14 April 2008

Anwar Ibrahim kembali ke persada politik tanah air......

Anwar Ibrahim berkata isu ketuanan Melayu semakin dimainkan oleh Umno bagi mengalih perhatian umum daripada masalah dalaman UMNO ekoran prestasi buruknya dalam pilihanraya umum lalu. Beliau, yang juga mantan timbalan presiden Umno, menegaskan demikian ketika ditanya mengenai berita muka depan Mingguan Malaysia bertajuk 'Ketuanan Melayu tercabar' hari ini.

"Kita tidak mendengar mengenai isu (hak Melayu) ini bulan lalu atau sebelum pilihanraya umum. Saya percaya niat mereka adalah untuk mengalih pandangan umum," kata Anwar.

Katanya, apa yang lebih penting ialah memperjuangkan 'ketuanan rakyat'. "Dan apabila kita sebut 'rakyat', ia termasuklah orang Melayu... terutama yang yang tertindas dan bukannya yang kaya," kata Anwar, yang juga bekas menteri kewangan.

"Pendekatan kita seharusnya untuk membantu rakyat yang dipinggirkan, yang dinafikan peluang dan hak mereka. Oleh itu, ia termasuklah orang Melayu, Cina, India dan rakyat Malaysia yang lain," katanya.

Anwar berkata, beliau yakin bahawa Pakatan Rakyat akan terbukti lebih berkesan dalam membantu rakyat, berbanding dengan Umno ataupun BN sebelum ini.

Dr Mahathir dalam ucapannya dalam forum "Krisis Kepimpinan Melayu Pasca Pilihanraaya Umum ke-12: Di Mana Silapnya" di Kajang, berkata hanya orang Israel yang akan mengundi Anwar jika beliau mahukan jawatan Perdana Menteri.

Menjawab telahan itu Anwar berkata, "Beliau (Dr Mahathir) nampaknya semakin letih dan keliru. Saya tidak pernah bertemu mana-mana pemimpin Israel, tetapi beliau ada berjumpa... secara diam-diam, ketika beliau menjadi perdana menteri," katanya.

Anwar berkata, Dr Mahathir berurusan dengan pihak Yahudi, membabitkan AS$1.2 juta yang didakwa telah dibayar kepada pelobi Amerika Syarikat, Abramoff untuk mengatur pertemuan beliau (Dr Mahathir) dengan presiden negara kuasa besar itu George W Bush pada 2002.

Anwar menasihati Dr Mahathir supaya memberikan tumpuan menjaga kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada rakyat atas kezaliman yang telah dilakukannya.

Dr Mahathir juga, tambah Anwar, perlu menjelaskan tentang bagaimana beliau telah memusnahkan badan kehakiman, mengawal media, bagaimana beliau menahan beratus-ratus orang bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk ketika Operasi Lalang 1987.

Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu menjelaskan pembabitannya dalam pelbagai amalan rasuah, salah urus, mencuri dana kerajaan melalui banyak syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian seperti Perwaja Steel.- Malaysiakini.

"I think it is better for him to deal with these issues. I’ve refrained for years, from responding to him, because I think I want to move on, but apparently he(Mahathir) is very scared about this new phenomenon of people speaking up and wanting to seek change," said Anwar, adding that Mahathir only wants to make sure his nominees take over to protect his and his family’s interests.

"I don’t believe Malaysians would allow that easily," said Anwar at a press conference after attending a leadership seminar organised by PKR for its newly elected MPs and state assemblymen.

Anwar Ibrahim will celebrate his official return to the political stage, as a ban from public office expires a decade after he was sacked as deputy prime minister,tomorrow.

The lifting of the ban marks the end of an extraordinary saga that saw Anwar convicted on sex and corruption charges and spend six years in jail, before storming back to prominence in historic March elections.

In an interview with the Star, Anwar said the expiry of the political ban "has no significance in my mind" because he does not recognise the decision of the court which convicted him of corruption.Anwar said in a recent interview in his office outside Kuala Lumpur. “I don’t need to be prime minister tomorrow.” He said he is in no hurry to act, but...time probably not on his side....read here.

Welcome back Anwar.........

cheers.

No comments: