim yang “correct…correct…” dia berjaya menghumban Anwar Ibrahim ke Sungai Buluh. Mungkin Mahathir terlupa bahawa adengan membawa tilam buruk dari rumahnya "Seri Perdana” oleh pihak polis naik turun mahkamah itu serta kempen memburukan Anwar Ibrahim melalui ketua-ketua cawangan dan bahagian-bahagian UMNO dahulu tidak memberi apa-apa kesan terhadap minda rakyat jelata. Sebaliknya rakyat tahu motif sebenar kenapa Mahathir beberbuat demikian, semata-mata demi menjaga dirinya serta kroninya yang menjadi memperolehi keuntungan berlipat ganda daripada projek dan tender yang diberi kepada mereka.

Tetapi, sampai bila konspirasi ini boleh bertahan? Enam tahun di Sungai Buluh bukanlah lama tetapi sudah cukup bagi Anwar Ibrahim untuk menyusun strateginya untuk kembali ke persada politik negara.

Mahathir khuatir jika Anwar Ibrahim menjadi PM,nasib diri akan berubah,mungkin Mahathir rasa dirinya pula akan terhumban ke dalam bilik gelap di Sungai Buluh,setelah segala angkara kejahatan,rasuah dan salah guna kuasa dibongkar oleh gomen pembangkang yang baru naik.

Tetapi ini hanya satu igauan Mahathir, serta reaksi seorang yang rasa diri dan kedudukannya yang kian cemas. Apakah gomen pembangkang yang bakal naik itu sekejam Mahathir? Anwar pernah menasihati Mahathir supaya memberikan tumpuan menjaga kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada rakyat atas kezaliman yang telah dilakukannya.

He is also trying to cool his restless soul and arrest his fear that if Anwar becomes PM he got to lick his own words for telling tales about the possibility of Anwar not becoming a PM in the near future. Sama ada Anwar boleh menjadi PM adalah ditentukan oleh kuasa Illahi bukannya Mahathir.......

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

speaking from a malaysian point of view, i think the proposed establishment of judiciary commission to appoint their own chief justice is a good move. but speaking from a malay point of view, amat malang sekali bagi Malaysia.

since ramai hakim dan lawyers di malaysia lebih terdiri dari kaum bukan melayu, tak lama lagi kita akan dapat ketua hakim negara yg bukan melayu. amat malang sekali. ini kerana kemungkinan besar kes kes besar yg melibatkan kepentingan islam dan melayu akan menemui kegagalan di pihak melayu. cthnya isu murtad, dan isu kewarganegaraan. di harap pak lah tahu apa natijahnya berbuat demikian semalam.

Anonymous said...

SAD FOR MALAYS, SAD FOR UMNO, SAD FOR HAVING THIS GUYS AROUND>>>>>>>>>>>>>>>>>WE GOING TO GET IT>>>>>>>>>>>>>>